30 Disember 2011

Buah tangan untuk tetamu

Ini artikel saya dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali Utusan Malaysia
Tarikh:30 Disember 2011

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada semua pembaca ruangan ini. Dua hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. Apabila tiba hujung tahun sahaja pasti ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan majlis keraian.
Lebih-lebih lagi ketika ini kita masih lagi dalam suasana cuti sekolah dan keraian yang paling menonjol orang buat adalah majlis perkahwinan.
Majlis yang diuruskan pasti meriah dengan acara menjamu makan dan memberi buah tangan. Sesetengah orang pasti akan berasa majlis tidak lengkap jika tidak dibekalkan tetamu dengan buah tangan, betul tak?
Kali ini saya ingin bercerita tentang amalan menjamu dan memberi buah tangan kepada tetamu.
Memang sudah menjadi kemestian tidak kira majlis itu kecil-kecilan atau besar orang akan bercakap tentang makanan yang disajikan. Tidak terkecuali topik buah tangan. Ia juga turut akan menjadi cerita jika ada buah tangan dibekalkan.

Kek Coklat Kukus Cawan

Bahan –bahan A
1 ¼   cawan  air mendidih
1 ¼   cawan serbuk koko
¾ cawan gula kaster
Bahan-bahan B
1  cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
1 ¾ cawan tepung kek@ tepung superfine
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
¾  sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
Bahan-bahan topping  pilihan 1
1 cawan air mendidih
¾ cawan gula kaster
¾ cawan susu pekat manis
2 ½ cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
Bahan-bahan Topping pilihan 2
500gm coklat hitam atau coklat masakan
220 ml susu cair@250 ml krim
1 sudu mentega

13 Disember 2011

Scones coklat chip dan kismis


Bahan-bahan
260 tepung gandum
50gm gula kaster
1 ¼ sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh soda bikarbonat
115 gm mentega
90gm cip coklat
75gm kismis
100ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla


Skon Roti tanpa yis

Ini artikel dalam Column saya Dari Dapur Azli Razali bertarikh 25 November 2011di Mega Utusan Malaysia. Selamat membaca!

Skon (Scones) merupakan roti segera kecil yang tidak menggunakan yis. Bentuk Skon yang asli adalah rata dan biasanya bersaiz bulat dan tidak terlalu besar. Makanan yang berasal daripada negara Scotland ini sungguh popular di negara barat seperti United Kingdom, Ireland dan Amerika Syarikat dan turut juga disukai oleh orang di Asia. Ada yang memanggilnya ’bannock’ iaitu roti leper yang dibakar atas kuali leper. Dahulu skon diperbuat daripada oat tanpa ragi dan dibakar samada atas api atau menggunakan kuali leper (girdle, dalam bahasa  Scotland) dan ia dipotong seperti tiga segi sebelum dihidang. Makanan ini diperbuat daripada tepung, mentega, gula dan bahan penaik seperti serbuk penaik dan serbuk soda. Di barat scones sering dijadikan makanan untuk sarapan atau minum petang dan dinikmati bersama teh atau kopi dengan sapuan mentega dan jem. Ia boleh juga dimakan dengan krim, madu dan sirap maple. Kebiasaan dua cara menyebut scones iaitu (skoan) bunyi cones adalah seperti menggabungkan bunyi diantara (cone dan john), dan (skon) iaitu menggabungkan bunyi diantara  (con dan Joan). Scones dipercayai telah diperkenalkan sejak 1513 dengan nama dari bahasa lama Belanda di zaman pertengahan seperti schoonbrood (roti putih) dan schoon (asli dan putih.) tetapi asal usul nama scones tidak diketahui berasal daripada mana kerana ada yang menyatakan nama scones berasal daripada nama Raja Scotland iaitu the Stone (Scone) of Destiny. Ada kemungkinan besar namanya berasal daripada nama bandar Scone di Scotland. Scones mula dibakar dalam oven dan dijual secara komersial apabila serbuk penaik seperti serbuk penaik diperkenalkan. Skon yang ada di pasaran dijual dengan pelbagai bentuk seperti bulat, segitiga dan segiempat. Terdapat pelbagai jenis dan rasa scones mengikut tempat seperti di Britain sconesnya berasa kurang manis dan ada juga scones di Hungary yang dikenali sebagai Pogácsa yang berasa masin dan dihidangkan dengan pelbagai taburan atasnya seperti herba dill dan keju. Ada juga scones yang digoreng iaitu dipanggil girdle scone yang terdapat di Scotland. Selain dibakar ada juga scones yang dipangang atas kuali leper seperti dropped scone, or drop scone yang seakan lempeng (pancake). Ada juga scones yang ditambah dengan buah-buahan kering seperti Cranberry dan sultanas. Teksture scones sebenarnya adalah gabungan di antara biskut (cookies) dan roti dimana anda boleh merasa kerangupan diluarnya tetapi apabila anda menggigitnya anda akan rasa lembut dan lembab di dalamnya. Scones mempunyai permukaan yang agak kasar kerana menggunakan bahan penaik. Di sini saya akan berkongsi sedikit tip bagaimana anda boleh membuat scones yang baik. Teknik pengulian doh scones adalah yang paling penting diberi perhatian agar anda dapat menghasilkan scones tyang terbaik. Walaupun anda boleh menggunakan mesin pengadun kek atau pemperoses makanan tetapi saya lebih suka menguli menggunakan garfu atau hujung jari kerana anda boleh mengelakkan doh daripada terlebih uli.Mula-mula, bahan-bahan kering (tepung, gula, serbuk penaik / serbuk soda ) adalah dipukul bersama dalam sebiji mangkuk besar. Berikutnya lenyek mentega bersama tepung sehingga ia smenjadi serbuk roti. Pastikan mentega itu masih sejuk dan supaya ia menjadi serbuk yang kasar. Kaedah ini seperti anda membuat kulit pastri untuk pai. Dan anda akan mendapat tekstur scones yang sedikit kasar dan berkepolak. Kemudian barulah anda masukkan bahan-bahan kering yang lain dan gaul sebati. Langkah akhir adalah anda masukkan cecair seperti susu dan telur jika ada. Ketika ini anda cuma mengulinya sebentar sehingga hampir membentuk doh sahaja. Jangan diluli dengan keterlaluan kerana ini akan menyebabkan tekstur scones menjadi sangat padat.  Jika anda menghasilkan scones anda itu terlalu padat janganlah serik untuk mencubanya lagi dan ketika itu anda cuma perlu mengulinya sebentar sahaja. Selamat mencuba! untuk resipi sila klik disini

09 Disember 2011

Kimchi dan Stew Kimchi

Kimchi Kobis Cina (tong baechu kimchi)
Bahan-bahan A
1.25kg kobis cina
1 ¼  cawan garam
1.6 liter air
Bahan-bahan B ( Kisar halus)
75ml air
160gm buah pear
125gm lobak putih
50gm cili merah
50gm bawang putih
90gm bawang merah
Bahan-bahan C
100gm keledek putih-rebus, tapis dan lenyek lumat
125ml sos ikan
40gm serbuk cili
25gm kepingan cili kisar(chili flakes)
¾  sudu makan gula
½ sudu makan serbuk perasa

Kimchi Makanan Yang Berkhasiat

Ahn young ha say yo!. bermakna ‘Hello’ dalam bahasa korea. Janganlah anda berasa pelik kerana Dari Dapur Azli Razali bukanlah ingin mengajar anda bertutur bahasa korea tetapi kali ini saya ingin bercerita tentang makanan yang sangat popular di Korea iaitu kimchi kerana tiada ribut dan  tiada taufan, tiba-tiba saja kebanyakan orang Malaysia meminati drama dan lagu daripada Negara ini. Muzik K Pop dan drama k orea menjadi trend terkini negara ini  sehingga saya juga turut dihasut oleh rakan-rakan rapat yang begitu obses drama dan lagu korea untuk turut sama menyukainya. Tidak cukup dengan itu saya juga turut dibawa ke restoran makanan korea  agar saya turut merasai penangan budaya Korea. Lihat betapa hebatnya kesan musik dan cerita Korea. Itulah yang dinamakan pengaruh! Walaubagaimanapun saya akui makanan korea sungguh sedap  dan sejak kali pertama saya dibawa rakan-rakan menikmati makanan korea itu saya telah jatuh cinta dengan makanan korea.

25 November 2011

Danish Apricot

HA! resipi nih sayaambik dari satu blog nih. Sebenarnya puff pastry agak tidak sesuai untuk membuat danish Kalau untuk danish dia ada resipi doh dia sendiri tapi resipi nih kreatif sebab hanya puff pastry jer yang ada jual kat pasaran. Agak susah untuk membuat doh puff pastry dan danish nih sebenarnya sebab dia kena praktis dan belajar secara hands on. Kalau tak belajar cara2 membuatnya secara praktikal, silap2 layer dia tak jadi. Nanti bukan ke oven perginya, ke tong sampahlah jawab perginya.  Untuk makluman u all, dekat pasaran, hanya ada jual puff pastry jenama pampagas. Itupun tak semua pasaraya yang

24 November 2011

Masak Lemak daging Salai/bakar

Assalamualaikum anda semua, masakan ini adalah antara makanan Negeri Sembilan yang saya paling peberet sebab inilah makanan yang antara lain adalah makanan yang paling fofular di N9. Nogori tumpah darah eden! Baiklah saya nak kongsikan sedikit tip bila  membuat makanan ini. Pertama, anda perlu menggunakan bahan-bahan yang asli dan segar untuk mendapatkan rasa yang enak dalam masak lemak cili api ini.Teknik memasak nya juga penting kerana anda perlu menjaga apinya supaya tidaklah terlalu besar dan anda juga perlu sentiasa mengacaunya kerana santan asli mudah pecah lemaknya. So taknaklah masak lemak anda nanti pecah minyak. Spoil plak selera nantikan? Lagi satu makanan ini sepatutnya berasa pedas tetapi anda bolehlah adjust kepedasan dia. sebab kadang2 ada orang tak tahan pedas pulakkan, tak pasal2 berapi pulak mulut nantikan? Bersiut makannya nantikan! kebiasaannya masak lemak akan berasa sedikit masam dan anda boleh menggantikan buah belimbing atau bacang dengan perahan limau kasturi atau menggunakan asam keping sahaja. Cubalah resipi saya dalam blog ini dan agi mereka yang nak belajar makanan ini secara video boleh saksikan video saya membuat masakan ini ya! Selamat mencuba dan menonton!






15 November 2011

Video membuat Quiche &kek Pic (part 1)

Video membuat Quiche & Kek pic part 2

14 November 2011

Kek Pic

Seperti yang dijanjikan ini adalah resipi kek Pic seperti dalam video tuh selamat mencubalah! Boleh menonton video di alamat ini
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/2TG7jXQZxSQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
  
Bahan-bahan
250gm marjerin
190gm gula kaster
2 biji telur
60gm walnut-cincang halus
270gm tepung naik sendiri
1 cawan susu
7 keping buah pic dalm tin

Topping
5 keping buah pic dalam tin
]1/4 cawan gula
75ml cream
2 sudu tepung jagung campur dengan 1/4 cawan air

Cara membuat

  1. Pukul mentega sehingga kembang.
  2. Masukkan telur, dan kacau sebati.
  3. Campurkan tepung dan walnut. Masukkan campuran tepung tadi  dan susu. Kacau sebati.
  4.  Masukkan susu dan kacau sebati. Kemudian masukkan buah pic dan pukul dengan kelajuan maksimum. Jangan kacau terlebih supaya buah pic tidak terlalu hancur..
  5. Sapukan acuan kek besaiz 13 inci dengan marjerin. Tuangkan adunan kek. 
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 180 darjah Celsius selama 30 minit atau sehingga kek masak.
  7. Keluarkan kek dan sejukkan, sedia untuk disapu topping.
  8. Untuk topping cincangkan buah pic dan masak bersama gula dan cream.
  9. Kemudian lenyek2kan dan pekatkan dengan larutan tepung jagung
  10. Sapukan atas kek.

03 November 2011

Quiche Mudah

Ha Hari nih siang tadi sempatlah buat 2 resipi atas permintaan kawan saya si Farina Tajizan yang siiiibukkk sangat suruh saya masak. Alkisahnya begini dia tanya kat saya lebih kurang macam ginilah dialognya! u tak masak ker Azli besok? Saya jawab, makan kat kedai jer! nak masak kat kelas pun sekang tengah cuti semester  so tak masak. Alahh  ingat baru nak record youtube u buat kek! katanyaa.  U nak rekodkan ker? Nak rekodlah. U buat kek I rekod! ha idea baik, boleh2 macam menarik balas  saya. So menu apa lagi nak buat?. Lps discuss punya discuss kita decide nak buat Quiche  dan kek Pic. Jadi pada mereka yang dah tengok wall si Farina atau yang mana nak mencuba buat resipi nih. Saya nasihatkan gunakan cawan yang standard yang boleh dibeli di pasaraya. Dan lagi satu guna tepung superfine. Sebab maklumlah bila dah terejah ke rumah orang nih tak semuanya boleh dilengkapkan so adalah tertinggal barang dan sebagainya. Maklumlah buat benda nih pun tetibajer kan! Sebab tu dalam video tu we all main belasah jer. Video membuat Quiche nih nanti kita akan share bila dah siap edit sebab editornya si Fina tuh tengah duk goyang tangan lagi. Oit Farina baik u buat cepat video tuh! hehe opsss. Kesempatan nih saya nak ucapkan terima kasih kepada Farina Tajizan sebab dah bagi idea nak buat video dan resipi nih, oh yer dia jugak telah sudi menyemponsor barang2 mentah semua. Tq!  Untuk venue studio yang yang tak berapa nak studio tuh telah kita shoot kat rumah kak Suzana tau! Tq kak sebab sudi bagi pinjam kitchen! kalau terkutuk ker apa ker mintak maaf lah just joking2 je hehe. Diharap anda boleh cuba resipinya ini ok! selamat mencuba!

02 Oktober 2011

Penne udang dan tuna

Chek nih bukan lah jenis yang selalu masak kat umah pun sebab kat tempat keje tuh dah kojer nya ngajor masak so segala-galanya dilakukan di tempat koje. Entah apa kebulur yang datang hari nih teman pun duk belek-belek stok makanan kat dapur dan peti ais. Bila duk kelebek-kelebek adalah barang lebih buat foto shoot untuk majalah jelita semalam. Jadi apalagi berperanglah membuat operasi memasak pasta done2 tuh jugak, jadi hari ini saya kongsikan resipi pasta yang ringkas dan cepat maklumlah perut dah tak tahan tadi nak melantak jadi tak leh lengah. Jom masak Penne Udang dan tuna!


Bahan-bahan
150gm penne(sejenis pasta)-rebus sehingga kembang
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili kering-hiris nipis
8 ekor udang harimau
3 sudu makan tuna dalam tin
1 biji cili merah-hiris
½ biji capsicum merah-potong kecil
3 helai sawi- potong kecil
¼ lobak merah-hiris halus
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
½ biji tomato saiz kecil-potong baji
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan keju parmesan
Sedikit Serbuk cukup Rasa Maggi
Sedikit air (lebihkan jika terlalu kering)

Cara membuat
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik bau.
Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.
Masukkan sos tiram, sos tomato, tuna, penne dan air. Kacau sebentar.
Perlahankan api dan masukkan semua sayur sayuran dan kacau.
Taburkan keju sebelum makan.

22 September 2011

Video Membuat Kuih Seri Muka Part 1

Video Membuat Kuih Seri Muka Part 2

Video Membuat Kuih Seri Muka Part 3

Video Membuat Kuih Seri Muka Bahagian akhir

05 September 2011

Bengkel memasak Dari Dapur Azli Razali

Assallamualaikumdan salam sejahtera kepada semua. Macamana hari raya anda semua? meriah? apa? poket dah kempis? hehe. Biasalah tuh dah nama hari rayakan? Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. Tkpeer rayakan sebulan. baiklah sempena bulan yang mulia nih saya ada berita nak warwarkan. sepanjang saya berkarya dalam media cetak seperti surat khabar, majalah dan blog nih saya mendapat banyak pertanyaan dan permintaan untuk mengadakan kelas masakan. Bukan rumah terbuka lah! mentang2 baru pas raya kan?. hehe Bukan taknak buat tapi takde kesempatan nak buatnya. Baiklah kali ini saya mendapat offer dari Food Recipes Cooking Club untuk membuat bengkel memasak. Bengkel ini akan diadakan seperti maklumat berikut:
Tarikh: 11 September 2011 & 25 September 2011
Masa: 2.30petang-5.30petang
Harga: RM40 satu sesi
Tempat:Food Recipes Cooking Club 12A-12/m Jalan PJU 5/22 The Strand Kota Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor
Masakan yang didemo: Quiche ayam, Pasta goreng barbeque dan Puding Soya Berbiskut

Peserta akan membawa bukan sebiji kereta tetapi akan membawa pulang satu goodies beg berharga RM 15! hehe . Selain itu Anda juga boleh memenangi bukan sebuah rumah tetapi satu biji Microwave hot pot berharga RM 399 dan hadiah soalan kuiz. Berbaloi tak. Hot pot tuh sebenarnya adalah acuan mufin yang anda boleh buat muffin menggunakan microwave! cangih manggih tak? jadi apa tunggu lagi? Cepat2 sebab tempat terhad kalau tak boleh datang 11 September datanglah 25 September pulak! Kita akan ada soal jawab juga ok! Yang nih koranmg boleh soal benda2 berkaitan masakan. plssss jangan tanya soalan geografi atau sejarah atau soalan2 yang bukan sewaktu dengannya sebab takut chek tak boleh nak jawab! hehe. InsyaAllah saya akan cuba menjawab mana yang saya rasa saya tau ok! Selain darpada tuh kalau u olss berminat nak belajar buat coklat dan donut jangan ketinggalan belajar dengan chef Khairi plak pada 17 september depan. Dia memang pakar dalam coklat mengcoklat nih.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Cik Tracy atau cik Daphne di talian 0361426712. Anda boleh membuat pembayaran melalui bank OCBC di akaun 1711001624 atas nama Foodrecipesgateway Sdn Bhd dan hantarkan resit pembayaran melalui fax +60361426711 atau email ke foodrecipesgateway@gmail.com. Jumpa anda disana!

30 Julai 2011

Kecoh dan Meriah Di Sg Petani!

Uli kak jangan tak uli! hehe


Acara baling2, sapa tangkap dia dapat!
U all tengok tak tajuk post saya kali nih? ha tuhlahkan! nih nak story Morylah. Alhamdulillah Riang Ria Raya Nestle Cornflakes dan Utusan Di Swiss Inn Hotel Sg Petani tadi memang best peserta dia Allahuakkbar! kecoh nauzubillah. Memang Sporting habis. Meriah suasana! Ini adalah lokasi terakhir Roadshow bengkel Riang Ria Nestle Cornflakes nih. Saya sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh orang Sg Petani. Walaupun ada yang telah membayar tetapi tak hadir di bengkel ini tapi peserta yang hadir macam dah penuh dalam dewan tuh dibuatnya. Kali ini seperti sebelum-sebelum ini, saya berseparing partner dengan dua orang chef Diva Popular. Ha saya gelarkan Diva popular sebab memang diorang nih among the best seleberiti chef kat Malaysia nih. Kalau bercerita tuh sampai tak ingat balik dah sampai saya kena cut diorang sebab kalau tak stopkan, dua orang chef nih mesti lupa nak balik KL! hehe  duk membebel sampai ke pukul 12 pun mesti tak sedar. Silap2 GM Hotel yang datang suwuh berenti hehe. Tengoklah hebat tak hebatnya Dato dan Chef Florence Tan kan. Mesti Peserta yang datang ke bengkel di Sg Petani setuju dengan statement sayakan?. Orang berpengalaman begitulah!. Ok, berbalik pada acara di Sg Petani tadi, kali nih tak de berbezanya dengan lokasi yang lain cuma saya boleh tengok respon peserta di Sg Petani nih memang superaktif. Agaknya banyak makan cornflakes kot ke banyak makan nasi? entahlah. Maklumlah Kedahkan  pengeluar beras terbesar di Malaysia nih! hehe. beras murah kot!Bukan apa bila saya bacakan soalan kuiz, diorang nih beria2 menjawab. Kali ini stylenya saya tukar sikit apabila 10 soalan kuiz pertama tuh saya suruh diorang pakat berlari kat saya untuk jawab soalan. Kira sapa cepat dia dapat! Silap2 kalau suruh depa duk berlari kat barlapan, konfirm pelari pecut negara pun boleh kalah lah hehe. Sikit punya laju!. Laju tak laju sampai saya kena terekam sampai saya menjerit tolongg!!!! jangan terekam saya! I tak rela diterekam! hehehe( opss ini cerita benar ok! ada kena mengena dengan yang hidup tapi tiada kena mengena yang sudah meninggal dunia hehe).

26 Julai 2011

Chocolate chip cookies

Hmm mesti ada yang hantu biskut chocolate chipkan? Minggu depan dah nak puasa mesti  ada yang tak nak  melepaskan peluang buat   biskut raya sendiri betul tak? so biskut yang sering orang pilih utnuk buat adalah chocolate chip cookies sebab biskut nih main letak2 pastuh terus bakar. Amatlah mudah. Apakata kali nih u all cuba buat biskut chocolate chip yang saya dapat dari internet. Rasa chocolate chip ini berbeza sikit sebab ada menggunakan nescafe so ia ada kelainan dari segi rasa. Kalau boleh saya describekan, rasa dia ala2 cappucino! cubalah!

Bahan-bahan

230gm mentega-biarkan suhu bilik
1 -1¼ cawan gula perang-jika suka kurang manis boleh guna 1 cawan sahaja
1 cawan gula kaster
3 biji telur
½ cawan susu tepung
3 cawan tepung gandum halus
4 sudu teh baking powder
1 cawan tepung jagung
2 sudu makan serbuk Nescafe
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu kecil vanilla essence
340gm chocolate chip
115 gm  kacang walnut/pecan-cincang halus

15 Julai 2011

Hot cross bun

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua! kali nih saya nak kongsikan resipi Hot Cross Bun. Bukan apa resipi nih as usual saya cilok gak lah dari student saya  yang belajar subject International cuisine.  Masa tu saya tanyalah, hari nih buat makanan negara mana?. England chef!.  Nih Roti apa? tanya saya balik. Hot Cross Bun chef!. Ohhh. Bun nih orang yang beragama kristian makan masa perayaan Good Friday chef katanya! oh yeker, so ada sejarahlah roti nih yer? Balas saya balik. Interesting!.

13 Julai 2011

Salmon kukus mastard & sos maggi berlemon

HAMBIK! tajuk makanannya pun dah menjela panjang nak menyebutnya kan? Cuber praktis sebut dalam 6 harakat dalam satu nafas! hehe. Oklah kali nih saya nak kongsikan resipi makanan sihat!  post saya kali nih kira macam wellness editionlah. Bukan apa pas saya balik dari bengkel Riang Ria Raya nestle Cornflakes kat Malaka  hari tuh saya pun singgah lah ke rumah akak dan abang ipar saya kat sungai udang, itu pun sebab nak manghantarkan anak buah saya yang mengekor saya  pi bengkel petang tuh ke umah mak diorang, Jadi nak taknak kena lah hantar. Mula2 kononnya nak angkat buntut pas maghrib dari umah akak saya nih ke Nilai, tapi tup tap tup dia takde kat umah. Pi Jaya Jusco beli pizza katanya. Azlii tunggu makan malam! kak cik beli pizza. Eh langkah kanan aku malam nih, dapat makan free! aminn hehe takanlah nak tolak rezeki pulakkan? Hmmm pas maghrib sampailah akak saya nih kat umah. 

11 Julai 2011

Orang Melaka Memang Hevoc!


CECUBER you all baca tajuk post saya  kali nih  kat atas tuh. Cebaca! cebaca! Pasti ada yang tak tau tuh tergaru garu! apa kebenda la nih! hehe bukan apa sebenarnya hati saya berasa sungguh gumbira kerana seramai 150 orang telah mengahadirkan diri mereka ke Bengkel buat Biskut Raya Nestle Cornflakes bersama Utusan Malaysia di Melaka 10 Julai lepas. Orang Melaka memang best! First of all saya nak mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada orang Melaka dan org negeri lain sebab sanggup meluangkan masa datang pada sabtu lepas ke bengkel ini. Seperti biasa gimik opening acara kali ini sedikit berbeza dengan di KT lepas sebab kali ini ada chef Florence Tan. Haaaa dan ada lagi satu surprise sebab saya di bawa masuk selepas dua orang selebriti fofular nih ngumpat pasal saya masa saya takde sebelum dia panggil saya masuk  ke dalam dewan. Eh silap bukan ngumpatttt... tapi mengaterrr.. eh silap gak sebenar benarnya diorang sok sek sok sek benda yang baik pasal saya dulu  sebelum saya masuklah (kira cam nak promosi pengenalanlah! hehe PROMOSI???? PERLU KER? eh kenalah hahaha. Walaupun gimiknya lain sedikit tetapi objektifnya tetap sama iaitu menunjukkan cara membuat biskut yang betul menggunakan nestle cornflakes.


As usual penonton tak kering gusi lah dengan acara2 yang di conduct oleh dua chef ini sambil saya pun mengambil kesempatan untuk memberikan bantuan dari segi tips dan meyampaikan kuiz serta cabutan hadiah bertuah kepada penonton! Seperti biasa juga event riang ria raya ini tidak pernah mengecewakan dan saya dapati semua peringkat umur dari umur 4 tahun sampai lah ke umur yang lebih 55 tahun join. Wahhh. saya tgk semua org happy mappy!. Sambutan memang di luar jangkaan tau kalau tak caya tgk gambar yang saya attachkan. Kalau nak tgk gambar yang lebih hevoc lagi leh lah ke FB saya. Semasa bengkel ini, ada sorang makcik tuh dia siap pau apron saya. Bila tgh2 mula session tuh dia tanya saya. Awak nih yang ada tulis dalam Mega Utusan setiap hari Jumaat tuh kan? saya pun jawab.. saya lah tuh makcik... Makcik selalu baca dan gunting simpan tau. Ohhh yeker. Masa tuh terasa macam nak meleleh  peluh rasanya eh silap... air mata sebenarnya ehhe sebab kolumn saya itu dihargai dan disimpan oleh seorang makcik yang telah 4 tahun pencen dari cikgu, mengajar BI di sekolah katanya. Tengok betapa setianya pembaca Utusan Malaysia! kerana kesetiaan dia tuh saya souvinirkan makcik nih apron sebab dia nak sangat apron saya tuh katanya. Takper makcik ambiklah apron saya nih  ikhlas dari saya! Terlupa pulak nak tanya.. makcik ada anak dara tak? ehhehe.


Inilah dak shakir tuh! comelkan? Yg bj merah tuh comel tak?hehe
 
Selain daripada tuh saya juga sangat teruja dengan kanak2 yang kecil yang datang masa event nih. Diorang boleh ikut buntut2 mak diaorang join event macam nih! Ada sorang tuh Shakir namanya anak teman FB saya Laily, budak nih comelll sangat...  dan dia sangat setia tunggu hingga akhir bengkel tau. Bila saya tanya si Shakir nih suka makan ke suka masak?. Off course dia akan jawab suka makan! lagi boleh nak tanyakan?. ishhhh apalah.. haha tapi itu bukan pointnya, point saya adalah minat memasak perlu dipupuk dari kecil lagi so si budak shakir nih datang tgk event pun dah kira besar rahmat dah. Mana tau besar nanti dia suka memasak pulak kan. Kita tak tau! Senang jugak mak dia nanti hehe. betul tak? Baik korang kata betul! hehehe. selain ada session menari cha cha oleh Saya,Chef Ismail dan Chef Florence, session meneka umur saya  adalah session yang paling saya suka! sebab bila bukak aja soalan tuh terus diorang bukak lelongan umur saya dari seawal 25 tahun! warghh terkojut pakcik! Macam Pasaran BSKL dan pasar borong   pun adagak masa tuh tau sebab semua org terpekik terlolong duk bidding umur saya dari 25 tahun sampai ke tuuuut tahun hahaha. Ha kau! UMUR HANYA PADA ANGKA BUKAN PD WAJAH! hahaha cam pernah dengar jer tagline tuh kan? Sebenarnya kita perlu mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan  jgn hidup terlalu stress! InsyaAllah kita akan berasa happy dan ceria selalu dan tak cepat makan usia.       
Bergambar lepas habis bengkel! 
     Bercakap pasal makanan sihat nih Nestle Cornflakes adalah makanan yang sihat, jadi amalkan setiap hari lebih2 lagi pada waktu pagi. Kesedaran memakan makanan sihat dan hidup sihat perlu ada pada setiap orang. Bayangkan dalam Nestle Cornflakes ada 10 jenis vitamin dan mineral yang berkhasiat untuk badan serta khasiat sampingan yang baik. Tujuan lain Nestle Cornflakes membuat bengkel2 seumpama ini adalah supaya informasi tentang pemakanan sihat itu dapat disebarkan! Syabas Nestle Cornflakes dan Utusan!. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membeli buku masakan saya dan saya harap yang membelinya dapat manfatkan dengan mencubanya di rumah. Baiklah siri bengkel bergerak Riang Ria Raya ini akan diteruskan ke lokasi akhir di Sg Petani nanti tau pada mereka yang berhampiran bolehlah turut serta mengejoin bengkel ini. Jika ada yang berminat jangan lupa dapatkan maklumatnya di Utusan Malaysia atau klik aja disini untuk mengetahui macamana nak sertainya. Harapan saya adalah pada mereka yang telah mengikuti bengkel ini anda dapat menggunakan ilmu membuat biskut  sebaiknya dan untuk lokasi seterusnya saya berharap orang Sg Petani boleh menggegarkan Swiss INN jom Ramai2 ke Swiss INN Sg Petani 30 Julai ini ok. Jumpa disana!

06 Julai 2011

Roti Pisang ala ala Kek

Sebenarnya kalau korang buat roti pisang nih mesti korang ngata teman nih menipu resipi sebab teksture roti pisang nih dah sikit2 macam kek. Well tak kisah lah roti ker kek ker tapi bila saya kunyah rasa dia sedap. Dia nih nak kata kek, tekstur dia tak lembut sangat! nak kata roti tak kenyal cam roti plak. Ish konpius acik! Jika u all nak tau kenapa dia dfipanggil pisang adalah disebabkan tepung yang digunakan adalah tepung gandum biasa jadi sebab itulah ia dinamakan roti pisang walaupun rasanya tidak sekenyal roti. Oleh kerana saya taknak mengompiuskan pembaca2 blog nih so saya telah menamakan resipi nih roti pisang ala2 kek. Pada mulanya saya nak letak shortform ROKEK tapi cam dah lain macam pulak bunyiknya so kalau sebut ala2 lebih sedap mulut menyebutnya dan tak macam pelik. Camana? Kelas tak namanya. Eh mestilah kelas! cewah tetiba pujik dirik sendirik nampak?! hahaha... Baiklah kepada anda semua  mesti cuba resipi nih tau. Terima kasih kepada student saya Mazlina sebab semasa kelas International dia, saya curik sekeping roti pisang nih yang supersedap giler! dan dia dah bagi saya salinan resipi ini!

05 Julai 2011

Borang Menyertai Bengkel Riang Ria Raya Di Melaka & Sg Petani


Borang Menyertai Bengkel Riang Ria Raya
Apaaaa??? termiss borang nak menyertai Riang Ria Raya Nestle Cornflakes di Utusan?. Alahhhh... u all nih macam mana boleh terlepas? Kan awok dah kaborkan jangan lupa beli Utusan Malaysia hari2 sebab kat dalam tuh ada borang yang boleh anda isi jika anda nak join road show Riang Ria Raya Nestle Cornflakes bersama Utusan Malaysia! takper2 jangan risau nasib baik saya ada copy borang tuh dan saya dah siap2 attachkan kat atas tuh dah. Korang nampak tak kat borang tuh ada dua chef seleberiti terkenal iaitu Chef Florence dan Chef Ismail? Apa! gambar saya takde dalam borang nih? helloooo tak surpriselah kalau saya ada dalam tuh Hehe.. Bukan apa saja jer taknak bagi nampakkan saya, nanti takde element surpriselah nanti  bila bengkel tuh berlangsung kan? (dah macam tak surpriselah pulak sebab dah kecoh bagitau satu Malaysiakan? hehe). Apa yang penting saya akan turut serta bersama2 dua chef selebriti fofular nih menggegarkan bengkel di Melaka dan Sungai Petani nanti. Tarikh dan tempat berlangsungnya bengkel ini ada tercatat di borang tuh ok. U cek it out baby! hehe
     Cecuber korang baca aktiviti2 yang akan berlangsung sepanjang  bengkel berlangsung kat borang tuh! teruja tak? menarik kan? bayangkan anda cuma bayar RM40 Ringgit jer tapi macam2 kelebihan korang boleh dapat. Mana nak dapat bengkel yang murah macam nih. Dah lah bayar murah macam2 anda boleh dapat antaranya Goodies Beg bernilai RM30, selain tuh anda juga berpeluang menang soalan kuiz  lagi yer. Tak cukup dengan tuh, u all dapat jamu makan Hi Tea lagi tau. Di samping tuh boleh beli cornflakes dengan harga promosi kat sana. Fuyooo! Yang paling best sepanjang bengkel ini anda dapat berkongsi tip2 membuat biskut dengan kami bertiga! hei bukan senang tau nak dapat peluang berjumpa dengan Chef Florence dan Chef Ismail tau. Bila lagi nak ambik peluang berjumpa diorang nih? ini lah masanya nak jumpa diorang? Jangan lupa bawak camera tau sebab anda juga boleh bergambar dengan mereka nanti. Nak bergambar dengan saya pun boleh gak hikhikhik (cewahh ayat pancing nampak hahaha!).
     Jadi apa kata anda print siap2 borang nih lepaih tuh pi ambik pen tulis particular anda dan register sekarang. Ikut aja arahan dalam borang tuh. Senang jer, tak susah, semuanya dihujung jari anda. Apa2 pun saya garenti anda akan rasa berbaloi dan enjoy mengikuti siri bengkel Riang Ria Raya Nestle Cornflakes ini sebab kami bertiga akan bergabung dan menggamatkan suasana semasa bengkel ini berlangsung! Ha apa tunggu lagi! cepatttt! sementara tempat duduk masih ada stok lagi sebab tempat adalah terhad. Jika ada sebarang pertanyaan silalah berhubung dengan Lieya atau Dino di Talian di talian 0392210202. Akhir kata join jangan tak join!. Jumpa anda di Melaka dan Sungai Petani ok!

Butter cream

Hari nih bila lepas lunch tadi teman pi lah meronda ronda kat pastry kitchen. Bila sampai jer, ternampak lah satu resipi butter cream kat kelas teman nih iaitu Chef Farid. Resipi butter cream!. Bila duk baca-baca resipi dia agak lain sikit dengan butter cream biasa pasal ada menggunakan susu pekat manis. Hmm menarik gak resipi nih so apa lagi dengan izin tuan dia saya pun rembatlah resipi nih. Farid aku nak resipi nih boleh? hei UUUU jangan rembat terus I belum copy kat dalam buku resipi I lagi ok!. Isshh u nih I bukan nak teruslah! I nak copy jerrr! terus tukar niat dari nak rembat kepada nak copy jerr lah ahak!  hambik kau hehehe. U nih nak buat apa? nak buat menjual ker? tanya Chef Farid kat teman. Eh tak lah! as usual untuk blog lah apa lagi! balas saya hehe. Anyway thank you Chef Farid kongsi resipi nih.

28 Jun 2011

Riang Ria Nestle cornflakes & Utusan Malaysia di Melaka Pula!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Dah lama saya tak update blog saya nih. Maklum lah agak busy sikit. Bukan apa sekarang tengah sibuk bahang nak menyambut Hari Raya puasa tau! Ada antara anda yang dah berkira-kira nak membuat biskut raya? Apakata tahun nih buat biskut raya cornflakes? Ha jangan tak tau walaupun belum puasa tapi saya dah sibuk dengan aktiviti membuat resipi untuk puasa dan raya. Salah satunya nihlah Promosi bergerak bengkel biskut Raya anjuran Nestle Cornflakes dengan Utusan Malaysia iaitu Riang Ria Nestle Cornflakes di 3 Lokasi terpilih di Malaysia! Ada yang tak tau? ha nih nak habaq mai lah nih. Tahun nih Riang Ria Raya Nestle Cornflakes kembali membuat Roadshow nya ok! Alhamdulillah saya telah diundang sebagai salah seorang chef untuk medemonstrasi biskut raya tuh bersama 2 orang selebriti fofular tau. Korang kenal Dato' Chef Ismail dan Chef Florence Tan. Ha gilerrr tak kenal! Mesti kenalkan? popular tuhhhh.
     Dengan selebriti2 chef inilah saya akan bergabung dan meletupkan suasana di lokasi terpilih tuh. Lokasi pertama kita alhamdulillah telah dijalankan di Hotel Primula Beach Kuala Terengganu pada 4 Jun lepas tau. MasyaAllah sambutan dia memang di luar jangkaan. Saya sungguh gembira dan teruja bila ramai bebenor yang datang pada hari bengkel tersebut. Respons yang saya dapat pada hari tuh memang memberangsangkan. Seramai 200 orang peserta tau telah membanjiri Dewan Gamelan I. Pada waktu itu ada ramai di antara peserta menggunakan kesempatan untuk mempertingkatlkan kemahiran dan ilmu membuat biskut dengan bertanyakan pelbagai persoalan. Yang paling best sekali bila semua orang tak kering gusi dengan keletah chef Ismail pada hari tuh. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada orang pantai timur yang sudi turun padang menyertai bengkel tersebut. Jangan tak tau orang Pahang dan Kelantan pun ada turun padang jugak tau meramaikan dan memeriahkan  bengkel nih. Ha kalau tak caya tengok aja gambar pada artikel yang saya attachkan nih. Meriahkan?
Orang Pantai Timur memang sporting! Cayalah!


Ha kak perati  betul2 resipinya kalau tak nanti tak jadi! hehe
Baiklah ada yang bertanyakan pada saya lokasi seterusnya akan dijalankan dimana pulak? oh yer lokasi kedua nanti kita akan laksanakan di tempat tanah tumpah darah Hang Tuah! mana lagi kalau bukan di Melaka dan lokasi ketiga adalah di Sungai Petani. Bengkel di Melaka ini akan dijalankan pada 10 Julai 2011. Dah tak lama lagi nih! Tempat yang telah dipilih adalah di Hotel Abadi Melaka Taman Melaka Raya . Jadi kepada orang-orang Melaka jom lah register bengkel nih. Eh orang dari negeri yang berhampiran pun boleh  join jugak tau. Kalau ada orang dari Sabah dan Sarawak nak join pun boleh aja.  Yuran yang dikenakan tak mahal cuma RM 40 ringgit jer. Dengan bayaran 40 hinggit tuh korang boleh dapat goodies beg bernilai RM30 disamping ada aktiviti2 sampingan seperti cabutan bertuah dan kuiz akan dijalankan sepanjang bengkel berlangsung. Hadiah yang bakal anda dapat jika menjawab soalan kuiz dengan betul disediakan oleh pihak Nestle cornflakes dan Utusan Malaysia! Memang berbaloi-baloikan? rugi kalau tak join. Tapi kena register cepat sebab tempat adalah terhad! Pada bengkel tersebut 4 jenis biskut yang menggunakan Nestle Cornflakes akan saya, Dato chef Ismail dan Chef Florence tunjukkan adalah Biskut Permata de Hati, Intan Manukan, Biskut Mentega Kacang dan Lipatan Kasih Kurma! Sudah cukup membuatkan anda kecur mulut?.
      Ha apalagi marilah join bengkel nih!  Di sepanjang bengkel ini juga anda akan ada sesi soal jawab, jadi gunakan kesempatan ini untuk bertanyakan sebarang permasalahan tentang biskut. Kepada peserta-peserta bengkel, anda akan dihidangkan dengan minum petang, lagi lah rugi kalau u all tak join sebab kami takan biarkan korang kosong perut! itu yang bestnya kalau join bengkel nih!Tak tau macamana nak join? eh jangan risau,  cara dia senang jer, apa yang anda perlu buat adalah dengan mengisi  borang yang  disiarkan di Utusan Malaysia dan jika anda ada sebarang pertanyaan anda bolehlah menghubungi Lieya atau Dino di talian 0392210202. Kepada anda semua. Mari kita gegarkan Hotel Abadi Melaka Taman Melaka Raya  pada 10 Julai ini! moh kiterrr membuat biskut raya cornflakes!!

19 April 2011

Rum ball katernya!

MULANYA dia mintak resipi round ball kat saya? alamak aku pun cam konfius tahap gaban, round ball tuh   makanan jenis kategori apa plak? kemudian saya tanya balik kat X bukan nama sebenar. Si X pun jawab balik kat saya, round ball yang dia makan tuh ala2 ada  rasa kek, pastuh bentuk bulat2.  Ohh rum ball kot balas saya. Saya pun habaq kat dia nanti lah saya share. Selepas beberapa lama saya pun naik lupa untuk share dalam blog nih so dia pun message lagi kat wall FB saya,  kempunan nak makan rum ball katanya. Ahhh sudah! orang kata tak baik bagi org kempunan, nanti orng tuh dah takde nyesal pulak kita tak penuhi hajat dia! opsss!. Maksud saya takde selera hehe! Tapi kena tgk gaklah kan, mana yang leh  kita tolong kita cuba tolongkan? Hmm sebenarnya rum ball yang asli  menggunakan likeur iaitu sejenis arak yang dipanggil RUM ( takde kena mengena ngan Ramlah Ram ok! hehe). Tapi takanlah saya nak share resipi2 yang mengandungi benda haram pulak ngan u all kan? Ish simpang empat! he he. Jadi kerana menjaga kesensitivitian umat Islam maka saya kongsikan rum ball yang versi halal tapi kali  nih saya taknak guna nama rum ball lah, saya bagi nama bebola kek! sedap sikit dan halal jer namanya. So  kepada yang kempunan nak makan rum ball versi halal cubalah bebola kek ini.

Bahan-bahan
1 1/2 cawan (140 grams)  pecan yang dipanggang, cincang halus (hazelnut, walnut @badam boleh digunakan)
1 1/4 cawan (120 grams) lebihan kek coklat yang dihancurkan
1/2 cawan (40grams) serbuk biskut oreo-pilihan
1/2 cup (55 grams) gula icing
2 sudu makan (12 grams) serbuk koko 
2 sudu makan sirap jagung (corn syrup)@madu
1/4 cawan (60ml) oren sunquick
1/2 955grams) kismis atau prun-dicincang halus

Cara-cara membuat
  1. Panggang kacang sehingga garing dan keperangan kemudian cincang halus.
  2. Kemudian campurkan bersama bahan-bahan lain dan gaul sehingga sebati
  3. Bentukkan bulat-bulat mengikut saiz yang digemari dan sejukkan.
  4. Panaskan 90gm coklat masak dan campurkan dengan 1 sudu kecil mentega menggunakan kan teknik double boil( atas air mendidih). kemudian celupkan dan biarkan dia keras. 
  5. Hiaskan dengan coklat putih cair atau salutkan dengan kacang yang dimesin atau ditumbuk.
  6. untuk

14 April 2011

Salad ayam dengan sos mangga

AsSalam semua. Awok nih baru jer balik dari khidmat masyarakat kat Kg Padang Besar di Batu Kurau minggu lepas menemankan kawan kerje awok buat program khidmat masyarakat kat sana. Uisshhh macam2 aktiviti yang dah dijalankan kat sana. Memang serghonok giler teman. Nasib baik tak naik sawan jer kat sana hehe. Yang paling best masa kat kg nih teman melantok durian tak hingat dunia tapi nasib sedar diri. Makan durian kat sini kalau lupa diri memang boleh mendatangkan bencana pada kesihatan diri.! Macamaner? bulih ker idak teman cakap perhok? bulihlahkan? dari tak ader ater!. Setelah lama teman menyepikan dirhi maklumlah sibuk katernya maker, hari nih teman nak kongsikan satu resipi salad ayam yang makan dengan sos mangga. Salad nih memang senang jerlah, tak susah maner pun nak membuatnya. Anda boleh grill ayam nih kalau taknak digoreng. Sebenarnya salad nih juga boleh diratah2cam gitu jer, memang layan habis! jadi anda mahu layan habis? apalagi moh ler kiter! hehehe

08 April 2011

Burger Daging Lembu/Ayam Istimewa

INI adalah daging burger yang saya buat atas permintaan salah sorang teman farruq namanya.  Nak buat burger sendiri katanya. Yelah sebenarnya buat burger sendiri nih lebih sihat dari makan daging burger frozen yang dijual di supermarket tuh. Burger frozen yang dijual di pasaraya th megandungi bahan pengawet selain  garam  dan lemak yang berlebihan! ha burger frozen tuh  memang sesuai bagi mereka yang malas nak menjaga kesihatan!  oleh tu saya galakkan anda membuat daging burger sendiri yang lebih sihat. Tip buat burger sendiri adalah anda perlu beli daging kisar yang betul2 segar ok! dan yang mengandungi kurang lemak. Kalau anda ada mincer/ food processor sendiri lagi bagus. Mesin jer sendiri daging tuh lagi puas hati! Kalau dah takde tuh pandai2lah! lu fikirlah sendiri hehe... beli aja kat bahagian butcher di supermarket habis cita noktah! baiklah kalau buat burger daging, bread crumb yang digunakan kurang sedikit berbanding kalau anda menggunakan daging ayam pasal daging ayam kurang serat  berbanding serat dalam daging lembu.  Jadi daging ayam kisar  teksturnya lebih lembik dari teksture daging lembu kisar. Jadi sukatan breadcrumb untuk burger daging ayam perlulah lebih. Jika anda susah nak dapat breadcrumb bolehlah gunakan  biskut tawar(crackers) yang dikisar! Ok selamat mencuba!

Burger buatan sendiri

Salam Jumaat korang! mesti hari nih hari yang korang tak sabar2 kan? yelah hari Jumaat, hari penghulu hari. Pasal penghulu hari tuh satu hal lah. Ada satu lagi hal yang buat kita semua tak sabar2. Nak tau apa? Ini khas buat  mereka yang cuti hariSsabtu dan Ahad lah kan, apa lagi tak sabar pasal esok dan lusa cutilah hehe. Betul tak? Pada mereka yang keje Sabtu dan Ahad tuh tak dapek lah pakcik nak nolong eh! ekau kono dongkilah kat kita orang yang cuti esok dan lusa lah hehe! so apa axtiviti korang cuti esok dan lusa ? pilah bercoti ker kat mana2 atau berkelah ker bagi release stress sikit! apa? memeruk kat rumah sampai dapat gaji? hehe. yelah poket pun dah kempis yer. Hmm. Saya hujung minggu nih ada axtiviti dengan student membuat kerja amal di Kampung Bukit Kurau di Perak. Jadi hujung minggu ini terisilah masa dengan kerja2 yang bermanfaat untuk masyarakat hehe. Oh yer duk membebel pasal aktiviti hujung minggu plak, sebenarnya saya nak sharekan permintaan dan soalan dari penanya soalan yang telah saya tunai dan jawab dalam Utusan mega hari ini dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali. Jadi u all apa lagi wusha2lah soalan yang mereka tanya nih dan jawapannya untuk perkembangan ilmu semasa kita. Resipi pun ada kalau nak cuba! Selamat membaca!


Soalan

MINTA tolong kongsikan resipi burger buatan sendiri (home made burger). Terima kasih.
– Farruq Azwan,
Kulim Kedah.

Jawapan
Terima kasih atas permintaan saudara. Pasti anda seorang penggemar burger. Saya akan memuat turunkan resipi dan cara bagaimana untuk membuat burger sendiri di rumah di dalam blog saya.
Di sini saya kongsikan permintaan anda dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali ini dengan pembaca-pembaca lain supaya mereka dapat mencuba untuk membuat burger sendiri di rumah.
Sebenarnya untuk membuat burger yang lebih sihat, anda disarankan membeli daging kisar yang segar. Daging kisar yang segar lebih sihat kerana tidak ditambahkan dengan bahan pengawet. Jadi selamat mencuba!


Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan roux?
– Naema,
Paka dungun Terengganu.

Jawapan
Terima kasih Naema di atas soalan anda. Roux merupakan salah satu agen pemekat yang digunakan untuk melikatkan sup dan sos. Sebelum ini ada juga resipi-resipi yang saya kongsi dalam ruangan ini seperti sos lada hitam dan sup lobak merah berkrim yang menggunakan roux sebagai bahan pemekat.
Mungkin anda juga pernah terlihat resipi-resipi lain yang menggunakan roux ini.
Roux sebenarnya diperbuat daripada mentega, marjerin atau minyak yang dicampur dengan tepung. Nisbah beratnya adalah sama iaitu jika anda menggunakan lemak (mentega, marjerin dan minyak) sebanyak 100 gram maka berat tepungnya perlulah 100gm juga.
Anda perlu mencairkan lemak dahulu dan kemudian barulah dicampurkan tepungnya.
Kacau sehingga ia membentuk adunan yang lembut. Untuk rasa yang lebih sedap saya mencadangkan anda menggunakan lemak dari mentega.
Anda gunakan roux ini dan campurkan dalam sup atau sos yang sedang mendidih. Pastikan ia dikacau dengan gegelung dawai (wire whisk) supaya tiada ketulan akan terbentuk. Kacaulah sehingga pekat.

06 April 2011

Chocolate pudding

BILA hari rabu jer saya suka sangat!. Pasal hari nih kelas saya start jam 5 ptg jadi sebelum jam 5 teman boleh buat macam2 keje hehe. So macamana hari rabu korang? ada yang cuti? mesti ada kan? ada yang MC? nih komperem ada jugak! kalau ada tuh mesti tak browse internet dah kan? baik melepak kat atas katil, rehat2... lagi puas hati! Oklah saya mengambil kesempatan dengan masa yang ado nih, untuk berkongsi resipi puding coklat! Ini bukan puding yang keras tuh tapi teksture puding nih lembut. Ala2 macam mousse sikit ( melt in your mouth not in your hand hehe (sebab makan pakai sudu mana nak cairkat tangan kan? haha). Jadi kalau u all nak buat puding nih sebaik-baiknya diservekan dalam mangkuk kecik atau pun dalam champage @ wine glass. Step nak buat dia nih agak macam leceh sikit, tapi berkat kesabaran dan beristighfar banyak2 hehe insyaAllah dapat u all membuatnya.. amin, selamat mencuba!

05 April 2011

Puding Roti di Utusan

Puding roti kali ini adalah puding roti yang saya kongsikan dalam Utusan minggu lepas. Resipi nih saya selalu gunakan dalam kelas mengajar pastry kepada student2 saya. Kalau mana yang dah terliuq nak makan puding roti sendiri tuh, ha apa lagi buatlah. Kalau nak sedap gunalah roti butterscotch atau roti manis yang lemak, memang sedap rasanya. Resipi ini juga adalah atas memenuhi permintaan dari pembaca ruangan Dari Dapur Azli Razali  di Utusan minggu lepas. Ada juga yang menanya kalau nak bakar jer puding nih tanpa menggunakan steam bake boleh tak?. Eh boleh sangat. Ad juga yang tanya boleh  tak puding nih guna microwave. Ok pasal microwave nih anda boleh gunakan kalau ada function membakar jer. Kalau takde jangan mandai2 pakai yer, sebab microwave biasa tuh nak panaskan makanan jer cik oi hehe, kang tak pasal2 kering puding roti awak tuh hehe.  Ok harap segala teka teki  teka tekuk pasal puding roti nih dah jelas. So dah jelas jom kita buat puding roti beramai ramai!

Apabila kek mendap

SALAM bloggers. Kali ini saya kongsikan pula soalan dan permintaan daripada dua orang pembaca yang telah menghantar soalan dalam ruangan Dari dapur Azli Razali di Utusan Malaysia minggu lepas. Jadi mungkin pada anda yang  lain boleh lah mendapat informasi bagaimana untuk mengelakkan kek menjadi mendap setelah dibakar. Ayuh baca yuk hehe.

Soalan
KEBIASAANNYA apabila kek telah masak, kita akan menutup suis ketuhar tersebut. Adakah kita akan terus mengeluarkan kek tersebut dari ketuhar serta merta? Tetapi chef, kenapakah setiap kali kek yang saya buat setelah dikeluarkan dari ketuhar dan dibiarkan seketika kek tersebut akan mendap. Di mana silapnya?


Jawapan
ADA beberapa sebab kenapa kek jatuh selepas dikeluarkan. Ia mungkin disebabkan oleh kek anda itu tidak cukup masak. Jadi pastikan kek betul-betul masak dengan mengujinya terlebih dahulu.
Suhu yang tidak cukup panas juga menyumbang kepada kek mendap selepas dibakar. Bakarlah kek pada suhu 180 darjah celsius.
Selain itu mungkin di dalam kek tidak mempunyai udara yang cukup. Anda perlu pastikan adunan betul-betul dipukul sebati terutamanya ketika memukul mentega dengan gula, ketika memasukkan telur dan ketika mengacau tepung dalam adunan.
Ini bagi membolehkan kek memerangkap udara. Adalah sebaik-baiknya anda mengayak tepung dan bahan penaik (sekira menggunakannya) sebelum mencampurkan dalam adunan kek.
Anda boleh menutup suis dan biarkan seketika di dalam ketuhar sambil pintu ketuhar dibuka tetapi cara ini dilakukan jika jika anda membuat kek keju. Anda perlu membiarkan seketika bagi mengelakkan kek keju mendap atau pecah selepas dikeluarkan.


Soalan

SAYA dan kawan-kawan penggemar puding roti. Jadi setiap kali kami ada tugasan luar dan menginap di hotel, menu itu yang akan kami cari dulu. Diharap saudara dapat membantu kami untuk buat sendiri di rumah.

Sarina Hamzah

Baiklah Sarina di sini saya akan kongsikan satu resipi puding roti yang mudah dan enak untuk anda cuba. Saya ucapkan selamat mencuba!
Klik resipi disini--> http://azlirazali.blogspot.com/2011/04/puding-roti-di-utusan.html#axzz1IXF7qCXI

04 April 2011

Chocolate chunk muffin

Bila saya buat post nih teringat post dulu pasal cita muffin saya kena curi hehe. Tapi kali ini muffin saya bukan kena curi tapi saya pulak curik secara halal resipi orang dan kongsikan dalam nih. Hai dah masuk bulan 4 kan? so kita sudah masuk suku tahun untuk tahun 2011. Apa perkembangan korang? Mungkin ada yang dah berkembang dan mungkin ada yang makin menguncup! Cam saya nih ramai yang kata makin kecut hehe. Entahlah rasa makan cam gitu gak tapi makin kurus hehe. Busy katanya!? kepada yang makin mengembang tuh, jaga2... jangan terlalu kembang. Kalau kembang benda yang baik takper teruskan! kalau kembang badan tuh kena lah hingat2 kang nanti ada pulak penyakit yang datang nanti hehe. Kepada penggiler2 makan! Apa kata u all cuba muffin coklat nih. Jangan keliru ada dua muffin dalam gambar nih yer. So pada mana yang tak rabun warna tuh, mesti korang leh beza mana satu muffin coklat kan? kalau yang rabun warna tuh tak dapeklah pakcik nak nolong eh. So selamat membuat muffin!

31 Mac 2011

Siakap goreng cendanas

CENDANAS? ha mesti ada yang garuk kepala coz tak pernah dengar juadah nih kan. hehe. Sebenarnya Cendanas tuh singkatan untuk cendawan dan nenas so jadilah cendanas hehe. Alah ingat penyanyi ngan pelakon jer nak nama glamaour. Latifah jadi Letty, Zabedah jadi zebby haha. Cam gitulah. Makanan pun nak ada nama glamour gakkan? baru ada kelas dan selera nak makan hahaha. Baiklah sebenarnya menu nih saya reka2 jer dalam kelas comercial saya. Rasa sos nih sedikit manis2 dan masam2. Kalau u all dah naik buhsan dengan ikan tiga rasa apakata cuba Ikan siakap cendanas nih pulak hehe. Selamat mencuba! 

29 Mac 2011

Kek Kacang buah pinggang

KADANG2 bila kita dapat resipi,  kita kena kaji dulu sama ada resipi itu lojik atau tidak. Kalau tak pun kita kenalah pandai2 ubah kalau resipi yang kita buat tuh tak jadi! bab2 tak jadi nih mesti u all semua dah naik kejang nak layan sebab pernah terjadi kepada batang hidung sendiri kan? Orang kata jgn mudah putus asa. Kalau tak jadi tuh jgn lah patah semangat. Memasak nih perlu berani dan kreatif untuk mengelakkan daripada benda2 tak jadi nih berlaku. Kesiankan? dah buat tak dapat plak nak ngap kan. Dahhhh kempunan. Macam tuh jugak saya, kadang2 tuh gatal gak tangan dan tekak nih nak cuba resipi baru. Selalunya resipi kat internet dan majalah serta kat bukulah yang menjadik mangsa keadaannya. Macam resipi kali inilah yang saya dapat daripada majalah. Asalnya resipi apam kacang merah Sarawak tapi guna 10 biji telur putih? banyak giler! sebab tuh saya cam kurang yakin nak terus menggunakan resipi asal; tapi saya ubah kepada kek, jadiklah kek kacang buah pinggang.
Bukan apa, niat di hati nak lah merasa apam kcang merah Sarawak tapi naluri nih kata cam tak jadi jer kalau saya buat resepi nih, pastuh guna sampai 10 biji telur putih lak, konfirmlah rugi telur kuning tuh jadi untuk lebih menjimatkan dan tidak membazir maka saya jadikan resipi ni menjadi kek. Mintak maaf lah pada empunya resipi coz saya telah memandai-mandai sendiri mengubahnya daripada genre apam ke genre kek.  Jadi cubalah genre kek saya kali ini yer!