07 Mac 2011

Sup lada benggala dengan jagung

ALHAMDULILLAH! saya suka dengan kerja saya sebagai pensyarah. Bukan apa boleh jadi CSI! main cuba2 resipi hehe. Pas tuh leh tepek kat dalam blog. Orang kata sambil nyelam tangkap ikan haha. (cam salah jer peribahasa nih) Ha! kali nih saya dah  membuat cubaan CSI membuat sup yang diperbuat daripada lada benggala (sebut betul2 !) sat lagi ada yang tersebut benda lain. Tak pasal2 jadi isu kerakyatan plak hahhaa. Oklah sup nih memang cair dan warna dia kuning pasai saya guna banyak capsicum warna kuning. Kalau u all nak sup nih warna merah, letaklah semua lada benggala yang berwarna merah jer. Satu tip penting bila buat sup nih ialah masa u all roastkan capsicum nih. Make sure roast dia sampai kulit dia burn sikit . Pastuh u all masukkan dalam plastik dan ikat plastik tuh bagi beruap. Ini akan memudahkan kulit dia untuk dikupas. Makanlah sup nih dengan crouton atau roti perancis.

Bahan-bahan
4 sudu mentega
1 biji bawang besar-cincang
4 ulas bawang putih
1 tin besar biji jagung dalam tin
350gm lada benggala-campur
600ml air
2 ketul kiub ayam
1/2 cawan krim
1/4 cawan roux/tepung jagung
Secukup rasa garam dan lada putih

Cara membuat
  1. Panggang lada bengga la dalam oven atau atas api sehingga kulitnya kecut dan sedikit terbakar.
  2. Masukkan dalam plastik, ikat dan biarkan dalam 5 minit.
  3. Keluarkan, kupas kulit dan buang bijinya.
  4. Kemudian, panaskan mentega dan tumis bawang besar sehingga wangi dan masukkan lada benggala.
  5. Masukkan air dan kemudian kisarkan. Tidak perlu terlalu halus.
  6. Kemudian panaskan semula. Masukkan krim dan kiub ayam.
  7. Akhir sekali perisakan dengan garam, lada hitan dan campurkan dengan roux  dan jagung.

3 comments:

Alynna berkata...

sup lada benggala?
wah, new recipe..
sedap x chef?
hehe..

Azli Razali berkata...

sedap jugak!

Tanpa Nama berkata...

ok..akak nak tau apa kebaikan sup lada benggala ni? ada orang kata capcisum can raise up our metabolisme..is that true? Tq ya, chef Azli.

Kak Shasha.