04 Mac 2011

Bava cotta with chocolate sauce

Adoi! lain  yang dirancang lain pulak yang jadinya. ha nih nak gossip sat. Bukan apa gossip baiklah bukan tak baik punya tau ! haha. sebenarnya saya merancang nak buat bavarian cream dalam kelas komersial saya, entah macamana method yang saya gunakan tersalah. Maklumlah kadang2 dah terkelam kabut cam ginilah jadiknya. Method yang saya gunakan untuk membuat  bavarian sebenarnya perlu memukul cream terlebih dahulu sebelum dicampurkan dalam adunan telur tuh tapi saya telah menggunakan method membuat dessert Pana Cotta yang dimasak susu dan cream. Apa nak cita benda dah jadi. Nasib baik rasa dan teksture dia menjadi. Gelabah jugalah mula2 tapi berk at gabra proof yang saya gunakan alhamdulillah dessert nih menjadi. Saya tidak menamakan dessert nih sebagai bavarian cream tapi menamakannya sebagai Bava Cotta sebab saya dah menggunakan resipi  bavarian cream tapi dalam masa yang sama saya membuatnya dengan menggunakan method membuat panna cotta. Cam komersial pulak teman rasa nama Bava Cotta nih! tiada di pasaran lagi tau ahak!


Bahan-bahan
2 sudu besar serbuk gelatin
4 biji kuning telur
1/2 cawan (100 gm) gula
1 cawan (250ml) susu
1 sudu kecil vanilla essence
1 cawan (250ml) whipping cream
Sedikit Chocolate sos- boleh dibeli dipasaraya.

Cara membuat
  1. Rendam gelatin dengan 1/4 cawan air. Kemudian campurkan dengan cream dan susu dalam periuk. Panaskan sesehingga suam.
  2. Pukul kuning telur dengan gula sehingga pucat dan kental sedikit.
  3. Kemudian curahkan susu dan cream yang telah dimasak tadi. Pastikan ia tidak terlalu panas.
  4. Sejukkan dalam acuan mengikut kesukaan anda sehingga menjadi keras/set.
  5. Keluarkan bava cotta dan sajikan dengan coklat sos.

4 comments:

愛 - ちゃん berkata...

Patot la mcm x pnah dgr nama bava cotta.

Sweet Childs of Mine berkata...

chef, gune susu fresh milk kah?

Azli Razali berkata...

sweet child yer UHT pun boleh!

Tanpa Nama berkata...

Thumbs up chef....memang sedap.Ni satgi nak buat lagi.Bagi lak resipi panna cotta nak try pulak...thanks chef