Pages

04 Mac 2011

Sotong goreng tepung

Alah... siannya dia! lepas baca message Tini   dalam shoutmix nih. Jatuh kesian pulak saya. Katanya puas dia mencari resipi sotong goreng tepung nih dalam blog saya, tapi tak jumpa2. Mana nak jumpa Tini oiii! sebab saya tak postkan lagi resipinya.  Oklah Tini, abang datang memberi bantuan! cewah! (ayat gelis) haha. Sebenarnya bukan apa, saja jer nak wusha market! rupa2nya ada juga yang berminat nak resipinya ya. Maaflah Tini, sebenarnya saya terlupa  nak tepek resipi dalam nih. Apa2pun saya minta maaf kerana keterlekaan saya telah menyusahkan anda. Mesti habis semua label dah awak kelebek kan? silap2 dari tahun 2009 punya post pun dah duk awak selak2, tapi  masih tidak berjumpakan?. Nah copy dan pastelah resipi ini. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

Bahan A
600gm sotong-potong bulat-bulat

Bahan B

¼ cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 ¼ cawan air
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit rempah kari

Cara membuat

  1. Tapiskan sotong supaya lebihan air dapat ditoskan.
  2. Campurkan semua bahan B dan kacau sebati.
  3. Celupkan sotong dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga masak keemasan.

3 comments:

gadis_biasa berkata...

erm nmpak cam sedap jew...

ietams berkata...

sedap nampaknye tu..

uNa berkata...

nk cuba lah..Mr asben request nk mkn sotong grg tepung hr ni..hehe..tq ek