06 Mac 2011

Sos halia mastard

Sos boleh menambahkan rasa sedap pada makanan tuh. Itulah antara fungsi sos bila kita makan sesuatu makanan tak kira lah dibakar, dikukus dsbagainya. kalau buat ayam bakar or ikan bakar cicah dengan pencicah tertentu comfirm meleleh punya lah wa cakap luuu heheh. Kali nih saya nak kongsikan sejenis sos yg bukanlah pelik tapi mungkin ada sesetengah dari u all baru first time mendengar atau mungkin ada yang tak pernah rasa sos nih. Sos nih menggunakan basic brown sauce atau demi glace, u all boleh beli di pasaraya. Kalau takde, cari jenama mccormick yang ada tulis gravy tuh. Larutkan dengan air campur jer. Cepat pun cepat! Sos ini sungguh enak dimakan bersama ayam panggang , apa lagi hujung2 minggu nih moh buat barbeque! camana? sempoi tak idea saya nih? makan plak dengan sos yang saya kongsi nih. adoiii! best giler!

Bahan-bahan
1/2 biji bawang besar-cincang halus
2 sudu makan mentega
3 sudu halia muda-mayang halus
4 sudu mastard
1 sudu teh gula
2 cawan brown sauce ( larutkan brown sauce dengan air)
2 sudu krim putar
2 sudu roux

Cara membuat
  1. Tumis bawang merah dan halia dengan mentega yang telah dipanaskan sehingga naik bau.
  2. Masukkan brown sauce dan pekatkan dengan roux.
  3. Masukkan mastard dan krim putar.
  4. Siap untuk hidangan.

0 comments: