28 Mac 2011

Lepat pisang sagu sabar jerlah!

Selama  kerje jadi lecturer nih macam2 pengalaman saya dapat. Pengalaman terbaru yang tak boleh saya lupa bila minggu lepas dalam kelas komersial pastry ada dua orang pelajar dari wakil kelas budak degree masuk kelas pastry. Dua2 dari Sarawak. Menu yang dia orang patut buat adalah salah satunya pengat pisang. Oleh kerana saya ada hal yang perlu saya buat saya keluarlah sebentar selepas arahan kerja apa yang patut diorang buat telah saya explainkan. Saya fikirkan pengat pisang adalah makanan yang bukan pelik dan baru kat bumi Malaysia nih tapi sangkaan saya meleset giler bila saya balik ke kitchen saya tengok minah sarawak nih tengah duk baik melenyek pisang nangka yang dah saya order. Ya Allah pitching darah saya terkeluar daripada otak bila budak sarawak nih S bukan nama sebenar (terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan negara haha) buat cam tuh.

Bila saya tgk kat atas dapur pulak, sagu yang saya order 1 paket lebih kurang 2 cawan habis dimasak dengan santan dan gula melaka. Ya Allah lagi bertabur darah saya dibuatnya. Apalagi berbunyik lah siren, alarm dan segala nenek terkeluar dari mulut saya (tiada ayat xxx yang digunakan semasa dialog dihamburkan ok!) bila diorang buat benda macam ginih. Bila saya tanya diorang,  korang tak pernah makan pengat pisang ker?. Diorang kata kat Sarawak tak pernah jumpa! Adoiii. Sabar jerlah. Oleh kerana nasi belum menjadi bubur, saya pun memikirkanlah apa nak buat dengan pisang yang dah hancur nih. Kebetulan ada daun pisang banyak jadi saya pun terfikirlah untuk buat lepat pisang sagu. Jadi misi plan B plak!  Lagi buat saya naik hangin bila diorang sebut lepat pisang jadi PELAT pisang!. Ishh kalau  saya boleh jadi drakula masa tuh, dah saya hisap tengkuk diorang nih. Biar kering plak darah diorang! haha. Macam nih lah cabaran jadi lecturer sekarang nih.. sabar2, tapi walaumacamanapun, dari kesilapan diorang tuh dapat juga saya buat menu yang baru. Saya pun sendiri tak pernah makan lepat pisang bersagu nih. Lepat pisang biasa dan lepat pisang dengan kelapa pernah lah. Sedap tau sebab ada rasa liat2 dari biji sagu tuh ditambah rasa lemak dan sedap daripada buah pisang dan santan. Jadi harap anda boleh cuba menu yang salah tapi telah diberi nafas baru nih. Lepat pisang sagu sabar jerlah! ahak! ada hikmah disebaliknyakan?

Bahan-bahan
1 sisir pisang emas pisang yang disukai
11/2 cawan santan
1 cawan gula atau mengikut kesukaan
1 cawan sagu
1/2 cawan gula merah
air secukupnya
daun pisang secukupnya-layukan dahulu

Cara membuat
  1. Lenyek pisang sehingga hancur.
  2. Masakkan gula  merah, sagu dan santan dan masak sebentar sehingga sedikit kembang.
  3. Campurkan sagu dalam adunan pisang, tepung, gula.
  4. Campurkan air dan kacau sehingga menjadi adunan yang likat.
  5. Pastikan jangan terlalu keras dan terlalu lembik.
  6. Bungkus dalam daun pisang dan kukus selama 15-20 minit.
  7. Hidangan siap. Boleh makansemasa panas atau sejuk.

10 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

ada hikmah disebalik kejadian kan chef? hehe.. kalau ada pisang & daun pisang... kot rajin bolehlah buat... ada sagu mesti lepat lagi sedapp ni....

F@nt@Bul0us F0uR berkata...

hahahahah...adeyyy..mcm2 hal la student ko nih.....sib baek x kene sedut ngn ko..hihihi.seb baek bley modified jd kuih lain....ko mmg hebat!..

Chik Mimi berkata...

salam chef akak memang buat lepat pisang letak sagu tapi tak ler banyk smpi 2 cawan,siap letak inti keledek rebus lagi

Azli Razali berkata...

chik mimi nih memang banyak guna pasal dia dah kembangkan sago tuh!

Dang Intan Duka berkata...

best2...dgr menyelerakan je.. :)

ShaSha berkata...

mwahahaha lawaknya student Azli...seb baik awak kreatif..buat magic jadi pelat pisang...adoiiya..haha

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

sabar je la yer... seb baik boleh buat plan B. jgn jadi dracula tau. sian bebudak tu...hehe

Lizahanum berkata...

sib baik ada lecturer yg berhemah cam chef azli nie.....pepun,lepat pisang nie bersama sagu nampak menarik.....ada gak menu baru hasil plan B..hehehe

Tanpa Nama berkata...

Apa la, kan bebudak tu dr Sarawak...of course diaorg x tau mcm ner nak wat lepat pisang lol.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya pengat pisang jarang dibuat di sarawak...kalau lepat pisang banyak org buat...kalau ada pun buat pengat campur gi roti keras tu..nak ambil byk...camtulah jadi chef..mcm hell kitchen...sumpah seranah cukup lengkap..tapi kita kan org malaysia..siapa tak pernah buah salah...kalau tegur org terima...anyway syabas sebab tahan dgn kerenah student u...