Pages

15 Julai 2011

Hot cross bun

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua! kali nih saya nak kongsikan resipi Hot Cross Bun. Bukan apa resipi nih as usual saya cilok gak lah dari student saya  yang belajar subject International cuisine.  Masa tu saya tanyalah, hari nih buat makanan negara mana?. England chef!.  Nih Roti apa? tanya saya balik. Hot Cross Bun chef!. Ohhh. Bun nih orang yang beragama kristian makan masa perayaan Good Friday chef katanya! oh yeker, so ada sejarahlah roti nih yer? Balas saya balik. Interesting!.
Sebenarnya, roti nih rasanya manis dan ia adalah roti yang menggunakan buah2han citrus kering seperti kismis. Lepas dah rasa roti nih apalagi, saya pun duk lah mencari-cari info pasal roti nih di Internet. Yer memang secara tradisinya  orang2 mat saleh atau yang beragama kristian  makan roti nih  pada ketika mereka meraikan Good Friday. Walaupun ia adalah roti yang diambil pada hari Good Friday tetapi  roti ini ada dijual sepanjang tahun! so diorang tak payah tunggu hari Good Friday baru nak mencekik roti nih Ok. Tapi macamana pulak orang yang beragama Islam? boleh ker makan makanan yang depa duk makan masa musim perayaan? eh apalak tak boleh pulak! yang penting niat kita betul tak? bagi saya i dont care yang penting bahan2nya halal dan niat kita makan untuk mengenyangkan anak tekak dan ibu perut kita hahaha. Betul tak? Sebenarnya buat roti  memang senang, jika anda tahu cara yang betul nak buat roti. U all campurkan semua bahan2 dan terus uli dia, pastikan jangan guna air panas masa membancuh roti. Guna air suam jer cukup dah,  suam suam kuku ok! Lepas tuh gunakan tepung protein tinggi atau tepung untuk buat roti supaya teksture roti tuh kenyal.  Uli bagi lama sikit supaya dia jadi kenyal. so apa lagi tak reti reti nak buat roti yang sedap nih. Selamat menguli!

Bahan-bahan
480gm tepung roti
4 sudu teh yis kering
2 cubit  serbuk kulit kayu manis
240gm susu penuh krim
90gm gula kaster
2 cubit garam
2 biji telur
140gm kismis/sultanas
100gm kacang hazel -dicincang halus
30gm mentega

Eggwash
1 biji telur
1 sudu susu

Glaze
60gm gula icing

1 sudu makan susu


Cara membuat
  1. Rendam susu dan yeast. Kacau sehingga larut.
  2. Campurkan ke dalam bahan lain dan uli.
  3. Anda juga boleh mencampurkan semua bahan dan terus menguli.
  4. Uli sehingga permukaan doh licin dan tidak terlalu kasar.
  5. Sekiranya doh lembik anda boleh menambahkan tepung. Jangan panik!
  6. Tutup roti dengan tuala basah dan biarkan doh rehat sehingga naik dua kali ganda. 
  7. Tekan doh untuk mengeluarkan angin dalam doh. Kemudian Bentukkan doh menjadi saiz bulat yang kecil lebih kurang 50-60gm. Mengikut saiz yang anda suka.
  8. Kemudian hiris cross di tengah doh yang bulat itu.
  9. Biarkan ia naik dua kali ganda.
  10. Bancuhkan eggwash dan sapukan eggwash atas roti sebelum dibakar.
  11. Bakar selama 15 atau sehingga keperangan. Ia bergantung pada saiz roti yang anda bentukkan.
  12. Bancuhkan semua bahan glaze sehingga sebati dan pastikan ia tidak berketul-ketul. Masukkan dalam kertas minyak yang telah dibentuk kon dan paipkan atas roti yang telah masak. Boleh juga gunakan beg paip plastik.

1 comments:

ruziawati yusof berkata...

nmpak sedap roti ni.. asalnya bahan2 buatannya halal, i rasa ok kot?