04 April 2011

Chocolate chunk muffin

Bila saya buat post nih teringat post dulu pasal cita muffin saya kena curi hehe. Tapi kali ini muffin saya bukan kena curi tapi saya pulak curik secara halal resipi orang dan kongsikan dalam nih. Hai dah masuk bulan 4 kan? so kita sudah masuk suku tahun untuk tahun 2011. Apa perkembangan korang? Mungkin ada yang dah berkembang dan mungkin ada yang makin menguncup! Cam saya nih ramai yang kata makin kecut hehe. Entahlah rasa makan cam gitu gak tapi makin kurus hehe. Busy katanya!? kepada yang makin mengembang tuh, jaga2... jangan terlalu kembang. Kalau kembang benda yang baik takper teruskan! kalau kembang badan tuh kena lah hingat2 kang nanti ada pulak penyakit yang datang nanti hehe. Kepada penggiler2 makan! Apa kata u all cuba muffin coklat nih. Jangan keliru ada dua muffin dalam gambar nih yer. So pada mana yang tak rabun warna tuh, mesti korang leh beza mana satu muffin coklat kan? kalau yang rabun warna tuh tak dapeklah pakcik nak nolong eh. So selamat membuat muffin!

Bahan-bahan
115 gm mentega
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 cawan tepung kek
1/2 cawan tepung gandum/tepung roti
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking powder
85ml susu UHT+1/2 sudu jus lemon/jus lime
1 sudu teh/kecil vanilla esen
1 cawan coklat-cincang halus

Cara membuat


  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
  3. Masukkan esen dan kacau.
  4. Ayak tepung dengan baking powder dan soda.
  5. Kemudian masukkan coklat, susu dan tepung kacau sebati.
  6. Tuang adunan dalam acuan muffin dan bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah C selama 20-25 minit atau jika dicucuk dan pencucuk licin apabila dikeluarkan.

0 comments: