24 November 2011

Masak Lemak daging Salai/bakar

Assalamualaikum anda semua, masakan ini adalah antara makanan Negeri Sembilan yang saya paling peberet sebab inilah makanan yang antara lain adalah makanan yang paling fofular di N9. Nogori tumpah darah eden! Baiklah saya nak kongsikan sedikit tip bila  membuat makanan ini. Pertama, anda perlu menggunakan bahan-bahan yang asli dan segar untuk mendapatkan rasa yang enak dalam masak lemak cili api ini.Teknik memasak nya juga penting kerana anda perlu menjaga apinya supaya tidaklah terlalu besar dan anda juga perlu sentiasa mengacaunya kerana santan asli mudah pecah lemaknya. So taknaklah masak lemak anda nanti pecah minyak. Spoil plak selera nantikan? Lagi satu makanan ini sepatutnya berasa pedas tetapi anda bolehlah adjust kepedasan dia. sebab kadang2 ada orang tak tahan pedas pulakkan, tak pasal2 berapi pulak mulut nantikan? Bersiut makannya nantikan! kebiasaannya masak lemak akan berasa sedikit masam dan anda boleh menggantikan buah belimbing atau bacang dengan perahan limau kasturi atau menggunakan asam keping sahaja. Cubalah resipi saya dalam blog ini dan agi mereka yang nak belajar makanan ini secara video boleh saksikan video saya membuat masakan ini ya! Selamat mencuba dan menonton!






Bahan-bahan
1 kg daging salai- hiris nipis
1 ½  biji santan
12 biji cili api-ditumbuk-ikut kepedasan yang disukai
1inci kunyit hidup-ditumbuk
2 ulas bawang kecil (pilihan)-ditumbuk
2 batang serai-diketuk(pilihan)
150gm belimbing buluh atau bacang cincang (pilihan)-
Secukup rasa garam kasar/halus

Cara membuat
  1. Masukkan semua bahan kecuali bacang.belimbing buluh di dalam periuk dan didihkan sambil dikacau di atas api yang sederhana. Selepas mendidih masukkan bacang/asam keping.
  2. Masak sehingga bacang lembut dan kuah menjadi pekat. 
  3. Perisakan dengan garam dan biarkan ia mendidih sebentar. 
  4. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Daging Salai/bakar
1.2 kg daging lembu
1 ½ sudu kecil serbuk kunyit
Secukup rasa garam

Cara membuat
Lumurkan semua bahan dan bakar atas api atau dalam oven/ atau ai sehingga daging masak.

4 comments:

Ietams berkata...

lauk ni memang sedap! =)

WAN MARIANA berkata...

daging salai masih keras lagi mcm mana nak lembut kalau masak sekejap cara ni.

Tanpa Nama berkata...

Jangan salai terlalu lama..daging akan keras kerna jus dalam daging akan hilang..kalu bakar sendiri..klu beli di pasar jgn amek dging yg terlalu hitam..amek yg man2 ja..janji lembik..ahaks

Tanpa Nama berkata...

osah sodap eh..
slalu mkn tp x ponah buek sendri..
tq share resipi..
lopeh ni buleh la buek..