14 Februari 2011

Ovalette & salutan kek

Boleh pandang2, jangan pegang2, duduk renggang2! ha mesti  korang komperm tau dengan lirik lagu nihkan? layan tak?. Tapi blog saya nih hangpa semua boleh pandang2, boleh pegang2 (kalau buat lah! hehe), jangan rengang2 sebab banyak resipi korang leh cuba dalam nih hehe dan paling best boleh makan2! ini pun sama, kalau korang cubalah resipi yang teman sharekan nih yer? hehe. Kalau tak, buat lelehkan air liuq bagi kempunan jerlah jawabnya! hehe. Kira cam jamu mata lah hehe.Lantoklah janji henjoyyy! Kepada bloggers yang lama tuh(kalau ada) selamat setialah korang dengan blog teman nih. Pada yang baru check in ke blog nih, Selamat datang yer ~sila ke kaunter check in yer hehe. Kali nih saya nak kongsi plak soal jawab daripada kenalan saya kak syeeda yang telah bertanyakan tentang ovalette. Apa? hangpa tak pernah dengaq ovalette? takper2 sat lagi kalau nak tau ovalette tuh apa hangpa baca ok dan satu lagi soalan ditanya oleh azlina kepada saya tentang coklat untukdisalutkan pada kek! apa korang tak tau juga? hangpa jangan buat peleceh! takan coklat pun tak tau! hehe. Oklah kalau tak tau juga apa kata korang layan VT ini. Eh silap! Sebenaqnya soalan yang dah keluar dalam kolum saya Dari dapur Azli Razali minggu lepas di Utusan Malaysia. Henjoy! hehe. 

Tajuk Artikel: Ovalette buat kek lebih gebu
Kolum: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar: Utusan Malaysia
Tarikh: 11 Febuari 2011/Jumaat
Resipi:klik disini

Soalan


SAYA ada persoalan untuk chef. Bolehkah kita memasukkan ovelette dalam setiap adunan kek yang kita buat. Apakah fungsi ovalette itu (yang warna kuning atau oren). Adakah ia untuk menggebukan kek?

Daripada,
Syeeda Mohd Rashidee
Kuala Kedah, Kedah


Jawapan


Terima kasih di atas pertanyaan itu. Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.
Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
Selain kek span saya pernah melihat ada juga resipi kek Sarawak dan apam yang mengunakan ovalette sebagai bahan penstabil. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.
Kepada mereka yang tidak pernah menggunakan ovalette apa kata anda cuba resipi kek kukus ini yang menggunakan ovalette sebagai bahan penstabil kek.




Soalan
Bagaimana untuk membuat salutan coklat yang boleh diletakkan pada mufin dan kek cawan. Coklat jenis apa yang perlu saya gunakan untuk membuatnya. Dan apakah yang membuat coklat itu sentiasa cair dan tidak mengeras.

Daripada,
Azlina Amran
Kuala Selangor




Jawapan


Salam Azlina. Terdapat pelbagai jenis salutan aising yang digunakan untuk menyalut kek, mufin atau kek cawan.
Aising coklat dan ganache coklat adalah antara salutan yang sedap dan sering digunakan untuk menghias kek cawan dan mufin.
Saya cadangkan anda menggunakan salutan coklat ganache untuk menghias kek cawan dan mufin anda.. Jika anda membuat ganache.
Coklat masakan jenis biasa yang ada dijual dipasar raya ialah converture dan compound . Namun coklat compound sering menjadi pilihan kerana harganya yang lebih murah.
Bagaimana pun coklat converture lebih sedap rasanya dan sedikit mahal.
Coklat ini akan dimasak bersama krim putar (whipping cream) sehingga cair. Setelah masak ia akan menjadi set iaitu teksturnya akan mengeras apabila ia disejukkan.
Ini disebabkan lemak dalam coklat akan set pada suhu yang lebih rendah. Nisbah untuk membuat ganache adalah 0.5 krim:1 coklat iaitu jika anda menggunakan 500gm/ml krim anda perlu menggunakan 1liter cream. Jika anda ingin kan ganache anda lebih cair anda hanya perlu lebihkan sedikit krimnya. Diharap ini dapat membantu anda dalam membuat salutan coklat.

5 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

salam ziarah.. en azli,mohon halalkan yek kalau saya ikut resepi en ini.

Azli Razali berkata...

siti takper saya halalkan.

Tanpa Nama berkata...

nk beli ovalette ktmaner? sy bdak baru blaja..huhuh

lyda berkata...

susahnyer nak dapatkan ovelate yg halal, setakat ni jenama nona jer y halal tp mahal bangat...ada tak jenama ovelate lain yg halal dan murah...tq

Tanpa Nama berkata...

beli kat bakeri ade...murah sket. n halal..