26 Mac 2011

Kek Keju Labu

KEK keju labu yang saya buat ini menggunakan labu yang direbus dan dilenyekkan. Rasa manis daripada labu memang sesuai digabungkan dengan kek keju. Kira cam lagu Stacy tuhlah bergabung dan meletup! yeahh! haha. Bila ada yang makan kek nih mereka macam pelik. Katanya idea baru. Tak sangka pulak labu leh buat jadi kek keju yer katanya lagi. Eh taklah ini menu lama! aku lagi tak sangka sebab hangpa tak pernah makan kek keju labu, kata aku kat depa haha Opss. Terlazer pulak! 
Yelah, betulah tuh bukan semua benda kita pernah  try makan kan kan  kan? termasuklah saya nih ha. Baiklah pada mereka yang tak pernah makan kek keju labu ha inilah masanya! tak reti2? duk jamu mata jer apa yang dapatkan? Buat dan jamu tekak anda, mesti layan! P/s teringat kat kampung labu dekat dengan kampung saya. Camana yer nama kampung tuh leh jadi kampung labu? hmm renung2kan dan selamat beramal!

Bahan-bahan Lapisan biskut

2 cawan (200 gm) biskut kisar- guna biskut marie atau biskut yang digemari
1/4 cawan (50 gm) gula kaster
½ cawan (115 gm) mentega- cairkan

Craa membuat lapisan biskut
  1. Hancurkan biskut menggunakan mesin kering kemudian campurkan mentega dan gula. Gaulkkan adunan biskut sehingga ia boleh dikepal.
  2. Padatkan adunan biskut di dalam acuan kek keju (springform). Pastikan biskut betul-betul dipadatkan setebal 1-1.5 cm memenuhi sekeliling lapisan bawah acuan dengan menekannya.
  3. Letakkan dalam peti beku (freezer) sebentar sementara anda menyediakan kek.
Bahan-bahan kek
1/2 (100gm) cawan gula perang
3 sudu tepung jagung
1 sudu kecil rempah kek/atau serbuk pala
2cawan (500 gm) cream cheese
3 biji telur kuning
3 biji telur putih
1 cawan (200gm) labu yang direbus dan dilenyek
1 sudu makan gula
3/4 cawan (187.5 ml)  whipping cream

Cara-cara menyediakan kek
  1. Pukul keju, 100 gm gula, rempah dan tepung di dalam mangkuk sehingga sebati. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 3-4 minit, kaup balikkan keju yang melekat pada dinding mangkuk dan sambung memukul sebentar sehingga betul-betul sebati.
  2. Masukkan telur kuning satu persatu dan pukul sebentar. Masukkan rempah dan krim. Kacau sebentar.
  3. Pukul putih telur sehingga kental dan gebu. Kacau dalam adunan kek sehingga hampir sebati. Jangan dikacau berlebihan nanti kek tidak gebu.
  4.  campurkan labu lenyek yang tengah panas dengan 1 sudu makan gula kaster.
  5. Ambil 1 cawan adunan kek keju dan campurkan bersama labu.
  6. Keluarkan spring form berisi biskut tadi dan tuang adunan keju dahulu kemudian tuang adunan labu secara rawak. Kuis-kuiskan dengan sudu untuk menampakkan corak batik di atasnya.
  7. Bakar dalam oven selama 40-50 minit dengan suhu 170 darjah celsius atau sehingga kek menjadi perang dan tengahnya masih kelihatan sedikit lembab dan sedikit bergoyang apabila disentuh.
  8. Padamkan api dan biarkan sebentar dalam ketuhar lebih kurang 10 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan ia sejuk. Keluarkan kek dari acuan dan simpan dalam peti sejuk 3-4 jam atau semalaman.
  9. Sebelum keluarkan kek lurutkan pisau yang halus atau spatula di sekeliling tepi dinding dalam acuan kek (kek akan mudah keluar dan tepinya licin apabila dikeluarkan setelah sejuk). Ini akan mengelakkan kek daripada retak dan pecah.

0 comments: