Pages

11 Mac 2011

Lengkong coklat

SEBELUM nih saya ada sharekan resipi agar2  coklat dengan anda semua dalam blog nih. Tapi sukatannya semua dalam gram. Saya faham kalau sukatan dalam gram nih ada orang tak suka. Nak2 yang warga2 emas (bukan consider yang makcik2 ker?) opss. tak pasal2 mulut aku kena jahit lak nanti! hehe. Kira golongan2 yang old timer lah gitu maksud saya. Yelah betul gak kalau guna cawan nih senang cuma kurang accurate (tepat)jer sukatannya,  tapi masih boleh mendapatkan hasil yang memuaskan!. Kalau guna dua2 sukatan metric nih lagi advantage kan? Cawan reti guna, penimbang pun boleh guna. Apalah salahnya beli jer penimbang. Bukan beribu ribu lemon pun harga nya tak sampai pun 30 hinggit harganya kan? so bakor jer! eh silap beli jer sebiji. Oklah pada u all yang nak membuat lengkong tapi ada cawan jer kat umah. Apa kata cuba lengkong nih atau bahasa sopannya agar-agar hahaha (padahal dua2 sama jer kan?). Kalau nak tau tip masak lengkong bolehlah baca post saya sebelum ini pasal agar2 coklat ok.

Bahan-bahan
74 gm ( 2 paket) agar-agar
13 cawan air
6 cawan susu
3 1/2 cawan gula (mengikut kesukaan)
1 cawan koko

Cara membuat
  1. Rebus semua bahan kecuali susu dan koko sehingga agar-agar larut.
  2. Masukkan susu dan koko dan masak dengan api yang sederhana sehingga agar2 likat sedikit dan berkilat.
  3. Tuangkan dalam acuan mengikut kesukaan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam...nak tanyer..susu tu susu pekat ker??x manis sgt ker tue?