Bahan-bahan
½ cawan (100gm) marjerin
1 cawan (250ml) air
1 cawan (250ml) air
1 sudu besar gula
½ cawan (75 gm) tepung halus (superfine)
½ cawan (75 gm) tepung halus (superfine)
½ cawan (75gm) tepung gandum biasa (serbaguna)
3 biji telur
Cara membuat
- Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
- Satukan marjerin,air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga marjerin cair.
- Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
- Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya.
- Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.]
- Renjiskan di atas choux pastry yang telah dipaip dengan sedikit air.
- Masukkan dalam oven selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu pada 190 darjah C dan teruskan membakar selama 15 minit lag atau sehingga keperangan.
- Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing..
Krim pastri
Bahan-bahan
2 cawan (500ml) susu UHT
½ cawan (100gm) gula
1 biji kuning telur
1 biji telur
4 ½ sudu (30gm) tepung jagung
3 sudu (20gm) tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga likat.
11 comments:
Chef, best betul resipi sentiasa yg terangkat kaw kaw. rugi kalau tak buka blog ni. tq kak aida
Chef, best betul resipi sentiasa yg terangkat kaw kaw. rugi kalau tak buka blog ni. tq kak aida
bes nya...nnt nk cuba la
mak nenekk... sodap eh... pos laa mai umah ceqqq!~
krim tu letak sebelum bakar ke selepas bakar?
nanie letak kerim selepas cream puff masak dan sejuk.+
Dalam cara2nya tak ada pun letak gula?
chef , ainie mintak izin nak try resepi nie utk juadah bukak pose ptg nie.heheh :)
TQ chef !
Slm..
chef, saya dh cuba resepi ni..antara yg sedap sy pernah cuba..izinkan saya link di blog sya yer..TQ..
hidangan nie untuk berape org mkn ek???
Salam chef.....terima kasih pada resepi nie. Selalunya MA kalau buat cream puff pasti ikut resepi chef.
Saya suka resepi nie.....Siap boleh ambil tempahan lagi chef, Tkasih juga pada tip2 yang diberikan :D
Catat Ulasan