Pages

26 Julai 2011

Chocolate chip cookies

Hmm mesti ada yang hantu biskut chocolate chipkan? Minggu depan dah nak puasa mesti  ada yang tak nak  melepaskan peluang buat   biskut raya sendiri betul tak? so biskut yang sering orang pilih utnuk buat adalah chocolate chip cookies sebab biskut nih main letak2 pastuh terus bakar. Amatlah mudah. Apakata kali nih u all cuba buat biskut chocolate chip yang saya dapat dari internet. Rasa chocolate chip ini berbeza sikit sebab ada menggunakan nescafe so ia ada kelainan dari segi rasa. Kalau boleh saya describekan, rasa dia ala2 cappucino! cubalah!

Bahan-bahan

230gm mentega-biarkan suhu bilik
1 -1¼ cawan gula perang-jika suka kurang manis boleh guna 1 cawan sahaja
1 cawan gula kaster
3 biji telur
½ cawan susu tepung
3 cawan tepung gandum halus
4 sudu teh baking powder
1 cawan tepung jagung
2 sudu makan serbuk Nescafe
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu kecil vanilla essence
340gm chocolate chip
115 gm  kacang walnut/pecan-cincang halus

Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula sehingga halus dan kembang. Masukkan nescafe dan pukul sebati.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla dan pukul.
  3. Ayak tepung, baking powder,susu dan serbuk koko. Campurkan chocolate chip dan kacang walnut kemudian masukkan dalam adunan yang dipukul tadi. Kacau sebati.
  4. Ambil piping beg atau sudu dan sudukan atas dulang yang telah disapu mentega.
  5. Bakar 12-15 minit mengikut saiz cookies yang dibakar.

17 comments:

mala berkata...

salam chef, shortening boleh ganti dgn apa ya?

blog-tips-kurus berkata...

campur nescafe rupanya.. oooo! tq. :-)

Azli Razali berkata...

mala takper tambahkan aja dengan marjerin boleh jer

Noura Akebar berkata...

salam Azli, tepung gandum brand apa yang paling sedap untuk buat biskut. kak noura nak try buat biskut chocolate chips nih. thanks

Azli Razali berkata...

kak jenama blue key memang menjadi pilihan. ada jual di pasaraya. kalau kat kedai pastry tuh brand rose pun boleh juga dibeli.

danial berkata...

sya peminat coffee,jd biskut chef de nescafe nie CONFIRM sedap...mesti try resepi chef ni,sib baik x bt lg biskut coklt cip lagi,jd nk try resepi ni...tQ chef

-mamamia- berkata...

saya baru nak belajar buat biskut. nak tanya,
1. kenapa biskut choc chip saya leper, mcm nak hangus dan kering sangat? fyi, ini first time saya guna oven & mixer. 5 batch saya buat semua hangus terus. dah hampir putus asa tapi last batch, menjadi pula... nak cuba buat lagi tapi takut hangus lagi. apa agaknya kesilapan saya chef?
2. saya pakai self-raising flour dan tak letak baking powder. boleh?
Terima kasih.

Azli Razali berkata...

mamamia pertama jangan pukul terlalu lama sangat gula dan mentega sebab kalau terlalu lama sangat akan buat biskut jadi leper. Sebaik-bauknya gunakan tepung halus)superfine flour dan campurkan dengan baking powder boleh juga menggunakan self rising flour.

-mamamia- berkata...

oh patutlah tak jadi. saya pukul tu ada dekat sejam. ingat kena pukul semua bahan, rupanya telur & butter je pukul. masalahnya saya first timer so tatau berapa lama nak pukul. chef takde buat baking class ke? weekend ni nak cuba sekali lagi. thanks.

Reen Tart Nenas berkata...

saye pun baru je buat choc chips nie, tp xguna resipi nie. tp saye tgk lebih kurang je la bahannyer. cuma saye nyer tu jadi lembik. bila baca komen kat sini, maybe sbb pukul lama kot. tp rasa tu mmg dah sedap la. pastu oven saye kecik sgt, so bleh bakar selama 10 minit and guna 100 C je.

-mamamia- berkata...

kali kedua buat baru jadi... saya guna resipi ni cuma modify sikit2. pakai almond, murah sikit. nescafe tak letak takut pahit. saya letak nestum ganti susu (tatau apa kaitan). saya pukul pakai mixer abt 8 mins. bila masuk tepung saya uli dgn tangan. hasilnya marvellous. saya ada baca blog mat saleh ni dia simpan dlm fridge 24 jam baru thaw and bake. saya cuba, rasanya lebih sedap daripada yg dibakar terus.... dah siap 5 balang tapi masa sahur anak2 dah makan 2 balang. esok kena buat lagi.

fauzi berkata...

wow, nice. saya harap lepas nei dapat jadi tukang masak yang begitu mahir. thanks a lot

Hiddy Asri berkata...

Mcm mana nk tau coklat cip jenis cair atau tak? Sy beli kt kedai kek, coklat cip dia cair bila kita gaul bersama adunan..and the result, adunan sy bertambah gelap sbb ia dh sebati..

Tanpa Nama berkata...

salam chef. thanks utk resepi nie. dah cuba dan sedap! cuma manis sikit. kalo gula dikurangkan ada kesan tak pd biskut? adunan nie bleh dpt dlm 200 keping lebih lagi rasanya.

ika berkata...

Tepung gandum tu ganti dgn tepung brand rose boleh kan? Susu tu pulak. Pakai susu tepung jenama apa? Buat ni kena pakai shortening ke?

ANISYAAA AH {!} berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ANISYAAA AH {!} berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.