29 Mac 2011

Kek Kacang buah pinggang

KADANG2 bila kita dapat resipi,  kita kena kaji dulu sama ada resipi itu lojik atau tidak. Kalau tak pun kita kenalah pandai2 ubah kalau resipi yang kita buat tuh tak jadi! bab2 tak jadi nih mesti u all semua dah naik kejang nak layan sebab pernah terjadi kepada batang hidung sendiri kan? Orang kata jgn mudah putus asa. Kalau tak jadi tuh jgn lah patah semangat. Memasak nih perlu berani dan kreatif untuk mengelakkan daripada benda2 tak jadi nih berlaku. Kesiankan? dah buat tak dapat plak nak ngap kan. Dahhhh kempunan. Macam tuh jugak saya, kadang2 tuh gatal gak tangan dan tekak nih nak cuba resipi baru. Selalunya resipi kat internet dan majalah serta kat bukulah yang menjadik mangsa keadaannya. Macam resipi kali inilah yang saya dapat daripada majalah. Asalnya resipi apam kacang merah Sarawak tapi guna 10 biji telur putih? banyak giler! sebab tuh saya cam kurang yakin nak terus menggunakan resipi asal; tapi saya ubah kepada kek, jadiklah kek kacang buah pinggang.
Bukan apa, niat di hati nak lah merasa apam kcang merah Sarawak tapi naluri nih kata cam tak jadi jer kalau saya buat resepi nih, pastuh guna sampai 10 biji telur putih lak, konfirmlah rugi telur kuning tuh jadi untuk lebih menjimatkan dan tidak membazir maka saya jadikan resipi ni menjadi kek. Mintak maaf lah pada empunya resipi coz saya telah memandai-mandai sendiri mengubahnya daripada genre apam ke genre kek.  Jadi cubalah genre kek saya kali ini yer! 

Bahan-bahan
330gm tepung naik sendiri
70gm mentega
210 gula kaster
9 biji telur
300gm kacang buah pinggang
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan krim
1 tin kacang buah pinggang
2 cawan krim topping

Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur esen,satu persatu dan tepung selang seli.
  3. Lenyek kacang buah pinggang kasar.
  4. Masukkan dalam adunan kek.
  5. bakar dalam acuan 9 inci yang telah disapu mentega pada suhu 180 darjah celsius selama 40 minit.
  6. Untuk krim pukul krim hingga kembang dan campurkan dengan kacang merah.
  7. Boleh disapu atas kek yang telah sejuk.

0 comments: