31 Mac 2011

Siakap goreng cendanas

CENDANAS? ha mesti ada yang garuk kepala coz tak pernah dengar juadah nih kan. hehe. Sebenarnya Cendanas tuh singkatan untuk cendawan dan nenas so jadilah cendanas hehe. Alah ingat penyanyi ngan pelakon jer nak nama glamaour. Latifah jadi Letty, Zabedah jadi zebby haha. Cam gitulah. Makanan pun nak ada nama glamour gakkan? baru ada kelas dan selera nak makan hahaha. Baiklah sebenarnya menu nih saya reka2 jer dalam kelas comercial saya. Rasa sos nih sedikit manis2 dan masam2. Kalau u all dah naik buhsan dengan ikan tiga rasa apakata cuba Ikan siakap cendanas nih pulak hehe. Selamat mencuba! 

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1/2 cawa tepung jagung
5 biji bawang putih
2 biji bawang besar (1 biji dihiris )
1 inci halia
8 sudu cili boh
6  sudu sos tomato
3 sudu sos cili
5 sudu pes tomyam
1/2 cawan sour cream/ santan pekat(dalam paket)
5 sudu sos plum/ madu/ gula
6 ketul cendawan butang dalam tin
2 keping nanas dalam tin
2 cawan air
garam secukup rasa
lada putih secukup rasa
Cara-cara membuat
  1. Lumurkan ikan siakap dengan garam dan lada sulah kemudian salutkan dengan tepung jagung. Goreng sehingga ikan masak garing.
  2. Mesin bawang merah, bwang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris, bahan yang dimesin dan culi boh sehingga garing.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, tomyam pes dan kacau sehingga pekat.
  5. Masukkan sedikit air jika kuah agak pekat.
  6. Masukkan sos plum, madu atau gula serta garam.
  7. Akhir sekali masukkan krim masam/santan dan kacau sehingga pekat.
  8. Tuangkan sos atas ikan yang telah digoreng.

1 comments:

Yatie berkata...

uwaaa bestnya resepi ni..leh cuba ni...bahan2 semuanya ada...tq berkongsi resepi..