22 Mac 2011

Cookies Sultanas

BILA saya buat cookies nih masa time buffet hari tuh. Ada dua tiga orang teman cakap rasa dia macam cookies kat Subway cafe. Teman pun jawab yeker? hmm tak pernah pulak teman keje kat sana or makan cookies dia kat sana. Jadi response klise saya cuma berkata iyeker? hehe.. Baiklah pada mereka yang nak mencuba cookies memang senang sangat. Tak payah terap2 tapi apa yang anda perlu buat adalah ambik sudu dan tenyeh jer kat atas dulang. Cookies nih jenis drop cookies. Resipi asal menggunakan raisin atau kismis tapi saya tukarkan pada sultanas. Rasa dia tak terlalu rangup sangat tapi rasa chewy dan sedikit crispy jer. Jadi buatlah dan simpan dalam bekas kedap udara. Leh makan masa boring2 tengah keje ker, masa buat assingment ker or  masa tengok tv ker. Tapi kalau makan sambil minum ngan kopi lagi layan. Buatlah kopi janda ker? Kopi janda! bukan nak menggoda, tapi nak berniaga ahak!


Bahan-bahan
2 cawan(260 grams) tepung superfine
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 cup (210 grams) gula perang
170 grams mentega
1 biji telur
1/4 cawan (60 ml) susu UHT
1 sudu teh vanilla esen
1 cup (125 grams) sultanas


Cara-cara membuat
  1. Panaskan oven dengan kepanasan 170 darjah celsius 10 minit sebelum membakar..
  2. Ayak tepung, baking powder dan kayu manis.
  3. Pukul mentega dengan gula perang dalam 1 minit dengan kelajuan maksimum.
  4. Masukkan telur  sultanas dan susu. kacau sebati.
  5. Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.
  6. Ambil sudu dan sudukan atas dulang pembakar yang telah disapu mentega.
  7. Jarakkan lebih kurang 1/2 inci diantara satu cookies dengan cookis yang lain.
  8.  Bakar selama 12 minit atau sehingga keperangan.

0 comments: