05 Mac 2011

Kek yogurt dengan plum

Kek plum nih memang sedap rasanya, lembut dan lembab. Rasanya sedikit masam2 sebab menggunakan yogurt! Anda perlu sejukkan dahulu kek ini supaya teksturnya menjadi padat dan lebih senang dipotong. Kalau tak sabar, boleh jer potong lepas masak! no problem punyo! haha. Tuh kalau tak tahan sangatlah nak makan kan kan kan? Apabila masak buah plum ini , pastikan buahnya tidak terlalu lembut. Nanti hancur! jadi jem pulak nanti. Kalau anda suka nak rasa buahnya apabila anda menggigit kek ni, masaklah buah itu sebentar sahaja. Jika anda tidak mahu menggunakan sparkling wine, anda hanya perlu masakannya dengan air gula sahaja. Tapi saya  lebih suka rasa sparkling wine tu sebab dia memberikan aroma dan rasa yang best! Selepas merebus, jangan lupa keluarkan rempah kayu manis, bunga lawang dan cengkih tuh. Nanti tergigit potong stim jer nak makan kek nih hahaha. Ok selamat membaking! ahak! 
Bahan-bahan A
13 sudu makan (180gm) mentega
3/4 cawan (150 gm) cawan gula
5 biji telur
1 cawan (250gm) yogurt asli
2 biji kulit lemon-pilihan
2 1/4 cawan (280gm) tepung kek/ superfine
2 sudu kecil serbuk penaik baking powder

bahan-bahan B (Plum)
4 biji plum masak
200ml sparkling wine
1/2 cawan gula
2 kuntum bunga lawang
1 cm kulit katu manis
3 kuntum bunga cengkih

Cara membuat
  1. Buang biji plum dan hiris  bentuk wedges, kemudian dalam periuk campurkan semua bahan-bahan B dan masakkan sehingga buah plum lembut.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
  4. Ayakkan tepung dengan serbuk penaik.
  5. Campurkan kulit lemon dengan yogurt kemudian masukkan tepung dan yogurt berselang seli ke dalam bancughan kek.
  6. Tuangkan dalam acuan yang telah disapu dengan mentega.
  7. Tapis plum yang dimasak tadi, asingkan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Kemudian letakkan buah plum di atas kek yang belum dibakar. Rata-ratakan.
  8. Bakar dalam oven selama 40-45 minit dalam suhu 180 darjah celsius atau sehingga tiada kek yang melekat apabila dicucuk.
  9. Pekatkan air tapisan plum tadi dan bolehlah dimakan sebagai sos dengan kek yang telah siap dibakar.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

As Salam,
menarik resipi ini tapi sy tidak mengemari rempah ratus dlm kek,boleh tak kalau sy tak letak rempah ratus tersebut?

Azli Razali berkata...

boleh jer takde masalah.

Tanpa Nama berkata...

adakah ia akan ubah tekstur rasa kek tersebut?

Tanpa Nama berkata...

kalo xpakai yogurt bleh x?