Pages

27 Februari 2011

Coxinha


Yuhuuu salam sabtu semua. Semoga hari-hari anda tidak dirundung malang! cewah! yelah saya sentiasa mendoakan para bloggers yang  real atau halimunan (nih species pontianak harum sundal malam nih hehe)sentiasa dicucuri rahmatNYA. Ok hari nih teman nak story mori pasal makanan dari Amerika Selatan yang telah teman berjaya rompak dari kelas anak muridku hehe (rompak dengan izin ok!).Menu ini berasal dari negara Brazil katanya entah betul entah tak lah kan? katanyalah, aku pun pakat percaya jer lah. Bila saya rasa makanan nih sedap sangat. Tapi kalau nak buat makanan ini anda memerlukan food processor sebab senang nak blend isi ayam nih. Kalau guna blend biasa tekstur dia tak halus! Jadi apa kata korang cuba resipi ini ok.

Bahan-bahan
680gm dada ayam tanpa kulit
4-5 cawan stok ayam( boleh dibuat dengan serbuk pati ayam)
1 batang lobak merah 
2 biji bawang besar
2 helai daun salam
2 sudu makan mentega
2 ulas bawang putih
1 biji jus limau nipis
250gm keju krim (ceam cheese)
2-3 cawan tepung
2 biji telur ayam
2-3 cawan serbuk roti
garam dan lada putih secukup rasa
minyak untuk mengoreng

Cara membuat
  1. Rebus ayam dengan stok ayam sehingga ayam betul2 masak.
  2. Masukkan lobak merah dan satu biji bawang besar yang dipotong kecil dan daun salam sehingga empuk.
  3. Tapis dan simpan air rebusan. Asingkan lobak dan bawang. Potong ayam kecil2.
  4. Kisar isi ayam menggunakan food processor sehingga halus. Perisakan dengan garam jika perlu.
  5. Kemudian campurkan krim keju dan jus limau nipis dengan ayam. Kacau sebati.
  6. Cincang lebihan bawang dan bawang putih. Panaskan mentega dan tumis bawang sehingga harum.
  7. Masukkan bawang yang digoreng dalam ayam yang dikisar dan kacau.
  8. Ambil air rebusan tadi sebanyak 3 cawan dan masukkan tepung 3 cawan. Masak sehingga membentuk paste/doh lembut. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.
  9. Untuk membuat coxinha, ambil doh dari peti ais tadi dan bentukkannya bulat-bulat, sekiranya ia melekat pada tangan tambahkan tepung sedikit lagi. Leperkan dan isikan dengan isi ayam yang telah dicampur keju tadi.
  10. Bulatkan kembali untuk menutup isi ayam tadi.
  11. Pecahkan telur dan celupkan dalam telur. kemudian salutkan dengan serbuk roti.
  12. Kemudian gorengkan sehingga keemasan.

0 comments: