Pages

20 Mac 2011

Cendawan bakar berinti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang mendrop by kat blog saya. Amacam hari ahad anda? apa plan hari ini? semalam kebanyakan tempat hujan, harap2 cuaca hari ini cerah dan baiklah. Jadi siapa yang ada urusan boleh lancar urusannya! Baiklah seperti biasa apa lagi,kongsi bahan makanan lah. Teman nih dah takde koje lain. Bila bab post jer mesti nak post cita makanankan. Yelah apalagi bahan yg nak dikongsikan, tak gitu? Baiklah, bebel2 jugak, hari ini teman nak kongsi bahan makanan yang agak special jugaklah. Cendawan bakar berinti.  Yang nih saya cilok dari kelas teman sekerja teman Nurina nama dia. Bila saya makan aduhh mashukkk! sedap! Untuk anda yang nak buat benda nih, benda paling penting kena ada kat rumah adalah oven, kalau takde oven kena lupakan hajat nak buat. So kalau nak buat, kenalah pi wusha oven dan beli lah sebiji. Alah beli lah yang harga ciput tuhkan! Senang nak buat kek ker, nak buat biskut ker dan apa2 makanan yang dibakar!  makanan nih boleh dijadikan lauk sampingan atau dimakan begitu sahaja sebagai snek. Jadi apa lagi kalau rasa2 nak ganti goreng pisang untuk minum petang,  anda semua leh lah buat menu cendawan bakar nih! Selamat mencuba! 

Bahan bahan
15 biji cendawan shitake segar
1/2 biji bawang besar-cincang halus
1 ulas bawang putih-cincang halus
100 gm daging kisar
80gm keju mozarella/ cheddar-parut
garam dan lada hitam secukup rasa 
1 sudu kecil herba campuran
1 sudu minyak

Cara membuat
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga harum dan masukkan herba campuran dan tumis seketika.
  2. Masukkan daging kisar  dan kacau sehingga kering.
  3. perisakan dengan garam dan lada hitam.
  4. Susunkan cendawan ats dulang pembakar dan sudukan dengan daging yang dimasak.
  5. Taburkan keju parut dan bakar selama 10 minit atau sehingga keju keperangan.

3 comments:

Claytonia Virginica berkata...

cendawan ni ada bau,boleh tak chef bagi petua utk hilangkan bau.

Azli Razali berkata...

hmm bau dia agak susah pada siapa yang tak suka well u boleh perah limau masa makan

WaNi TuHit berkata...

chef..kene pakai yg basah ke cendawan ni.takleh pkai yg kering,kite rendam dulu? :D