10 Mac 2011

Filo gulung bersayur

FILO PASTRY merupakan doh nipis yang diperbuat daripada tepung gandum. Ia akan menjadi rangup apabila dibakar. Strudel epal merupakan makanan yang popular dan menggunakan kulit filo untuk membalut inti epal. jangan keliru ok dengan kulit popiah kerana ketebalannya adalah tidak sama. Filo pastry boleh dibeli di pasaraya. Apabila menggunakan filo pastry ini pastikan ia tidak terdedah kepada udara terlalu lama kerana dikhuatiri ia akan kering. Baiklah kali nih cubalah makanan ini yang saya dapat daripada student Perhotelan semasa saya sekodeng (ish3x) dari kitchen ker kitchen dan apabila saya rasa makanan ini agak unik dan rasanya wala!. Boleh tahan sedapnya hehe. Apalagi kalau dah biasa sangat makan popiah kita cubalah makanan yang ala2 popiah nih. Jom kita main gulung filo pastri ahak! Ohyer kalau susah2 sangat nak carik filo pastry nih u all guna jerlah kulit popiah tapi pakai inti yang nih! habis citakan? Selamat mencuba!

Bahan-bahan
2/3 cawan isi ayam yang dicincang halus
1 cawan kobis hijau -cincang halus
1 cawan kobis merah/ungu-cincang halus
1/2 cawan cendawan shitake-cincang halus
1/3 cawan bawang huning-hiris halus
3 sudu teh tepung jagung
1 sudu kecil parutan kulit lemon
garam secukup rasa
Lada putih secukup rasa
6 helai kulit filo/filo pastry
6 sudu besar mentega cair
2 sudu makan minyak bijan

Cara membuat
  1. Satukan ayam, kobis,bawang, tepung jagung, kulit lemon, garam dan lada putih. Gaul sebati.
  2. Ambil 1 keping filo pastry dan saputkan sedikit dengan mentega cair. letakkan helain filo pastry di atas lapisan pertama yang telah disapu mentega. Teruskan langkah ini sehingga habis lapisan yang keenam.
  3. Kemudian bahagikan filo pstry kepada 4 bahagian empat segi.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius. Kemudian letakkan isi yang telah dibuat diatas filo pastry yang telah dikerat tadi. Letakkan sedikit minyak bijan. Gulung seperti menggulung popiah.
  5. Bakar selama 12-15 minit atau sehingga keperangan.

4 comments:

Mat Gebu berkata...

Nice laa, tapi kat Johor ni susah nak dpt filo pastry tu..

ShaSha berkata...

kalau kat KL, mana nak cari filo neh?

Azli Razali berkata...

MG: alamak cam na tuh kena guna kulit popiah lah buat popiah tapi inti dish nih kan.
Shasha: cuba u cr kat cold storage dan sogo. Insyallah ada.

Mohd Umar Hitam berkata...

Kat mana saya boleh dapatkn filo pastri area johor