08 April 2011

Burger buatan sendiri

Salam Jumaat korang! mesti hari nih hari yang korang tak sabar2 kan? yelah hari Jumaat, hari penghulu hari. Pasal penghulu hari tuh satu hal lah. Ada satu lagi hal yang buat kita semua tak sabar2. Nak tau apa? Ini khas buat  mereka yang cuti hariSsabtu dan Ahad lah kan, apa lagi tak sabar pasal esok dan lusa cutilah hehe. Betul tak? Pada mereka yang keje Sabtu dan Ahad tuh tak dapek lah pakcik nak nolong eh! ekau kono dongkilah kat kita orang yang cuti esok dan lusa lah hehe! so apa axtiviti korang cuti esok dan lusa ? pilah bercoti ker kat mana2 atau berkelah ker bagi release stress sikit! apa? memeruk kat rumah sampai dapat gaji? hehe. yelah poket pun dah kempis yer. Hmm. Saya hujung minggu nih ada axtiviti dengan student membuat kerja amal di Kampung Bukit Kurau di Perak. Jadi hujung minggu ini terisilah masa dengan kerja2 yang bermanfaat untuk masyarakat hehe. Oh yer duk membebel pasal aktiviti hujung minggu plak, sebenarnya saya nak sharekan permintaan dan soalan dari penanya soalan yang telah saya tunai dan jawab dalam Utusan mega hari ini dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali. Jadi u all apa lagi wusha2lah soalan yang mereka tanya nih dan jawapannya untuk perkembangan ilmu semasa kita. Resipi pun ada kalau nak cuba! Selamat membaca!


Soalan

MINTA tolong kongsikan resipi burger buatan sendiri (home made burger). Terima kasih.
– Farruq Azwan,
Kulim Kedah.

Jawapan
Terima kasih atas permintaan saudara. Pasti anda seorang penggemar burger. Saya akan memuat turunkan resipi dan cara bagaimana untuk membuat burger sendiri di rumah di dalam blog saya.
Di sini saya kongsikan permintaan anda dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali ini dengan pembaca-pembaca lain supaya mereka dapat mencuba untuk membuat burger sendiri di rumah.
Sebenarnya untuk membuat burger yang lebih sihat, anda disarankan membeli daging kisar yang segar. Daging kisar yang segar lebih sihat kerana tidak ditambahkan dengan bahan pengawet. Jadi selamat mencuba!


Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan roux?
– Naema,
Paka dungun Terengganu.

Jawapan
Terima kasih Naema di atas soalan anda. Roux merupakan salah satu agen pemekat yang digunakan untuk melikatkan sup dan sos. Sebelum ini ada juga resipi-resipi yang saya kongsi dalam ruangan ini seperti sos lada hitam dan sup lobak merah berkrim yang menggunakan roux sebagai bahan pemekat.
Mungkin anda juga pernah terlihat resipi-resipi lain yang menggunakan roux ini.
Roux sebenarnya diperbuat daripada mentega, marjerin atau minyak yang dicampur dengan tepung. Nisbah beratnya adalah sama iaitu jika anda menggunakan lemak (mentega, marjerin dan minyak) sebanyak 100 gram maka berat tepungnya perlulah 100gm juga.
Anda perlu mencairkan lemak dahulu dan kemudian barulah dicampurkan tepungnya.
Kacau sehingga ia membentuk adunan yang lembut. Untuk rasa yang lebih sedap saya mencadangkan anda menggunakan lemak dari mentega.
Anda gunakan roux ini dan campurkan dalam sup atau sos yang sedang mendidih. Pastikan ia dikacau dengan gegelung dawai (wire whisk) supaya tiada ketulan akan terbentuk. Kacaulah sehingga pekat.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dear Azli,
apa maksudnya daging segar yang dikisar? bukan ready-made mince meat yang dijual di supermarket tu?Rozaimi