06 April 2011

Chocolate pudding

BILA hari rabu jer saya suka sangat!. Pasal hari nih kelas saya start jam 5 ptg jadi sebelum jam 5 teman boleh buat macam2 keje hehe. So macamana hari rabu korang? ada yang cuti? mesti ada kan? ada yang MC? nih komperem ada jugak! kalau ada tuh mesti tak browse internet dah kan? baik melepak kat atas katil, rehat2... lagi puas hati! Oklah saya mengambil kesempatan dengan masa yang ado nih, untuk berkongsi resipi puding coklat! Ini bukan puding yang keras tuh tapi teksture puding nih lembut. Ala2 macam mousse sikit ( melt in your mouth not in your hand hehe (sebab makan pakai sudu mana nak cairkat tangan kan? haha). Jadi kalau u all nak buat puding nih sebaik-baiknya diservekan dalam mangkuk kecik atau pun dalam champage @ wine glass. Step nak buat dia nih agak macam leceh sikit, tapi berkat kesabaran dan beristighfar banyak2 hehe insyaAllah dapat u all membuatnya.. amin, selamat mencuba!

Bahan-bahan
3/4 cawan (150 grams) gula kaster
3 sudu makan (30 grams) tepung jagung
1/3 cup (30 grams) serbuk koko
2 1/2 cawan (600 ml) susu
1/2 cawan(120 ml) whipping cream

4 biji telur kuning
3/4 cawan (120 grams) coklat-dicincang halus1
1/2 sudu kecil vanilla esen
1 sudu makan (14 grams) mentega, suhu bilik, potong kecil

Hiasan

Parutan coklat
Cream
Cara membuat


  1. Campurkan gula, tepung, dan serbuk koko. Kemudian masukkan 1/2 cawan susu dan telur dalamnya dan kacau menjadi pes.
  2. Kemudian dalam periuk panaskan lebihan susu (2 cawan) dan whipping cream. Kemudian campurkan dalam campuran telur dan coklat.
  3. Kacau dengan wire whisk dan kacau dengan cepat supaya adunan telur tidak menjadi berketul ketul.
  4. Masakkan kembali dalam periuk sehingga campuran menjadi likat seperti konsistensi mayonis.
  5. Pastikan sentiasa dikacau atas api yang sederhana supaya campuran tidak berketul.
  6. Kemudian campurkan dengan coklat yang dicincang, mentega dan vanilla. Kacau sehingga menjadi campuran yang sebati..
  7. Tuangkan dalam gelas atau mangkuk dan sejukkan. Untuk makan bolehlah ditaburkan dengan coklat parut danpaipkan dengan krim.

3 comments:

cikmar berkata...

mcm byk je kuning telur tu chef..klu kurgkan jadi x

Cik Su Life Cycle berkata...

cek lagi suka yang ni.. tu dia.. coklat .. feberet

josrevalution berkata...

salam knl.. emmm sdpnya... bru d liht da nk sgt mkn..hehe.. i folo u..folo me back yer tuan blog..
cara supaya right klik dan hight light teks tidak berfungsi di sesebuah website(blog)