25 Mac 2011

Kulit Tart/Sugar crust/Tart shell

KALI ini saya kongsikan bagaimana hendak membuat kulit pai. Walaupun sebelum ini ada post resipi  kulit tart yang telah saya kongsikan.  Banyak term atau panggilan yang digunakan untuk resipi kulit tart ini. Ada yang memanggil sugar crust, tart shell dan pai shell dll. Apa2 apa pun kulit pastry yang diperbuat daripada mentega, tepung dan gula ini mudah dibuat jika tahu tekniknya. Doh jangan terlalu lembik atau keras. Teknik memasukkan air adalah paling penting jika terlalu banyak air nanti doh akan lembik dan jika dibakaria tak jadi rangup kalau terkurang air keras pula nanti. Apa2pun kita kena pandai mengagak dan selalulah praktis, sure anda akan tahu konsistensinya nanti. Resipi ini boleh digunakan untuk membuat sebarang tart dan pai!

Bahan-bahan
125gm tepung halus/superfine
65gm mentega
50gm gula kaster
1 biji telur kuning
sedikit air

Cara membuat (cara 1)
  1. Gaul semua sekali sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan sedikit air sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Sebaik-baiknya menggunakan food processor atau mixer.
  4. Rehatkan sebentar dan bolehlah dibentuk dalam acuan tart/pai.
Cara membuat (cara 2)
  1. Pukul mentega dan gula sebantar sahaja dalam 2 minit kelajuan maksimum.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau sebentar.
  3. Masukkan tepung dan sedikit air sehingga membentuk doh.
  4. Rehatkan sebentar dalam 10 minit sebelum dibentukkan dalam acuan tart/ pai.

3 comments:

Ietams berkata...

thanks for sharing..
saya amik resepi ni yer..

Tanpa Nama berkata...

bole tak tolang kongsi camne nak buat Filling untuk tart coklat telur...
saye teringin nak buat tart cam y jual kat john king egg tart stall uh...

suebee berkata...

minta izin amik resepi..nak wat bekal anak