Pages

25 November 2011

Danish Apricot

HA! resipi nih sayaambik dari satu blog nih. Sebenarnya puff pastry agak tidak sesuai untuk membuat danish Kalau untuk danish dia ada resipi doh dia sendiri tapi resipi nih kreatif sebab hanya puff pastry jer yang ada jual kat pasaran. Agak susah untuk membuat doh puff pastry dan danish nih sebenarnya sebab dia kena praktis dan belajar secara hands on. Kalau tak belajar cara2 membuatnya secara praktikal, silap2 layer dia tak jadi. Nanti bukan ke oven perginya, ke tong sampahlah jawab perginya.  Untuk makluman u all, dekat pasaran, hanya ada jual puff pastry jenama pampagas. Itupun tak semua pasaraya yang

 ada menjualnya. Selepas duk wusha blog si chef Jeena nih, tertelan pulak ayak liuq teman sebab nampak sungguh menggoda dan menyelerakan. Gugur iman nafsu makan teman haha. Lagi satu walaupun dia menggunakan puff pastry rasanya tak lah banyak sangat berbeza Cuma saya tidak menggunakan apricot jam dan saya dah kurangkan gulanya sebab bila saya gunakan resipi asal, silap2 boleh kena potong lidah sebab manis sangat. Maklumlah saya nih manis orang nya (wekk perahsantan nampakkk!), jadi kenalah kurangkan manis! (takde kena mengenakan?) kalau ngan kencing manis adalah kena mengenakan? hahaha. Oklah bagi mereka yang tak dapat cari puff pastry instant nih dekat pasaran, u all boleh buat secara tradisional, puff pastry atau doh danish nih dengan menonton cara buat dia kat u tube. Satu lagi, kalau nak tau step by step cara buat apricot danish nih bolehlah pi ke blog jeena nih! selamat mencuba!!



Bahan-bahan
1 paket (375gm) puff pastry
75gm serbuk badam
50gm gula kaster
1 biji telur
15gm mentega
3 ketul apricot dalam tin

Cara membuat
  1. Leperkan puff pastry setebal 8-10cm.
  2. Campurkan mentega, gula, telur dan serbuk badam dan kacau sebati.
  3. Torehkan lebih kurang 1/2 inci di tepi sekeliling pufff pastry tetapi jangan putus. Lipatkan ke dalam.
  4. Sapukan semua bahan2 yang telah dicampur (mentega, serbuk badam, gula dan telur) tadi. di atas puff pastry.
  5. Susun apricot di atas puff pastry. Bakar selama 25- 30 minit dengan kepanasan 180 darjah C sehingga keperangan.
  6. Boleh disaji sejuk atau ketika panas.

0 comments: