14 April 2011

Salad ayam dengan sos mangga

AsSalam semua. Awok nih baru jer balik dari khidmat masyarakat kat Kg Padang Besar di Batu Kurau minggu lepas menemankan kawan kerje awok buat program khidmat masyarakat kat sana. Uisshhh macam2 aktiviti yang dah dijalankan kat sana. Memang serghonok giler teman. Nasib baik tak naik sawan jer kat sana hehe. Yang paling best masa kat kg nih teman melantok durian tak hingat dunia tapi nasib sedar diri. Makan durian kat sini kalau lupa diri memang boleh mendatangkan bencana pada kesihatan diri.! Macamaner? bulih ker idak teman cakap perhok? bulihlahkan? dari tak ader ater!. Setelah lama teman menyepikan dirhi maklumlah sibuk katernya maker, hari nih teman nak kongsikan satu resipi salad ayam yang makan dengan sos mangga. Salad nih memang senang jerlah, tak susah maner pun nak membuatnya. Anda boleh grill ayam nih kalau taknak digoreng. Sebenarnya salad nih juga boleh diratah2cam gitu jer, memang layan habis! jadi anda mahu layan habis? apalagi moh ler kiter! hehehe

Bahan-bahan
Perapan
500gm ayam-didadu
1/2  sudu minyak bijan
3 sudu madu
3sudu serbuk cili/paprika
2 sudu worchestershire sauce
1 sudu jus limau nipis
2 sudu minyak masak
garam secukup rasa
serbuk lada sulah/hitam secukup rasa

Bahan lain
1 biji lada benggala-dadu
10biji baby tomato (atau 3 biji tomato besar)-dadu 
1 cawan limau bali-leraikan

Sos mangga
1 biji mangga masak
1 cawan jus mangga
3  biji bawang merah cincang
1/4 cawan jus limau nipis
1/2 sudu daun parsly atau daun ketumbar-cincang
garam, lada putih secukup rasa

Cara membuat
  1. Perap ayam dengan minyak bijan, madu,serbuk cili, garam, dan lada sulah sebentar kemudian panaskan minyak dan goreng dengan minyak sehingga masak.
  2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan dan perisakan dengan garam dan lada putih.
  3. Susun udang dan bahan lain dalam pinggan dan tabur sahaja sos atasnya.

1 comments:

Cik Su Life Cycle berkata...

waduh .. best bangat.. haha.. tibe2 jadi indon.. leh try ni