30 Julai 2011

Kecoh dan Meriah Di Sg Petani!

Uli kak jangan tak uli! hehe


Acara baling2, sapa tangkap dia dapat!
U all tengok tak tajuk post saya kali nih? ha tuhlahkan! nih nak story Morylah. Alhamdulillah Riang Ria Raya Nestle Cornflakes dan Utusan Di Swiss Inn Hotel Sg Petani tadi memang best peserta dia Allahuakkbar! kecoh nauzubillah. Memang Sporting habis. Meriah suasana! Ini adalah lokasi terakhir Roadshow bengkel Riang Ria Nestle Cornflakes nih. Saya sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh orang Sg Petani. Walaupun ada yang telah membayar tetapi tak hadir di bengkel ini tapi peserta yang hadir macam dah penuh dalam dewan tuh dibuatnya. Kali ini seperti sebelum-sebelum ini, saya berseparing partner dengan dua orang chef Diva Popular. Ha saya gelarkan Diva popular sebab memang diorang nih among the best seleberiti chef kat Malaysia nih. Kalau bercerita tuh sampai tak ingat balik dah sampai saya kena cut diorang sebab kalau tak stopkan, dua orang chef nih mesti lupa nak balik KL! hehe  duk membebel sampai ke pukul 12 pun mesti tak sedar. Silap2 GM Hotel yang datang suwuh berenti hehe. Tengoklah hebat tak hebatnya Dato dan Chef Florence Tan kan. Mesti Peserta yang datang ke bengkel di Sg Petani setuju dengan statement sayakan?. Orang berpengalaman begitulah!. Ok, berbalik pada acara di Sg Petani tadi, kali nih tak de berbezanya dengan lokasi yang lain cuma saya boleh tengok respon peserta di Sg Petani nih memang superaktif. Agaknya banyak makan cornflakes kot ke banyak makan nasi? entahlah. Maklumlah Kedahkan  pengeluar beras terbesar di Malaysia nih! hehe. beras murah kot!Bukan apa bila saya bacakan soalan kuiz, diorang nih beria2 menjawab. Kali ini stylenya saya tukar sikit apabila 10 soalan kuiz pertama tuh saya suruh diorang pakat berlari kat saya untuk jawab soalan. Kira sapa cepat dia dapat! Silap2 kalau suruh depa duk berlari kat barlapan, konfirm pelari pecut negara pun boleh kalah lah hehe. Sikit punya laju!. Laju tak laju sampai saya kena terekam sampai saya menjerit tolongg!!!! jangan terekam saya! I tak rela diterekam! hehehe( opss ini cerita benar ok! ada kena mengena dengan yang hidup tapi tiada kena mengena yang sudah meninggal dunia hehe).

Ini sesi berdancing bersama mami lagu Sway lagi tau!

Kali ini saya takde tanya soalan umur dah saya tukar pulak soalan dimana saya bertugas plak! Soalan ini lah yang mereka duk terekan saya tuh. Terkezut I. Nasib tak kena kencing manis hehe. Yelah soalan kacangkan? mana tak berlari semua orang! Tengok bertapa excited dan sporting peserta di Sg Petani! Lagi satu hadiah dia lumayan!  dapat hamper ha engkau gedabak punya hamper. Siap dalam kotak lagi! mana tak berebut! Terima kasihlah kepada Penaja Nestle Cornflakes dan Utusan!  Tanpa anda siapa lah saya hehe (Tetiba tacing plak) . Yelah kena lah tacing pasal sedih tau meninggalkan peserta2 yang hadir di Sg Petani  yang sporting giler nih tau.


Bersama peserta dan chef Mail
Di lokasi sama juga saya ada menjual buku saya dan banyak juga yang membeli. Ha nih nak habak mai nih!(pandai tak chek speaking kedah?  hehe) pada puan2 yang memebeli buku saya tuh. Jangan duk pakat beli saja tau. kena cuba ok! Resipi ringkas tuh sangatlah bersesuaian untuk juaddah berbuka dan bersahur sebab Buku RESIPI RINGKAS tuh memang ringkas dan cepat dibuat, jadi boleh menjimatkan masa terutama yang bekerja! Buku KENAKAN PENCUCI MULUT pula sesuai untuk menu berbuka dan raya nanti. Jangan lupa cuba tau!

Maksik nih dari melaka nyanyi laguu rayer duk lupa lirik!
Peserta dari luar pun ada juga yang datang menyokong bengklel nih. Ada peserta tuh sanggup datang dari Melaka tau! Terima kasih lah daun keladi! Baiklah nampaknya macam dah panjang dah cerita nih kang kalau cerita lagi sampai esok pun aku tak habis taip hehe . Silap2 boleh berasap dan terbenam pulak Keyboard nih nanti. Untuk sekali laginya saya mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada peserta2 yang telah menghadirkan diri di Lokasi terakhir ini. Penghargaan dan terima kasih yang  tidak terhingga juga kepada pihak Nestle Cornflakes yang sudi menjemput saya sebagai chef di kesemua lokasi Roadshownya kali ini. (so Nestle Cornflakes, jangan lupa jemput I lagi tahun depan yer! hehe (ayat pancing nih!haha).  Terima kasih saya juga ucapkan kepada pihak media Utusan Malaysia selaku penaja bersama yang telah banyak memberikan publisiti untuk program ini. Yang paling penting Utusan juga telah banyak membantu memberikan publisiti kepada IIIIIIII nih ha.  Tak lupa juga kepada Pihak Swiss Inn Sg Petani yang banyak juga membantu menjayakan bengkel ini! Tak lupa kepada Mirza student saya sebab sudi duduk jual buku saya hehe.
bersama chef seleberiti dan penaja
Time makan pun leh berposing apa?
Oh yer jangan lupa untuk mengikuti kembali Kolumn Dari Dapur Azli Razali di Utusan pada hari Jumaat depan okeh! sebab editor dah sound saya ha bila nak menulis lagi! maknanya kolumnku itu akan bersambung kembali. Kepada yang merindui kolumn saya (harap adalah yang merindui ye! hehe). Jangan lupa saya akan BERCELOTEH kembali di dalam kolumn saya itu! Oh I miss my kolumn so much! Di kesempatan ini juga saya nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang singgah ke blog saya ini. Semoga kita dapat melipatgandakan pahala kita dengan beramal di bulan mulia ini Insyallah! Oh yer saya akan selitkan disini sedikit gambar sepanjang bengkel ini berlangsung disungai Petani dan selebihnya saya upload di FB saya. Akhir kata jangan lupa buat biskut Nestle cornflakes dan Selamat berpuasa!

3 comments:

C.J.Da'HotNCold berkata...

hohoho..mmg meriah. nmpknye anda dikelilingi olih mkcik2..err..akak2 :)

Hiddy Asri berkata...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

ainie syeema berkata...

meriah nye ! jeles nye tak dpt join.
salam Ramadhan chef! :)