SUP makanan laut nih saya jumpa resipi dia dalam buku masakan women weekly Food book. Saya cuba buat dengan sedikit ubahsuai dan rasanya amat sedap. Resipi asalnya tiada menggunakan tomato coulis tapi saya telah memandai-mandai menambahkan tomato coulis dalamnya. Tomato coulis adalah sos tomato dalam tin yang boleh juga digunakan untuk membuat sos pasta dan topping piza. Ia ada dijual di pasaraya. Kalau takde, anda boleh buat sendiri tomato coulis ini. Anda boleh gunakan sebarang jenis makanan lait dan bolehlah memasukkannya dalam sup ini.
Terpulang kepada selera anak tekak anda hehe. Pastikan anda masukkan last minit makanan laut yang mudah pecah seperti isi ikan ok. Sayur ini sungguh berkhasiat kerana ada sayur2 di dalamnya dan sangat sesuai juga dinikmati oleh kanak2. Bukan kanak2 kecil sahaja yang sesuai tau! tapi kanak2 besar yang dah tua pun sesuai gak hehe. Ok Apa lagi pergilah menjala atau memancing makanan ikan, sotong, kupang dan makanan laut lain kat pasar (kalau kat laut lagi best! hehe) dan buat sup ini.
Bahan-Bahan Sup
2 sudu makan minyak masak
300gm udang harimau-kopek kulit dan kepala
300gm mussel-buang kulit
300gm sotong-hiris
200gm isi ikan merah-didadu
100gm tomato coulis/puri tomato
5 biji tomato cincang
1 1/2 sudu makan paprika
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil herba oregano/thyme fresh
1 sudu teh daun ketumbar cincang
2 kiub pati ayam/ ikan
3 cawan air
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang celeri-sadu kecil
1 biji lobak merah-dadu kecil
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit gula
Cara membuat
- Panaskan minyak,tumis bawang putih, bawang besar, oregano sehingga wangi.
- Masukkan tomato kisar dan tomato coulis dan kisar sehingga empuk.
- Masukkan semua makanan laut dan sayur kecuali ikan. kan mendidih.
- Masukkan kiub ikan, ikan, garam dan lada hitam. Biar mendidih sebentar.
- Padamkan api . Tuang dalam mangkuk dan taburkan dengan daun ketumbar.
Bahan-bahan tomato coulis
1 tin puri tomato
1 tin puri tomato
1 comments:
terbaik ah yg nih....tak saba nk try
Catat Ulasan