Pages

09 Februari 2011

kek keju pisang lapis span

MINTA maaf! ini bukan kek lapis sarawak ok. Kang ada pulak ingat ini adalah version kek lapis Sarawak.  Kamik mintak maaf ya hehe. Kek ini pun first time gak teman buat. Dapat resipi nih dari majalah saji bulan nih. So hati ini begitulah teruja untuk  menerai kek  ini. Asalnya kek ini menggunakan mentega kacang, tapi saya  kurang suka dengan  mentega kacang sebab rasa dia heavy selain boleh menaikkan jerawat! hehe tetiba rasa nak jaga kelicinan muka walaupun kusedar diri ini tidak lah semacho & setampan Edward Cullen kikikik ( oppss terpoyo kejap plak dah, jauh panggang dari api! haha). Saya telah menukarkan sedikit resipi nih. Bak kata Mat  Gebu saya telah menderhakakan resipi  ini hehe (sori Che mat gebu, teman pinjam ayat  menderhaka Che Mat sekejap ye hehe. Jangan mintak royalti tau!

Sedikit pemberitahuan yer. Kalau u all taknak layerkan kek ini dengan kek span pun boleh. U all boleh gunakan isi kek ini dan buatlah lapisan biskut sahaja.Buat seperti kek keju dingin yang biasa, jadi anda boleh dapat sebiji kek keju pisang tanpa ada lapisan. Maklumlah nak bahagikan kek kepada tiga, pastuh nak layer2kan pulak kan. Ada orang jenis kurang rajin A.K.A malas dan takde sumber kuasa nak spend banyak masa kan. So kalau u all ada masa jom lah buat kek ini. Selamat menerai!

Bahan-bahan

1 biji kek span-belah kepada 3 bahagian

Kek keju pisang

250gm krim keju
200gm krim putar
110gm gula kaster
45gm coklat masak-cairkan
3 sudu serbuk gelatin
1/2 cawan air panas
2 cawan pisang lenyek
1 1/2  sudu kecil esen pisang-pilihan

Bahan hiasan
Buah pisang-hiris
Kacang pecan
Serbuk koko

Cara membuat
  1. Untuk membuat kek keju, pukul krim keju dengan gula.
  2. Kemudian larutkan gelatin dengan air panas sehingga sebati dan menjadi jernih, licin dan tiada ketulan gelatin. 
  3. Masukkan coklat  dan pisang. Kacau dengan pantas dan sebati.
  4. Masukkan gelatin dan kacau dengan pantas sehingga sebati.
  5. Letakkan lapisan pertama kek span dalam acuan. Tuang kek ke cmju pisang setebal lebih kurang 15-20 cm. Kemudian tutup dengan lapisan kedua. Sambung proses sehingga lapisan kek span yang terakhir. Tutupkan atas kek span dengan aduanan kek keju pisang.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga kek set@ keras.
  7. Boleh lah dikeluarkan dan potong untuk hidangan.
  8. Hiaskan dengan bahan hiasan mengikut kreativiti anda.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

sedapnya nampak resepi cheese kek pisang ni chef..

Errieza berkata...

Sentiasa setia menantikan resepi yg EXTRAVAGANZA dari dapur Azli Razali.. Ummmppphhhh gitu

Tanpa Nama berkata...

chef...bagaimana pula dgn krim putarnye...bilakah waktunye ia dicampurkan ke dlm adunan cream cheese?
saya dah excited nih nak buat kek ini for daddy's b'dae....