Pages

03 Mac 2011

berry mousse

Mesti ramai suka makan buah berry kan? Tk kiralah strawberi ker, raspberry ker, blue berry atau lain-lain buah berry. Buah berry memang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Antaranya kaya dengan sumber anti oksida, mengandungi sumber vitamin C dan macam2 vitamin yang ada dalam buah berry nih. Cuma harga dia sedikit mahal tapi masih lagi mampu untuk dibeli lah. Baiklah, Mousse yang saya sediakan ini menggunakan campuran buah2han strawberry, dan blueberry sahaja. Kononnya saya nak campurkan buah raspberry tapi bila order raspberry tak sampai pulak jadi cam sedih sikitlah hehe. Tapi apa2pun walaupun menggunakan dua jenis buah berry, rasanya tetap sedap sehingga menjilat sudu tau. Silap2 mangkukpun kena jilat haha. Mousse ini perlu di sejukkan kerana ia lebih sedap dimakan! Selamat mencuba!



Bahan-bahan
200 gm beri campuran ( raspberi, blueberi dan strawberi)
1 biji kulit lemon
5 sudu gula
1/2 sudu makan gelatin/1 sudu teh serbuk agar2
80gm coklat putih-cairkan
150ml cream putar
Hiasan
buah strawberry  dan blue berry

Cara membuat
  1. Panaskan buah beri campuran dengan kulit lemon, gelatin atau agar2 sehingga buah sedikit lembut dan mengeluarkan jus. Sejukkan sebentar.
  2. Cairkan coklat putih menggunakan double boil (letak coklat dalam mangkuk dan letakkan mangkuk di atas air mendidih).
  3. Putarkan krim sehingga kental, kemudian campurkan coklat putih sambil dikacau cepat.
  4. Kemudian masukkan berri yang dimasak tadi.
  5. Letakkan dalam mangkuk atau glass mengikut kesukaan anda. Sejukkan sebelum dihidang.
  6. Hiaskan diatas dengan buah berry campuran jika suka.

1 comments:

Ruziawati Bukhari berkata...

salam Mr. Chef

yummy! sodap!!