28 Februari 2011

Ubi getuk goreng berjagung

Bila buat menu nih kat kelas teringat cerita arwah datuk dan nenek saya masa zaman Jepun dan Inggeris dulu diorang makan ubikayu. Diorang jadikan ubi kayu sebagai makanan utama. Masa cerita tuh rasa nak meleleh air liur sebab cam sedap jer ubi kayu. Sepatutnya masa diorang cita tuh mood sedih tapi jadi mood lapar plak hehe. Mana taknya sedap apa ubi kayu!. Goreng dengan garam dan kunyit, buat bingka, buat kerepek dan macam2 lagi leh buat, mana tak menaikkan nafsu makan teman. hehe.. Tak guna punya cucu haha. Anyway ini adalah resipi sudden yang terpacul dalam kepala otak saya memang senang nak buatnya apalagi jom lah terai!

Bahan-bahan
1 kilo ubi kayu-buang kulit
1 tin kecil biji jagung
garam secukup rasa

Cara membuat
  1. Rebus ubi kayu dan lenyekkan ubi kayu tuh.
  2. Kemudian campurkan garam secukupnya.
  3. Campurkan biji jagung dan gaulkan.
  4. Kepal-kepalkan dan gorengkan sehingga kekuningan.

3 comments:

Mamanur berkata...

sesuatu yang baru ni Azli..nanti mama cuba, tq

mama atiq berkata...

wah chef ...asyik mengepal je.
tak de gula ye chef...bagusla...kire lomak2 dan manis jagung aje ye mama suke nih !

Nunu berkata...

salam...
actually getuk ni mknn org jawa.. untuk pengetahuan semua getuk yg sebenarnye adalah dgn melenyek ubi atau pisang dan kepal2 menjadi seperti bebola dn dimakan dgn kelapa parut.. dan org skrg suka menggoreng getuk mnjadikan ianya mknn yg berkolestrol.. dan org jawa x suka mknn yg berkolestrol.. tp untuk menceriakan lg and memvarietykn lg pilihan dan kehendak manusia memg ini adalah salah satu idea yg sgt bernas..