03 November 2011

Quiche Mudah

Ha Hari nih siang tadi sempatlah buat 2 resipi atas permintaan kawan saya si Farina Tajizan yang siiiibukkk sangat suruh saya masak. Alkisahnya begini dia tanya kat saya lebih kurang macam ginilah dialognya! u tak masak ker Azli besok? Saya jawab, makan kat kedai jer! nak masak kat kelas pun sekang tengah cuti semester  so tak masak. Alahh  ingat baru nak record youtube u buat kek! katanyaa.  U nak rekodkan ker? Nak rekodlah. U buat kek I rekod! ha idea baik, boleh2 macam menarik balas  saya. So menu apa lagi nak buat?. Lps discuss punya discuss kita decide nak buat Quiche  dan kek Pic. Jadi pada mereka yang dah tengok wall si Farina atau yang mana nak mencuba buat resipi nih. Saya nasihatkan gunakan cawan yang standard yang boleh dibeli di pasaraya. Dan lagi satu guna tepung superfine. Sebab maklumlah bila dah terejah ke rumah orang nih tak semuanya boleh dilengkapkan so adalah tertinggal barang dan sebagainya. Maklumlah buat benda nih pun tetibajer kan! Sebab tu dalam video tu we all main belasah jer. Video membuat Quiche nih nanti kita akan share bila dah siap edit sebab editornya si Fina tuh tengah duk goyang tangan lagi. Oit Farina baik u buat cepat video tuh! hehe opsss. Kesempatan nih saya nak ucapkan terima kasih kepada Farina Tajizan sebab dah bagi idea nak buat video dan resipi nih, oh yer dia jugak telah sudi menyemponsor barang2 mentah semua. Tq!  Untuk venue studio yang yang tak berapa nak studio tuh telah kita shoot kat rumah kak Suzana tau! Tq kak sebab sudi bagi pinjam kitchen! kalau terkutuk ker apa ker mintak maaf lah just joking2 je hehe. Diharap anda boleh cuba resipinya ini ok! selamat mencuba!


Bahan bahan A
2 ¼ cawan tepung halus/superfine
125 gm mentega -biarkan lembut
5-6 sudu air

Bahan-bahan B
50 gm isi ayam tanpa kulit
50gm sosej ayam
1 cawan susu
½ cawan  krim
3 telur
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji bawang besar hiris
4 ulas bawang putih
1 sudu the herba oregano
½ cawan bayam rebus
50 gm tomato hiris
1 cawan keju cheddar
Garam secukup rasa
Bahan perasa secukup rasa

Cara membuat 
  1. Untuk kulit pastri, pukul mentega dan tepung sehingga membentuk serbuk roti. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 
  2. Leperkan doh dalam acuan pai@ quiche kemudian bakar dalam oven dalam suhu 180 darjah celcius  selama 10-12 minit atau separuh masak. Keluarkan. 
  3. Untuk isi, panaskan minyak/mentega dan tumiskan bawang putih, bawang merah. 
  4. Kemudian masukkan ayam dan sosej dan goreng sehingga masak. 
  5. Masukkan, serbuk lada hitam dan herba oregano. Kacau sebentar. 
  6. Kemudian padamkan api. Perisakan. 
  7. Dalam mangkuk berasingan pecahkan telur, susu dan krim, kacau sebati. Tambahkan sedikit lagi dengan garam dan bahan perasa. 
  8. Taburkan bahan yang digoreng tadi serta susun bayam, dan tomato dalam kulit quiche yang telah dibakar separuh dan tuangkan telur  dalam kulit pastri.  
  9. Taburkan keju dan bakar sehingga quiche masak lebih kurang 20 minit.

0 comments: