25 Februari 2011

Sup Lobak Merah Berkrim

Adoiii lama betul teman tak update blog nih. Sesangat busy dengan kerja nih sampai tak sempat nak update haha. Orang lain keje gak kan? tapi ada gak masa 5 mnit nak update blog hhe. Alah saja jer bagi ayat cover. bukan apa sebenarnya malas. Orang kata dimana ada jalan di situ ada lampu! (opss tersalah plak!).  Oklah bloggers nih saya share kan lah artikel yang dah keluar dalam DDAR lepas bukan apa benda nih dah lama saya perapkan dalam draft tapi tak pos2kan. Daripada terperap jadi pekasam baiklah teman kongsikan dengan penyekodeng2 blog macamana nak buat sup berkerim nih. jangan lupa baca pantang larang pantang larang dia ok! Adios!

Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar: Utusan Malaysia
Tarikh:14 Januari 2011/Jumaat


Banyak kategori sup yang terdapat di dunia ini dan jika di Malaysia kita mempunyai sup-sup yang sungguh popular seperti sup ekor dan gear box yang boleh dihirup begitu sahaja atau menikmatinya dengan nasi atau roti pound. Saya sendiri suka  menghirup sup-sup yang panas serta berempah kerana ia boleh melegakan badan selepas menikmatinya.
 Mungkin anda sudah biasa membuat sup dengan mengunakan produk segera yang dibeli di pasaran. Caranya amat mudah dengan hanya perlu membuka tin dan paketnya  kemudian dimasak  dengan air di dalam periuk. Sebenarnya, anda boleh membuat sendiri sup berkrim yang jauh setanding dan lebih sedap daripada sup segera. Sup berkrim sebenarnya adalah kategori sup pekat yang diperbuat daripada kisaran stok bersama bahan-bahannya dan dipekatkan dengan agen pemekat. Rasanya yang berkrim memang akan memberikan lagi rasa yang sensual pada si penghirup. Rasa krimnya terhasil  daripada krim, roux (pemekat) atau susu yang digunakan. Terdapat pelbagai jenis sup berkrim dan antara yang sangat popular adalah sup krim cendawan, chowder yang dibuat daripada makanan laut dan sup krim brokoli. pada minggu ini  saya berkongsi dengan para pembaca bagaimana ingin membuat sup berkrim. Tip paling penting dalam menyediakan sup berkrim ini adalah bagaimana kita boleh menyediakan sup berkrim yang tidak berketul-ketul kerana konsistensi sup berkrim perlu halus, tidak terlalu likat atau pun terlalu cair. Selain kualiti bahan-bahan untuk mrmbuat sup perlu berkualiti, teknik membuat sup juga perlu diberi perhatian terutama pada peringkat membancuh roux dan krim di dalam sup.  Sebenarnya, resipi asli menyediakan stok adalah dengan merebus tulang ikan atau ayam. Anda mempunyai alternatif ,lain untuk menyediakan stok ayam dengan menggunakan kiub ayam. Ini dapat menjimatkan masa dan menyedapkan sup krim.  Sebarang jenis agen pemekat boleh digunakan untuk memekatkan sup seperti tepung jagung atau gandum tetapi cara ini kurang sedap kerana sup akan berasa bertepung hasil daripada tepung yang tidak dimasak dahulu. Tepung perlu dimasak dengan mentega untuk menjadikannya pemekat yang dikenali roux. Nisbah mentega dan tepung perlu sama iaitu jika 100gm mentega digunakan anda juga perlu menggunakan 100gm tepung. Semua bahan-bahan perlu di tumis, direbus dan dimesin kemudian dipanaskan kembali bersama roux, krim atau susu. Anda perlu menggunakan pembancuh bergelung (wire whisk) jika anda melarutkan roux dengan bahan yang dimesin tadi. Ini penting supaya roux yang dicampurkan mudah larut dengan sebati di dalam sup dan tidak berketul-ketul.  Teknik memasukkan krim dan susu juga amat penting. Susu dan krim perlu berada pada suhu bilik. Perlahankan api ketika memasukkan susu dan krim. Ini penting untuk mengelakkan protin dalam krim dan susu pecah minyak (split). Kemudian kacaulah dengan perlahan. Cubalah membuat sup berkrim minggu ini. Nikmatinya dengan roti bakar! Saya pasti keenakan menghirup sup berkrim lobak merah ini akan memberikan satu kepuasan yang mengasyikkan .

1 comments:

ShA + ZaM = LoVe berkata...

yang ni sy dah cuba.. cedap juga la.. tp untuk cubaan kedua.. baru jadi.. tu ade kat newspaper last month kot... anyway thanks..