09 Disember 2011

Kimchi dan Stew Kimchi

Kimchi Kobis Cina (tong baechu kimchi)
Bahan-bahan A
1.25kg kobis cina
1 ¼  cawan garam
1.6 liter air
Bahan-bahan B ( Kisar halus)
75ml air
160gm buah pear
125gm lobak putih
50gm cili merah
50gm bawang putih
90gm bawang merah
Bahan-bahan C
100gm keledek putih-rebus, tapis dan lenyek lumat
125ml sos ikan
40gm serbuk cili
25gm kepingan cili kisar(chili flakes)
¾  sudu makan gula
½ sudu makan serbuk perasa
Cara membuat
1.       Belah atau potong kobis kecil-kecil. Cucikan kemudian rendam dengan bahan-bahan A selama 2 jam-3 jam.
2.       Tapis kobis dan perah sedikit air dari kobis.
3.       Campurkan bahan B yang dikisar dengan bahan C. Kacau sebati
4.       Lumurkan bahan-bahan B dan C yang telah dicampur di setiap helain kobis.
5.       Kemudian letakkan dalam balang. Curahkan bahan perapan yang lebih dalam balang.
6.       Letakkan diluar selama 24 jam kemudian peram dalam peti sejuk selama 2-3 hari barulah diguna.

Stew Daging dengan Kimchi
Bahan-bahan
800ml air
300gm daging lembut-hiris
300gm Kimchi
1 sudu teh garam kasar
½  sudu teh gula
100gm tofu-potong dadu besar
20gm hirisan daun bawang-untuk hiasan
25gm hirisan tomato ceri-untuk hiasan

Cara membuat
1.       Rebuskan semua bahan kecuali tofu, daun bawang dan tomato sehingga ia mendidih dan daging masak.
2.       Masukkan Tofu dan didihkan sebentar.
3.       Padamkan api dan hiaskan dengan daun bawang dan tomato.

1 comments:

Zakiyyah berkata...

Salam. Nak tanya, kat mane dpt tong baechu kimchi tu ye?kat mne oleh beli, n halal...

Thanks~