15 Februari 2011

Nachos Exravaganza

Hei hei hei. Nak sikit? hambiklah! aum! hehe. Makanan nih berasal dari mexico tau. Maklumlah nachos nih popular di mexico. Andre andre yariba yariba! Untuk pengetahuan korang, saya jatuh cinta dan kasih ( tetiba guna ayat2 jiwang karat plak) pada makanan ini bila teman makan dengan kawan2 teman kat hard rock Penang beberapa bulan lalu. Ya Allah makanan kat sana memang sedap2 giler. Pastuh portion plak bapak besar. Ini amaran kerajaan! Kalau u all order makanan kat Hard Rock Penang tolong jangan tamak haloba. Bawak kawal nafsu ok! sebab kalau korang order satu menu di restoran nih, makanan2 dia boleh muat  mulut untuk dua orang. Kecuali pada mereka yang tangki dia gedabak! Orang yang kuat makan jer mampu habiskan sebab tank dia saiz XXXXL!.Sayangilah perut kita ~pesanan dari kementerian kesihatan heheh. Lepas selang beberapa minggu tuh, tekak nih teringin lah nak mencekik juadah yang sangat best dan menyelerakan nih. Memang tak susah buat benda nih tau. Tapi apa yang kena ada adalah oven atau torch ( penunu gas). Pasal nak cairkan keju dia. menu ini menggunakan bahan asli mexico seperti cili jalapeno. And aboleh beli di pasaraya. Dia jual dalam botol jar yang jernih. u can see tru! hehe apa lagi cubalah! Kena layan makanan nih semasa tengah panas tau pasal kalau sejuk nanti dah kurang rangup. Memang layan!


Bahan-bahan
1/ 2 (170gm)  paket besar nachos segera( boleh dibelei di bahagian makanan ringan)
3 sudu cili jalapeno(cincang)-boleh dibeli di pasaraya
1/2 tin kacang buah pinggang
125gm keju mozarella-parut
1/2 cawan sos pasta-beli dipasaraya
1/2 cawan kacang kuda

Cara membuat

  1. Taburkan nachos atas pinggan tahan haba. Selang selikan dengan sos pasta.
  2. Taburkan selang seli juga dengan kacang buah pinggang, kacang kuda dan jalapeno.
  3. Akhir sekali taburkan keju dan bakar dalam ketuhar. Gunakan api atas supaya keju dicairkan..
  4. Setelah keju cair angkat keluar dan sedia untuk hidangkan.

4 comments:

Azuradushku berkata...

salam, I've following your blog quite recently and I would like to try this recipe cuma kacang buah pinggang tu kacang apa? kalau takde is there any substitute?
thank you! hope to here from you soon

Hana berkata...

salam chef
syapn crazee sgt ngan nachos nih tp hrc & tgf nachos brbeza sbb da inti daging/ayam & xde kcg2 kot..cuba chef mkn di fridays lak..try test..cedappp..if in big portion mkn x abis chef tapaukn tuk sya..hehe..

Shafri berkata...

Azuradushku - kacang buah pinggang tu kacang merah yg besar. bentuk dia sama mcm buah pinggang tu. biasanya dalam tim ade jual

Daria berkata...

adus, hancur lagi diet saye....tapi keju fav saye :(