Roger 123, roger and out hehe. Eh! masih bernafas ruper nya blog aku nih! Alhamdulillah setelah dilanda kebisian, hari ini saya akan postkan soal jawab pembaca di Utusan. Yelah sejak ruangan Dapur Azli Razali tuh keluarkan konsep Q&A saya mendapat pertanyaan2 tentang masakan dari mereka. Alhamdulillah, sofar and so near takde pulak saya mendapat pertanyaan berbentuk gossip dan masalah rumah tangga hehe. Kalau ada orang yang nak tanya soalan macam tuh boleh tapi tunggu saya bukak label baru, label gossip artis ngan label mahkamah syariah! boleh? hehe. Oklah saya akan postkan 2 pertanyaan dari dua teman kenalan saya yang telah ditanya melalui laman facebook teman. Pertanyaan ini telah dikeluarkan dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali keluaran minggu lepas 4 Februari di Utusan Malaysia. Mungkin pertanyaan mereka ini sedikit sebanyak dapat memberi informasi pada anda ya. Ha! kalau rasa2 terliuq nak buat resipi yang saya kongsikan iaitu Chicken chop sendiri kat rumah silalah ringan2kan tulang tangan tuh ya (walaupun tulang tuh memang dah dasar berat sepanjang zaman kan?). Selamat membaca dan mencuba!
Ruangan:Dari Dapur Azli Razali
Akhbar:Utusan Malaysia
Tarikh 8 Februari 20011
SALAM kepada pembaca ruangan Dari Dapur Azli Razali. Selamat bercuti juga kepada semua pembaca. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada pembaca-pembaca yang meraikan Tahun Baru Cina.
Untuk makluman anda, mulai bulan ini anda berpeluang bertanyakan apa sahaja tentang masakan kepada saya. Soalan yang terpilih akan saya jawab dan siarkan di dalam ruangan ini. Insya-Allah, segala soalan dan keraguan anda yang disiarkan dapat dikongsi untuk dimanfaatkan dengan pembaca-pembaca yang lain.
Jika anda ada sebarang keraguan tentang masakan janganlah segan-segan untuk menghubungi saya dengan menghantarkan soalan anda itu melalui emel, blog atau facebook saya.
Soalan
Salam chef, saya ingin bertanya tentang resipi chicken chop terutamanya tepung pada ayam yang digunakan itu. Boleh chef beritahu apakah bahan-bahan yang diguna dan bagaimana cara membuat salutan tepung untuk chicken chop.
Daripada,
Nor Rohaya Ibrahim
Jawapan
Sebenarnya salutan tepung pada chicken chop sebenarnya menggunakan serbuk roti atau lebih dikenali sebagai bread crumb. Ia boleh dibeli di pasar raya atau di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan membuat roti atau pastri.
Terdapat pelbagai jenis serbuk roti yang boleh dibeli di pasar raya. Antaranya ada yang berwarna kuning dan yang paling biasa didapati adalah berwarna putih. Sebenarnya anda boleh membuat serbuk roti sendiri di rumah dengan mengeringkannya menggunakan oven atau menjemurkannya di bawah matahari sehingga keras. Kemudian kisar halus roti itu.
Selain serbuk roti, anda boleh menggunakan serbuk biskut, emping jagung yang dikisar atau oat. Untuk membuat chicken chop anda perlu mengikut langkah-langkah atau prosedurnya yang dipanggil breading procedure.
Cara ini bagi membolehkan salutan serbuk roti itu melekat pada paha ayam yang digunakan dan mengelakkannya daripada tertanggal semasa ia digoreng. Terdapat tiga aturan yang perlu dilakukan.
Ia dimulakan dengan menyalut paha ayam itu dengan tepung gandum terlebih dahulu. Cukup sekadar ia melekat sahaja pada paha ayam. Kemudian celupkan paha yang disalut dengan tepung tadi ke dalam telur yang telah dikacau. Langkah yang terakhir adalah salutkan paha ayam dengan serbuk roti. Di sini saya sediakan resipi yang mudah untuk anda menyediakan chicken chop.
Soalan
Apa beza dan kegunaan minyak zaitun extra virgin dan minyak zaitun biasa?
Daripada:
Wan Azlinawati Othman
Jawapan
Extra virgin adalah hasil minyak daripada perahan pertama apabila mereka memproses minyak zaitun. Perahan pertama ini akan menghasilkan kandungan minyak yang banyak berbanding perahan seterusnya iaitu lebih kurang 10 peratus.
Extra virgin mengandungi asid tidak lebih 0.8 peratus, rasa yang kuat dan lebih sedap berbanding minyak zaitun dari perahan kedua dan seterusnya. Ia lebih likat dan warnanya lebih gelap berbanding minyak zaitun biasa.
Minyal extra virgin banyak digunakan untuk membuat salad dan dresssing (sos salad), sos untuk pasta dan stew. Ia juga digunakan menumis makanan barat lain.
0 comments:
Catat Ulasan