15 Mac 2011

Kek Pisang coklat urai

KALAU dah biasa dengan kek pisang biasa, cubalah kek pisang coklat urai nih. Tak tahu apa bendanya coklat urai  tu? ish u all nih. .. Chocolate rice tau? Mesti ramai kenal chocolate rice kan kan kan?Kita tak panggil coklat beras yer? lain bebenor pulak bunyiknya. Bahasa mencerminkan budaya! so kita gunakan coklat urai dalam bahasa Melayu hehe. Bila kek nih masak u boleh rasa ada sikit2 rasa coklat dari coklat urai tuh. Warna dia pun agak gelap pasal coklat urai dah cair. Jadi kalau tak suka rasa coklat anda boleh remove jer coklat urai nih dalam resipi. Selamat mencuba!

Bahan bahan
230gm mentega
1 1/2 cawan gula kaster
2 biji telur
1 1/2cawan pisang emas
1/2 cawan susu ideal+2 sudu kecil jus limau nipis/lemon
2 sudu kecil vanilla essen
6 sudu makan coklat urai
3 cawan tepung kek
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil rempah kek/sebuk buah pala.


Cara membuat
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C. Sapukan mentega pada acuan kek bersaiz 7 inci.
  2. Ayak tepung dengan baking soda dan baking powder.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga gebu.
  4. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
  5. Campurkan susu dan pisang. Masukkan pisang dan tepung berselang seli dan kacau sebati.
  6. Akhir sekali kacaukan coklat urai.
  7. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 35 minit sehingga keperangan atau bila dicucuk pencucuk bersih dikeluarkan.

0 comments: