06 Julai 2011

Roti Pisang ala ala Kek

Sebenarnya kalau korang buat roti pisang nih mesti korang ngata teman nih menipu resipi sebab teksture roti pisang nih dah sikit2 macam kek. Well tak kisah lah roti ker kek ker tapi bila saya kunyah rasa dia sedap. Dia nih nak kata kek, tekstur dia tak lembut sangat! nak kata roti tak kenyal cam roti plak. Ish konpius acik! Jika u all nak tau kenapa dia dfipanggil pisang adalah disebabkan tepung yang digunakan adalah tepung gandum biasa jadi sebab itulah ia dinamakan roti pisang walaupun rasanya tidak sekenyal roti. Oleh kerana saya taknak mengompiuskan pembaca2 blog nih so saya telah menamakan resipi nih roti pisang ala2 kek. Pada mulanya saya nak letak shortform ROKEK tapi cam dah lain macam pulak bunyiknya so kalau sebut ala2 lebih sedap mulut menyebutnya dan tak macam pelik. Camana? Kelas tak namanya. Eh mestilah kelas! cewah tetiba pujik dirik sendirik nampak?! hahaha... Baiklah kepada anda semua  mesti cuba resipi nih tau. Terima kasih kepada student saya Mazlina sebab semasa kelas International dia, saya curik sekeping roti pisang nih yang supersedap giler! dan dia dah bagi saya salinan resipi ini!

Bahan-bahan
5 Biji (500gm) pisang montel-Lenyekkan
1/3 cawan/ 75gm/80ml mentega cair (biarkan sejuk sebentar)
1/2-3/4cawan gula kaster
1 biji telur
1 sudu teh vanilla esen
1 sudu teh baking soda
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara membuat
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah celsius
  2. Dengan menggunakan mixer atau sudu kayu bancuh pisang dan gula sehingga sebati dan gelap.
  3. Kemudian masukkan telur dan vanilla dan kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam acuan pembakar 4 segi yang bersaiz 4x8 inci yang telah dilengserkan dengan mentega.
  6. Bakar selama 45 minit-1 jam. Uji kemasakan dengan mencucuk dengan lidi pencucuk kek. Jika tidak melekat boleh keluarkan dan sedia untuk hidangan.

5 comments:

zanafahmi/PB berkata...

Assalaualaikum Chef....mcm nak cuba ni, sb saya suka yg buat sendiri drp beli.

watyz berkata...

salam chef. dh buat. tp cam x bape jadik la. mcm gula kena kurangkan sbb manis sgt saya rasa. :)

Azli Razali berkata...

watyz saya dah letaak 1/2 -3/4 cawan ok kot manisnya.

watyz berkata...

chef.. sah2 la saya ni yg salah tgk kan. patut la keras n manis gilos.. hehehe sori chef... :)

cikhas berkata...

Salam Chef, cikhas dh try mmg mudah,cepat & yg paling penting SODAP.