24 Mac 2011

Terung bakar

TERUNG selalu dibuat goreng, selain daripada tuh terung  selalujugak digunakan dalam masakan berkuah seperti masak asam pedas. Betul tak? Kalau cakap bab terung nih, saya suka sangat kalau terung nih dibuat paceri sebab rasa dia  sedap. memang masyukkk! Baiklah kali nih apakata cuba terung bakar bersama daging yang disumbat. Menu nih sebenarnya adalah salah satu menu sumbangan saya untuk majalah I sihat keluaran bulan Mac 2011. Konsep menu yang saya sajikan untuk collumn menu sihat di majalah ni adalah Bakar. Semua makanan ala2 bakar lah! Hari tuh bila saya buat 6 menu, semuanya bakarr jer. Sampai mak saya complain "Hari nih kita makan takde kuahlah yer azli oi!" saya pun menjawab, mak hari ini kito takdo kuah lomak-lomak mak, ari nih kito makan lauk sihat! hehe. Makanan yang dibakar memang sihat tapi kena tengok juga bakar yang macamana, kalau u all buat menu bakar ala2 bbq yang dibakar atas api arang alamatnya memang tak sihat yer sebab karbon yang terhasil merupakan sumber karsinogen yang menyumbang kepada kanser (alah benda hitam2 cam arang kat makanan yang korang bakar tuh!). Jika buat BBQ yang bakar2 nih eloklah sediakan sekali dengan sayur sayuran segar supaya dapat  meneutralkan balik karsinogen yang kita duk telan tuh. Oklah rasanya cukuplah sesi kesihatan bersama Dr tak jadi Azli Razali kali ini hehe. Kang banyak2 sangat kuliah kesihatan kang hilang pulak selera makan korang nantikan?. Baiklah semoga post saya hari ini dapat menaikkan nafsu dan gelora selera makan anda. Selamat mencuba!  p/s teringat dialog usop dalam filem hantu kak limah "Kita bako dia!" ahak!


Bahan-bahan
2 biji terung
50gm labu rebus yang dilenyek
½ cawan serbuk roti/ biskut/oat
250gm daging hancur
½ sudu makan herba oregano
1 tangkai daun ketumbar-hiris
1 tagkai daun bawang-hiris
½ biji bawang besar-cincang
3 biji bawang putih-cincang
Secukup rasa garam
Secukup rasa lada hitam
¼ cawan keju parmesan
¼ bahagian jagung bakar
50gm daun salad

Cara_cara penyediaan

Belah dua terung dan bakar sehingga ½ masak.
Untuk menyediakan inti, korek terung yang dibakar dan tinggalkan isi setebal 1.5 cm pada kulit terung supaya ada ruang untuk diisi inti nanti.
Isi terung yang dikorek tadi dicincang halus, kemudian dicampurkan dengan labu,serbuk roti, daging hancur, oregano, daun ketumbar, daun bawang, bawang besar, bawang putih, garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati.
Kemudian sumbat inti pada bekas terung yang dikorek tadi.
Taburkan keju dan bakar pada kepanasan 180 darjah celsius selama 10-15 minit sehingga masak keperangan.
Susun di atas pinggan dengan tongkol jagung dan daun salad.

1 comments:

Ietams berkata...

terung bakar mmg sedap