http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Dah lama saya tak update blog saya nih. Maklum lah agak busy sikit. Bukan apa sekarang tengah sibuk bahang nak menyambut Hari Raya puasa tau! Ada antara anda yang dah berkira-kira nak membuat biskut raya? Apakata tahun nih buat biskut raya cornflakes? Ha jangan tak tau walaupun belum puasa tapi saya dah sibuk dengan aktiviti membuat resipi untuk puasa dan raya. Salah satunya nihlah Promosi bergerak bengkel biskut Raya anjuran Nestle Cornflakes dengan Utusan Malaysia iaitu Riang Ria Nestle Cornflakes di 3 Lokasi terpilih di Malaysia! Ada yang tak tau? ha nih nak habaq mai lah nih. Tahun nih Riang Ria Raya Nestle Cornflakes kembali membuat Roadshow nya ok! Alhamdulillah saya telah diundang sebagai salah seorang chef untuk medemonstrasi biskut raya tuh bersama 2 orang selebriti fofular tau. Korang kenal Dato' Chef Ismail dan Chef Florence Tan. Ha gilerrr tak kenal! Mesti kenalkan? popular tuhhhh.
Dengan selebriti2 chef inilah saya akan bergabung dan meletupkan suasana di lokasi terpilih tuh. Lokasi pertama kita alhamdulillah telah dijalankan di Hotel Primula Beach Kuala Terengganu pada 4 Jun lepas tau. MasyaAllah sambutan dia memang di luar jangkaan. Saya sungguh gembira dan teruja bila ramai bebenor yang datang pada hari bengkel tersebut. Respons yang saya dapat pada hari tuh memang memberangsangkan. Seramai 200 orang peserta tau telah membanjiri Dewan Gamelan I. Pada waktu itu ada ramai di antara peserta menggunakan kesempatan untuk mempertingkatlkan kemahiran dan ilmu membuat biskut dengan bertanyakan pelbagai persoalan. Yang paling best sekali bila semua orang tak kering gusi dengan keletah chef Ismail pada hari tuh. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada orang pantai timur yang sudi turun padang menyertai bengkel tersebut. Jangan tak tau orang Pahang dan Kelantan pun ada turun padang jugak tau meramaikan dan memeriahkan bengkel nih. Ha kalau tak caya tengok aja gambar pada artikel yang saya attachkan nih. Meriahkan?
Baiklah ada yang bertanyakan pada saya lokasi seterusnya akan dijalankan dimana pulak? oh yer lokasi kedua nanti kita akan laksanakan di tempat tanah tumpah darah Hang Tuah! mana lagi kalau bukan di Melaka dan lokasi ketiga adalah di Sungai Petani. Bengkel di Melaka ini akan dijalankan pada 10 Julai 2011. Dah tak lama lagi nih! Tempat yang telah dipilih adalah di Hotel Abadi Melaka Taman Melaka Raya . Jadi kepada orang-orang Melaka jom lah register bengkel nih. Eh orang dari negeri yang berhampiran pun boleh join jugak tau. Kalau ada orang dari Sabah dan Sarawak nak join pun boleh aja. Yuran yang dikenakan tak mahal cuma RM 40 ringgit jer. Dengan bayaran 40 hinggit tuh korang boleh dapat goodies beg bernilai RM30 disamping ada aktiviti2 sampingan seperti cabutan bertuah dan kuiz akan dijalankan sepanjang bengkel berlangsung. Hadiah yang bakal anda dapat jika menjawab soalan kuiz dengan betul disediakan oleh pihak Nestle cornflakes dan Utusan Malaysia! Memang berbaloi-baloikan? rugi kalau tak join. Tapi kena register cepat sebab tempat adalah terhad! Pada bengkel tersebut 4 jenis biskut yang menggunakan Nestle Cornflakes akan saya, Dato chef Ismail dan Chef Florence tunjukkan adalah Biskut Permata de Hati, Intan Manukan, Biskut Mentega Kacang dan Lipatan Kasih Kurma! Sudah cukup membuatkan anda kecur mulut?.
Ha apalagi marilah join bengkel nih! Di sepanjang bengkel ini juga anda akan ada sesi soal jawab, jadi gunakan kesempatan ini untuk bertanyakan sebarang permasalahan tentang biskut. Kepada peserta-peserta bengkel, anda akan dihidangkan dengan minum petang, lagi lah rugi kalau u all tak join sebab kami takan biarkan korang kosong perut! itu yang bestnya kalau join bengkel nih!Tak tau macamana nak join? eh jangan risau, cara dia senang jer, apa yang anda perlu buat adalah dengan mengisi borang yang disiarkan di Utusan Malaysia dan jika anda ada sebarang pertanyaan anda bolehlah menghubungi Lieya atau Dino di talian 0392210202. Kepada anda semua. Mari kita gegarkan Hotel Abadi Melaka Taman Melaka Raya pada 10 Julai ini! moh kiterrr membuat biskut raya cornflakes!!
0 comments:
Catat Ulasan