19 Mac 2011

Udang goreng Guacamole

Asyik2 cicah ngan cili sauce, lau tak cili sos biasa, dengan sos cili thai. Gitulah kalau dah makan udang atau sotong goreng tepung. Kali ini saya kongsikan udang yang digoreng dengan bread crumb atau nama glamernya serbuk roti. Tapi menu ini saya buat jadi appetizer (first course) ala2 mexico, udang yang dicicah dengan guacamole. Sebenarnya guacamole nih adalah dip atau pencicah yang orang latin terutamanya org Mexico yang gemar makannya bersama nachos atau sayur. Selain daripada tuh, guacamole boleh dijadikan spread pada roti! Ia diperbuat daripada buah avocado yang telah masak! Rasa dia creamy atau berlemak tapi memang enak dowh! Walaupun sudah menjadi kebiasaan kita bila makan udang goreng dengan sos cili tapi untuk satu kelainan apasalahnya sesekali kita tukar citarasa betul tak? (baik korang setuju kalau tidak aku bakor nanti haha). Buat udang goreng nih sangat mudah. Anda hanya perlukan breadcrumb untuk menyalut udang. Camana? sudah bersedia untuk satu kelainan pada 

pencicah udang nih? Jom cuba! p/s. Teringat suatu masa dulu kat tv bersepah-sepah cerita dari negara Mexico! Cita yang paling saya suka adalah Mis Tres Hermanas sebab heroin dia hot giler haha.Sepanas hidangan yang saya kongsikan nih! ahak!


Bahan-bahan
500 gm udang harimau-kupas kulit dan kepala.
2 cawan serbuk roti
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
garam dan lada putih secukup rasa

Cara membuat

  1. Gaulkan udang dengan garam dan lada putih.
  2. Kemudian, salut udang dengan tepung dahulu. Tuangkan tepung yang berlebihan.
  3. Celup dalam telur yang telah dipecah dan dikacau.
  4. Salut dengan serbuk roti.
  5. Goreng dengan minyak banyak sehingga keemasan.
Bahan bahan guacamole
2 biji avocado masak-lenyekkan
1/2 biji bawang besar- cincang halus
2 biji bawang putih-cincang halus
3 sudu jus lemon
1 biji tomato- cincang halus
1/4 cawan krim
1 tangkai daun ketumbar- hiris/cincang
garam dan lada putih secukup rasa

Cara-cara membuat
  1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
  2. Perisakan dengan garam dan lada putih.
  3. Hidangkan dengan udang.

0 comments: