SALAM bloggers. Kali ini saya kongsikan pula soalan dan permintaan daripada dua orang pembaca yang telah menghantar soalan dalam ruangan Dari dapur Azli Razali di Utusan Malaysia minggu lepas. Jadi mungkin pada anda yang lain boleh lah mendapat informasi bagaimana untuk mengelakkan kek menjadi mendap setelah dibakar. Ayuh baca yuk hehe.
Jawapan
Soalan
Soalan
KEBIASAANNYA apabila kek telah masak, kita akan menutup suis ketuhar tersebut. Adakah kita akan terus mengeluarkan kek tersebut dari ketuhar serta merta? Tetapi chef, kenapakah setiap kali kek yang saya buat setelah dikeluarkan dari ketuhar dan dibiarkan seketika kek tersebut akan mendap. Di mana silapnya?
Jawapan
ADA beberapa sebab kenapa kek jatuh selepas dikeluarkan. Ia mungkin disebabkan oleh kek anda itu tidak cukup masak. Jadi pastikan kek betul-betul masak dengan mengujinya terlebih dahulu.
Suhu yang tidak cukup panas juga menyumbang kepada kek mendap selepas dibakar. Bakarlah kek pada suhu 180 darjah celsius.
Selain itu mungkin di dalam kek tidak mempunyai udara yang cukup. Anda perlu pastikan adunan betul-betul dipukul sebati terutamanya ketika memukul mentega dengan gula, ketika memasukkan telur dan ketika mengacau tepung dalam adunan.
Ini bagi membolehkan kek memerangkap udara. Adalah sebaik-baiknya anda mengayak tepung dan bahan penaik (sekira menggunakannya) sebelum mencampurkan dalam adunan kek.
Anda boleh menutup suis dan biarkan seketika di dalam ketuhar sambil pintu ketuhar dibuka tetapi cara ini dilakukan jika jika anda membuat kek keju. Anda perlu membiarkan seketika bagi mengelakkan kek keju mendap atau pecah selepas dikeluarkan.
Soalan
SAYA dan kawan-kawan penggemar puding roti. Jadi setiap kali kami ada tugasan luar dan menginap di hotel, menu itu yang akan kami cari dulu. Diharap saudara dapat membantu kami untuk buat sendiri di rumah.
Sarina Hamzah
Baiklah Sarina di sini saya akan kongsikan satu resipi puding roti yang mudah dan enak untuk anda cuba. Saya ucapkan selamat mencuba!
Klik resipi disini--> http://azlirazali.blogspot.com/2011/04/puding-roti-di-utusan.html#axzz1IXF7qCXI
Klik resipi disini--> http://azlirazali.blogspot.com/2011/04/puding-roti-di-utusan.html#axzz1IXF7qCXI
1 comments:
Assalamualaikum Chef,
Saya nak beritau, bahawasanya saya telah memetik artikel ini dan meletaknya di blog saya dengan tujuan perkongsian ilmu sebab saya yakin ramai yang menghadapi masalah ini.
Maaf terbitkannya di blog saya tanpa izin terlebih dahulu.
Apa-apa pun yterima kasih atas ilmu yg dikongsikan.
Catat Ulasan