INI adalah daging burger yang saya buat atas permintaan salah sorang teman farruq namanya. Nak buat burger sendiri katanya. Yelah sebenarnya buat burger sendiri nih lebih sihat dari makan daging burger frozen yang dijual di supermarket tuh. Burger frozen yang dijual di pasaraya th megandungi bahan pengawet selain garam dan lemak yang berlebihan! ha burger frozen tuh memang sesuai bagi mereka yang malas nak menjaga kesihatan! oleh tu saya galakkan anda membuat daging burger sendiri yang lebih sihat. Tip buat burger sendiri adalah anda perlu beli daging kisar yang betul2 segar ok! dan yang mengandungi kurang lemak. Kalau anda ada mincer/ food processor sendiri lagi bagus. Mesin jer sendiri daging tuh lagi puas hati! Kalau dah takde tuh pandai2lah! lu fikirlah sendiri hehe... beli aja kat bahagian butcher di supermarket habis cita noktah! baiklah kalau buat burger daging, bread crumb yang digunakan kurang sedikit berbanding kalau anda menggunakan daging ayam pasal daging ayam kurang serat berbanding serat dalam daging lembu. Jadi daging ayam kisar teksturnya lebih lembik dari teksture daging lembu kisar. Jadi sukatan breadcrumb untuk burger daging ayam perlulah lebih. Jika anda susah nak dapat breadcrumb bolehlah gunakan biskut tawar(crackers) yang dikisar! Ok selamat mencuba!
Bahan Daging Burger /patties
500gm daging lembu/daging ayam hancur
2 sudu besar bawang besar-cincang halus
¾ sudu bawang putih-cincang halus
1 biji telur
½ sudu besar-lada hitam kisar
1 sudu mustard
¾-1 cawan serbuk roti/serbuk biskut crackers
(untuk daging burger ayam gunakan 1 ¾-2 cawan serbuk roti/serbuk biskut crackers)
¾ sudu besar herba campur-pilihan
Secukup rasa garam
Bahan lain untuk burger
6 biji roti burger
6 hirisan tomato
6 hirisan timun
120gm daun salad
6 sudu mayonis
2 sudu mentega
6 keping keju
Cara membuat
Bahan Daging Burger /patties
500gm daging lembu/daging ayam hancur
2 sudu besar bawang besar-cincang halus
¾ sudu bawang putih-cincang halus
1 biji telur
½ sudu besar-lada hitam kisar
1 sudu mustard
¾-1 cawan serbuk roti/serbuk biskut crackers
(untuk daging burger ayam gunakan 1 ¾-2 cawan serbuk roti/serbuk biskut crackers)
¾ sudu besar herba campur-pilihan
Secukup rasa garam
Bahan lain untuk burger
6 biji roti burger
6 hirisan tomato
6 hirisan timun
120gm daun salad
6 sudu mayonis
2 sudu mentega
6 keping keju
Cara membuat
- Untuk daging burger: Campurkan semua bahan-bahan daging burger dan gaul.
- Bentukkan daging seperti daging burger mengikut kesukaan anda.
- Panaskan kuali leper dan masakkan daging burger sehingga daging masak.
- Belah dua roti burger , sapu mentega dan bakar sehingga roti keperangan.
- Susunkan daun salad, timun dan keju atas roti burger. Letakkan daging burger dan boleh ditutup dengan roti burger. Boleh dimakan dengan mayonis dan kentang goreng jika suka.
10 comments:
terimalah award dari akak yee...
sedapnya burger ni chef! i like!
salam.. sy nk tnya... buttermilk 2 apa...? mana nk dpt..? - puan im-
buttermilk tuh adalah sebatian yang terhasil semasa proses pengemparah semasa proses membuat cream. boleh didapati di kedai pastry.
proses pengemparah itu ape chef? tq
pengemparan adalah proses @tenik untuk mengasingkan lemak dari susu.
Kalau gunakan tepung jagung untuk buat daging burger tu menjadi ke?
perghh!!!! memang best le resepi beger yang cef bagi. memang terbaik la, bak kate orang thailand (AROI CHING CHING)byeeee TQ......
boleh wat burger bakar nie...''
Mustard tu ap?kastard ke?
Catat Ulasan