Salam kepada bloggers! hari ini saya terpaksa buat pos lain lah sebab kalau kebiaasaannya bila hari Jumaat jer saya pasti tepekkan artikel saya Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia tuh. Kepada mereka yang biasa mengikuti ruangan itu saya minta maaf kerana hari ini Utusan perlu memflash back balik (betulker ayat aku nih hehe belasah jer lah) @mengimbas peristiwa2 yang berlaku sepanjang 2010. Maklumlah dah hujung tahun kenalah tutup akaunkan? hehe.Takper minggu depan InsyaAllah Dari Dapur Azli Razali akan beroperasi kembali aminn.
31 Disember 2010
30 Disember 2010
Ayam masak gajus
TETIBA perut keroncong tak tau nk masak apa? Sebenarnya gambar nih dah lama terperuk dalam peti besi saya cuma belum sempat nak berkongsi dalam blog nih jer. So bila korek2 dalam folder, ternampaklah gambar nih. Jadi terpikirlah nak buat post baru. Actually sebenarnya hidangan ini saya makan semasa pi jalan2 kat Hadyai. Chek Pi makan kat tepi pantai dia yang atuh! kat Songhkla. Yang ada gambar ikan duyung sexi tuh hehe. Sempat jugak lah wusha2 ikan duyung tuh tapi takde respon hahaha. Bagi mereka yang berkesempatan pergilah Hadyai, makanan dia memang syok habis.
Labels:
ayam
Donut
MAKANAN ini memang disukai ramai. Antara restoran yang menjual donut yang paling popular adalah dunkin donut dan big apple. Of course resepi yang mereka guna tuh adalah secret resepi sebab banyak orang tanya kenapa donut yang dia buat tak segebu dan selembut macam dunkin donut dan big apple. Tips donut yang ingin saya kongsikan adalah anda boleh menggunakan tepung gandum biasa cap sauh atau guna tepung roti (cap bluekey ada dijual di supermarket). Resepi donut yang saya kongsikan dalam nih tetap menjadi pujaan hati, buktinya ada orang yang mintak saya postkan resepi nih setelah berkali-kali dimintanya dari saya, ha ini lah dia resepi donut! cuba ok!
Labels:
Roti dan donut
29 Disember 2010
Sejarah kek keju
SEBENARNYA ini adalah artikel asal sebelum diedit dalam untuk artikel Kek keju dalam dari Dapur Azli Razali yang keluar pada minggu lepas iaitu pada 24 Disember 2010. Dalam Utusan Malaysia minggu lepas tuh artikel agak pendek dan ada beberapa info dan tip tentang kek keju tuh tidak dapat saya kongsikan. Walau bagaimanapun mungkin ada sebab2 yang tak dapat dielakkan artikel ini terpaksa dipendekkan ( SEDEY2 Warghh!!! HEHE). Apa2 pun u all bolehlah baca artikel asli ini bagaimana hendak buat kek keju bakar dengan lebih teliti Selamat membaca lah!
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Penemuan sebuah buku tentang seni membuat kek keju yang ditulis oleh seorang ahli fizik Greek menguatkan lagi fakta yang kek keju sebenarnya telah lama wujud iaitu sejak dari zaman Greek lagi. Kek keju diperbuat daripada keju lembut seperti ricotta, mizithra, mascarpone dan neufchâtel tetapi jenis keju yang sering digunakan untuk membuat kek ini adalah daripada keju krim (cream cheese). Pasti ramai yang menggemari dengan keenakan kek keju bakar. Jadi, minggu ini saya akan berkongsi tip-tip membuat kek keju bakar iaitu kek keju New York. Membuat kek keju bakar sebenarnya mudah. Untuk mendapat hasil terbaik anda hanya perlu mengikuti teknik dan memahami kaedah membuatnya dengan betul.
Labels:
Artikel
Orange Cup cake@kek cawan oren
Bahan-bahan (Menghasilkan anggaran 25 biji kek cawan.)
250 (1 1/4 cawan) gm mentega
230 gm( 1 1/4) gula kastor
5 sudu oren sunquick
5 biji telur Gred B
270-300 gm( 1 1/4 - 1 1/2 cawan) tepung halus (superfine)- diayak dengan serbuk penaik
1 camca teh serbuk penaik - diayak dengan tepung
1 camca teh vanila
Hiasan
Aising
Parutan coklat
Pewarna
230 gm( 1 1/4) gula kastor
5 sudu oren sunquick
5 biji telur Gred B
270-300 gm( 1 1/4 - 1 1/2 cawan) tepung halus (superfine)- diayak dengan serbuk penaik
1 camca teh serbuk penaik - diayak dengan tepung
1 camca teh vanila
Hiasan
Aising
Parutan coklat
Pewarna
Labels:
Kek
28 Disember 2010
BISKUT SAMPERIT
Bahan-bahan
220gm (1 cawan) mentega
150gm (¾ cawan) gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
350gm (1 ¾ cawan) tepung gandum } diayakkan
130 g (½ cawan+2 sudu besar tepung jagung } diayakkan
30 gm( 2 sudu besar) tepung kastad } diayakkan
Cara penyediaan
220gm (1 cawan) mentega
150gm (¾ cawan) gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
350gm (1 ¾ cawan) tepung gandum } diayakkan
130 g (½ cawan+2 sudu besar tepung jagung } diayakkan
30 gm( 2 sudu besar) tepung kastad } diayakkan
Cara penyediaan
- Pukul mentega dan gula sehingga gula hancur dan sebati.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sehingga rata.
- Masukkan tepung yang telah diayakkan dan gaulkan sehingga rata.
- Masukkan adunan dalam acuan samperit dan tekan atas loyang pembakar yg telah disapukan majerin.
- Bakar anggaran 10-12 minit dengan kepanasan suhu 180 darjah C.
- Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.
Labels:
Biskut dan cookies
Blueberi tart/Tart Blueberi
TEKNIK membuat isian tart ini sama seperti membuat kek keju sebenarnya. Tips membuat tart ini adalah-kulit pai yang anda bancuh jangan terlalu kering dan terlalu basah . Pastikan konsistensinya kulit pai yang anda bancuh adalah betul, Kulit pastrinya jangan terlalu masak ketika kali pertama dibakar kerana nanti anda akan membakar untuk kali kedua semasa meletakkan isiannya. Anda perlu berhati-hati ketika menyediakan meringue, jangan bercampur dengan kuning telur dan bekas dan pemukul hendaklah bersih kerana jika ada kuning telur dan minyak putih telur tidak akan kembang. Bakarlah seperti biasa sehingga kejunya mengeras. Tidak perlu terlalu perang. Jika anda mahu memmbuat tart keju anda tak perlulah meletakkan blueberry !
Labels:
Pai dan tart
27 Disember 2010
Baked Avocado
MENU bakar ini menggunakan buah avocado. Ia disumbatkan dengan isi ayam kisaryang dimasak bersama keju. Anda boleh menikmatinya begitu sahaja atau dimakan bersama salad dan dengan sedikit sos pesto. Jika anda sukar mendapatkan daun basil. Anda boleh menggantikan dengan herba lain seperti daun pudina atau daun ketumbar. Pastikan anda memilih avokado yang telah masak kerana ia mudah dibelah dan apabila anda memasaknya ia lebih enak dinikmati.
Labels:
Sayur dan kentang
Creme Anglaise
PASTI ada yang tak pernah mendengar nama makanan ini bukan? baiklah cream anglaise (sebutannya krem awn glezz) adalah definisi bahasa Perancis untuk sos vanilla atau sos custard. Sos ini sering dimkanan dengan puding roti( bread butter pudding) atau pun makanan lain seperti kek. Sememangnya anda memerlukan teknik untuk membuat sos ini , jika tersalah tekniknya sos yang anda masak akan berketul-ketul. Ada sesetengah chef suka memasaknya diatas air mendidih kerana sos yang anda masak akan masak dengan cantik dan tidak berketul ketul. ada juga yang suka memasak diatas api tetapi harus selalu mengacaunya. Ia senang berketul-ketul kerana ada protein dari telur dan susu.
Anda digalakkan menggunakan wire whisk supaya kacauannya lebih sekata tetapi jangan terlalu kuat kerana anda akan memerangkap udara yang akan membuatkan sos anda berbuih pula nanti.Jika anda memasak diatas api pasanglah api yang sederhana dan kacau dia sehingga likat. Ia akan memekat apabila ia sejuk. JIka anda terlebih masak pula sos ini akan set atau terlalu pekat untuk dijadikan sos. jangan khuatir anda hanya perlu menambah susu didalamnya dan panaskannya semula untuk mencairkan sos ini. Jika anda terleka dan sos anda berketul, tak perlu gelabah atau panik. Saya ada cara untuk menyelamatkan sos anda. Apa yang anda perlu buat tapiskan sos anda dan tambah sedikit air atau susu Insyallah sos anda akan tidak berketul dan masaklah ia semua supaya ia pekat. Anda boleh menggantikan setengah dari sukatan susu ini dengan krim putar (whipping cream) jika mahu sos ini berasa lebih enak! tetapi kos membeli bahan perlulah ditambah kerana harga krim sedikit mahal dari susu. Resipi ini saya dapat dari buku profesional baking dan anda boleh mencubanya. Seperti saya katakan awal tadi sos ini sesuai dimakan dengan bread butter pudding jadi jika anda hendakkan resipi bread butter pudding bolehlah klik resepi 1 dan resepi 2.
Anda digalakkan menggunakan wire whisk supaya kacauannya lebih sekata tetapi jangan terlalu kuat kerana anda akan memerangkap udara yang akan membuatkan sos anda berbuih pula nanti.Jika anda memasak diatas api pasanglah api yang sederhana dan kacau dia sehingga likat. Ia akan memekat apabila ia sejuk. JIka anda terlebih masak pula sos ini akan set atau terlalu pekat untuk dijadikan sos. jangan khuatir anda hanya perlu menambah susu didalamnya dan panaskannya semula untuk mencairkan sos ini. Jika anda terleka dan sos anda berketul, tak perlu gelabah atau panik. Saya ada cara untuk menyelamatkan sos anda. Apa yang anda perlu buat tapiskan sos anda dan tambah sedikit air atau susu Insyallah sos anda akan tidak berketul dan masaklah ia semua supaya ia pekat. Anda boleh menggantikan setengah dari sukatan susu ini dengan krim putar (whipping cream) jika mahu sos ini berasa lebih enak! tetapi kos membeli bahan perlulah ditambah kerana harga krim sedikit mahal dari susu. Resipi ini saya dapat dari buku profesional baking dan anda boleh mencubanya. Seperti saya katakan awal tadi sos ini sesuai dimakan dengan bread butter pudding jadi jika anda hendakkan resipi bread butter pudding bolehlah klik resepi 1 dan resepi 2.
Labels:
Sos manis
25 Disember 2010
Bread butter pudding pisang/puding roti pisang
INI adalah resipi lain untuk membuat bread butter pudding yang saya dapat dari buku profesional baking 4th edition. Jadi anda bolehlah cuba juga resipi ini. Jangan lupa makan dengan lawannya iaitu sos kastard atau juga dikenali dengan nama creme anglaise. Ia akan menambahkan kelazatan puding ini. Saya cadangkan anda makan puding ini semasa ia sejuk dan pasti rasanya lagi bertambah-tambah enak. Jadi bila buat tuh simpanlah di dalam peti sejuk dahulu sebelum anda ngap pudding anda itu hehe. Anda boleh mendapatkan resipi bread butter pudding yang lain dengan klik di sini dan resipi sos vanilla/ custardnya. Cara membakar roti ini adalah menggunakan cara steam bake iaitu membakar di atas dulang yang mengandungi air di dalam oven cara ini dapat menjadikan puding lembab dan tidak terlalu kering sesudah dibakar. saya campurkan pisang dalam puding ini jadi ada kelainan sikit pada puding ini.Selamat mencuba ya!
Labels:
Puding dan agar-agar
24 Disember 2010
Resipi Ringkas
Alhamdulillah buku kedua telah selamat dicetak dan dipasarkan di Malaysia dan Singapura. Buku ini telah diterbitkan oleh Sky Publishing House. Saya mengambil masa selama 5 bulan untuk menerbitkan buku ini. Setiap resipi yang dicipta telah diuji, ia benar-benar teruji!. Keunikan buku ini adalah dari segi konsepnya. Ia hanya menggunakan 5-6 bahan sahaja dalam setiap juadahnya. Ringkas bukan? Setiap bahan dalam satu-satu resipi ada menggunakan sekurang-kurangnya satu produk daripada MAGGI. Terima kasih kepada MAGGI kerana menjadi penaja untuk ruangan iklan.Timbulnya idea saya untuk membuat buku berkonsepkan resipi ringkas ini bermula daripada perbincangan dengan publisher saya. Akhirnya kami sepakat menerbitkan buku Resipi Ringkas ini yang sesuai untuk orang2 yang sibuk bekerja!. Kesibukan kerja membuatkan sesetengah anda kita tidak memasak dan kurang minat untuk masak di rumah.
Labels:
Buku masakan
Ayam Percik Kelantan
Bahan Bahan
1 ekor ayam-potong 4 bahagian
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam
1 ekor ayam-potong 4 bahagian
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam
Labels:
ayam
Kek Keju New York
RESIPI kek keju ini adalah resipi di dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali yang telah saya tuliskan. Sila klik di sini untuk mengetahui teknik menghasilkan kek keju bakar. Semoga anda gembira dengan hasil kek keju yang anda hasilkan dan nikmatilah kek keju itu bersama orang yang tersayang-rakan2 atau kaum keluarga.
Labels:
Kek
Kek Keju
Artikel: Dari dapur Azli Razali
Akhbar: Utusan Malaysia
Tarikh: 24 Disember 2010
Membuat kek keju bakar sebenarnya mudah. Untuk mendapat hasil terbaik anda hanya perlu mengikuti teknik dan memahami kaedah membuatnya.
Acuan kek keju yang dipanggil springform perlu digunakan jika anda ingin membuat kek keju. Jenis acuan ini mempunyai pelaras yang boleh menanggalkan kek keju dengan senang setelah masak.
Acuan kek keju yang dipanggil springform perlu digunakan jika anda ingin membuat kek keju. Jenis acuan ini mempunyai pelaras yang boleh menanggalkan kek keju dengan senang setelah masak.
Labels:
Artikel
22 Disember 2010
Lasagna
LASAGNA menggunakan pasta yang dinamakan lasagna. Lasagna berbentuk 4 segi tepat. Cara membuat lasagna adalah dengan melapiskan sos daging, lasagna dan sos bechamel secara berselang seli, di atas lasagna pula ditaburkan keju sebelum dibakar. Terdapat dua cara untuk menyediakan lasagna ini sebenarnya. Anda boleh menggunakan kepingan lasagna yang belum direbus semasa hendak melapiskannya. Tetapi sos anda perlu basah sedikit supaya kepingan lasagna boleh menyerap cukup air dan ia boleh masak dengan elok.
Labels:
Pasta
21 Disember 2010
Ikan sembilang goreng cili api
Info menarik yang baru juga saya ketahui dr En Kamil dari FB yang saya diberitahu ikan sembilang berbeza dari ikan keli dari segi habitat. Itupun setelah tersalah info sebelum nih! ya ampunn! kepada pembaca hehe. Anyway thanks sbb share knowledge tuh yelah tak semua benda kita tahu kan betul tak? jadi dont stop learning sesungguhnya ilmu itu sungguh luas hehe. Ikan sembilang tak hidup kat air tawar sebab akan mati manakala ikan keli hidup di air tawar. Itu adalah perbezaan paling ketara antara kedua ikan ini. Ada yang tidak menggemarinya kerana ikan sembilang dan ikan keli ini berasa sedikit hanyir. Ikan ini juga dikategorikan sebagai ikan yang berlemak. Anda perlu melumurkan ikan ini dengan jus limau nipis atau basuhnya dengan air asam jawa selepas menyiang ikan ini. Kemudian bilaslah dengan air biasa. Dengan cara ini ia dapat mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan ini. Selain itu kikis kulit ikan ini untuk membuang lendir yang ada pada kulitnya.
Labels:
Makanan laut dan sungai
Cream Cheese frosting/toping keju krim
CREAM CHEESE FROSTING adalah topping yang kebiasaannya disapu di atas kek baldu merah atau kek lobak merah. Sangat mudah disediakan dan enak rasanya. Sekiranya anda ingin menggunakan frosting ini untuk kek cawan atau muffin juga boleh, pasti rasa kek dan muffin akan bertambah enak.
Bahan-bahan
250 gm cream cheese, suhu bilik
60gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan(360 ml) krim putar/whipping cream- ada dijual di pasaraya di bahagian mentega
Cara penyediaan
Bahan-bahan
250 gm cream cheese, suhu bilik
60gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan(360 ml) krim putar/whipping cream- ada dijual di pasaraya di bahagian mentega
Cara penyediaan
- Pukul krim keju dengan gula sehingga lembut dan sebati.
- Kemudian masukkan esen vanila dan krim . Pukul sehingga sebati.
- Sedia untuk disapu diatas kek.
Labels:
Topping dan aising
20 Disember 2010
Topping Chocolate Ganache
CHOCOLATE ganache adalah topping yang selalu digunakan untuk kek coklat lembab. Anda boleh gunakan untuk kek jenis lain seperti kek coklat keju dll. Jangan masak dengan api yang terlalu kuat kerana takut coklat akan menjadi hangus pula nanti. Biarkan ganache yang telah masak disejukkan sebentar sehingga sedikit keras supaya mudah disapu atas kek.
Bahan-bahan
115 gm coklat masakan/ dark chocolateBahan-bahan
80 ml krim putar( whipping cream)-ada dijual di pasaraya di bahagian mentega
1 sudu teh mentega
Cara penyediaan
Campurkan semua bahan-bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga cair. Sejukkan dan sedia disapu di atas kek.
Labels:
Topping dan aising
Topping krim masam
TOPPING ini sangat mudah disediakan. Anda hanya perlu beli krim masam yang ada dijual di pasaraya. Jika tiada anda boleh perahkan 2 sudu jus lemon pada 1 cawan krim putar (whipping cream). Krim ini berasa sedikit masam dan ia sangat sesuai dimakan dengan kek keju atau kek mentega mengikut selera anda.
Bahan-bahan
1 cawan (240 ml) krim masamBahan-bahan
2 sudu makan (30 gm) gula icing
1/2 sudu teh vanilla
Cara penyediaan
- Putarkan semua bahan sehingga sebati dan sedia untuk disapu diatas kek.
Labels:
Topping dan aising
Tart kelapa
TART kelapa ini saya berasa sedikit lemak tetapi lembab sedikit. Bagi mereka yang ingin membuat kulit pai ini bolehhlah dapatkan daripada link yang saya kongsikan di bawah nih. Jika mahu rasa coklat anda boleh mencurahkan coklat cair atas tart ini atau letakkan krim diatasnya. Pasti rasanya berlainan. selamat mencuba.
Labels:
Pai dan tart
19 Disember 2010
Strawberry blended/ Strawberi kisar
JIKA bercakap tentang ice blended nih tentu anda setuju Coffee Bean dan Starbuck menjadi pilihan kerana ice blended coffeenya memang giler KAW! betul? Tapi kali ini apa kata cuba ice blended perasa strawberi pula. Pasti ada kelainan sikit. Yang penting dah boleh jimat 12 hinggit dan kalau buat sendiri u all leh buat bergelas-gelas! puas hati. Bak kata orang jimat poket jimat belanja! hehe. Namun jika anda membuat ice blended jangan lupa pulak nak mencuci blender tuh betul2. Kalau boleh kisarkan dulu dengan air sabun atau dengan buah2han citrus. Kalau tak cuci nanti tak pasal2 pulak jadi ice blended perasa cili! So apa tunggu lagi cuci lah blender sekarang dan buat ice blended strawberi nih. Selamat mengisar!
Labels:
Minuman
18 Disember 2010
Char kway teow
CHAR KAWAY TIOW adalah makanan asli dari negeri Pulau Pinang yang popular. Tidak sah ke penang jika tidak merasa menu ini. Char bermaksud to sear iaitu goreng dengan api yang kuat dan besar. Kway tiaw pula adalah mee leper berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras. Memasak kway tiow memerlukan api yang besar. Itu adalah teknik yang diperlukan untuk memasak kway tiow yang asli. Dapur high presure adalah dapur yang sesuai digunakan untuk membuat menu ini. Tetapi jika tiada dapur high presure anda masih boleh membuat char kway tiow yang enak tetapi kuali anda perlu dipanaskan dengan betul-betul supaya aroma bahan-bahan yang ditumis menjadi harum dan kway tiow yang digoreng masak kering. Char kway tiow yang asli adalah kering teksturnya walaubagaimana pun ia mengikut selera anda. Jika tidak suka terlalu kering jangan lah goreng terlalu lama.Tip menggoreng kuway tiau adalah teknik mengacau semasa menggoreng adalah anda perlu berhati-hati mengacau kway teow semasa menggoreng kerana dikhuatiri kway tiaw akan pecah. nanti kurang enak untuk dimakan pula. Ambil kuali anda dan Charlah sekarang selamat mencuba!
Labels:
Mee
17 Disember 2010
Piza
APASALAHNYA sesekali membuat piza di rumah untuk dijamu bersama-sama keluarga bukan?. Jadi resipi kali ini adalah resipi yang juga saya kongsi dalam artikel di ruangan Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malysia minggu ini. Memang berbaloi buat piza sendiri di rumah. Dengan menggunakan tepung 500 gm anda boleh membuat sebanyak 3 keping roti piza yang besar PUNYA!. Memang berbaloi. Kalau buat piza yang simple cam gini, kos membeli barang tak sampai pun 40 hinggit. Jimat bukan? Kalau anda beli kat luar di restoran yang menjual piza, beli 3 keping besar for sure lebih dari RM100 pasti melayang punyalah!. Bagi mereka yang ingin mengetahui cara-cara untuk membuat piza dengan lebih mendalam bolehlah baca artikel yang saya tulis dengan klik di sini. Selamat mencuba. Buon appetito! (enjoy your meal!)
Labels:
Roti dan donut
Piza untuk keluarga
Artikel: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar: Utusan Malaysia
Tarikh: Jumaat 17 Disember 2010
Untuk resipi klik link di sini
KETIKA bercuti baru-baru ini, saya sempat membuat piza untuk santapan keluarga di kampung, jadi saya fikirkan eloklah saya berkongsi bagaimana hendak membuat piza dengan anda. Piza dikategorikan sebagai sejenis roti leper. Rasanya yang enak dan boleh dipelbagaikan rasanya membuatkan makanan Itali ini sungguh digemari.
Labels:
Artikel
16 Disember 2010
Ikan taucu dengan terung
TAUCU sungguh sedap apabila dimasak untuk lauk pauk yang bergoreng atau kukus. Menu ini saya fikir anda sudah biasa menikmatinya bukan? Banyak sahaja restauran yang ada menyediakan menu ini. Tapi saya tak kira saya nak share juga dengan pengunjung blog saya ini menu yang memang saya juga gemari. Untuk lauk ini saya menggunakan ikan selar. Tapi anda boleh menggunakan sebarang ikan yang sesuai dengan selera anda seperti ikan kembung, siakap atau lain-lain jenis ikan yang sesuai. Saya gandingkan masakan ini dengan terung yang digoreng. Kalau takde terung anda boleh gunakan timun sebagai ganti.nak cekup nasi putih jer hehe. Tip memasak lauk yang menggunakan taucu adalah pilih taucu yang tidak terlalu masin. Kalau boleh taucunya janganlah terlalu hancur nanti makan tak sedap sebab tak boleh rasa taucunya sebiji-sebiji. Lagi satu tak perlu tambah garam dah, sebab taucu dah masin. Nanti tak pasal-pasal kena serangan darah tinggi pula sebab terlebih masin hehe. Ikan masak taucu ini adalah lauk yang simple tapi menyelerakan. Selain itu ia mudah disediakan. Macamana dengan anda? suka? apa lagi, kalau suka buatlah sendiri menu ini dirumah ya!
Labels:
Makanan laut dan sungai
15 Disember 2010
Melon licious
MINUMAN ini sangat menarik bagi saya sebab dicipta secara tak sengaja. Pada mulanya saya merancang nak membuat jus tembikai merah yang dicampur dengan aiskrim soda. Yelah bila buat makan-makan, air kena lah best gak kan? baru layan. Tetapi anak sedara saya yang cerdik2 tuh telah membeli tembikai kuning untuk buat minuman. Aduh apa lagi kena bebel free lah dengan saya. Lain yang org suruh beli, lain pulak dibelinya, pastuh tembikai kuning nih kan biji dia byk! nak mesin ke benda... alih alih terciptalah melon licious nih hahaha. Nama kemain lagikan? Instantly jer idea datang nak buat minuman nih. Cara dan bahan untuk membuatnya sangat-sangatlah mudah! apa yang anda perlu lakukan adalah mencincang-cincang atau melecek-lecekkan tembikai nih. Jangan dimesin yer, biji dia tuh akan rasa pahit pula nanti. Anda boleh lenyekkan tembikai nih dalam mangkuk dengan pelenyek supaya jusnya keluar. Nanti apabila dicampurkan dengan aiskrim soda bolehlah terasa jusnya. Walaubagaimanapun, ada cara yang paling cepat, murah dan senang apa lagi RAMASlah. Ada berani? Syyyy... yang nih saya tak bagi tau kat kaum keluarga saya masa tuh tau yang saya dah RAMAS buah tuh. Tau2 depa kata sedap dan air nih habis licin hahaha. Agak mengerikan sikitlah cara nih pasal kena ramas-ramas tembikai tuh kan tapi yang penting depa semua dah minum air tangan saya hahaha. Slurppp!!!. Kalau nak nampak sopan sikit, lecek-leceklah dalam mangkuk guna gelas plastik or sarung plastik ker so nampak lah bersih sikit ahak!
Labels:
Minuman
14 Disember 2010
Kentang lenyek bakar berkeju
MENU ini saya masak ketika menikmati kambing bakar bersama keluarga saya. Kombinasi kentang keju ini amat sesuai digandingkan dengan daging bakar. Saya sukakan kentang ini kerana selain rasanya yang enak ia amat mudah dibuat. Anda semestinya memerlukan oven untuk membakar kentang lenyek ini. Kentang harus dijadikan kentang lenyek dahulu sebelum dibakar. Paling saya suka sebab kentang ini digaul dan dibakar dengan cheese jadi rasanya sedikit lemak. Bagi mereka yang jaga badan dan tidak mahu terlebih kolesterol katanya bolehlah mengurangkan keju atau bakar begitu sahaja. Boleh gantikan keju dengan serbuk roti atau oat yang ditabur diatasnya. Sihatlah sikit betul tak. Maklumlah sekarang ini banyak penyakit berpunca daripada makan.
Labels:
Sayur dan kentang
13 Disember 2010
Rendang minang
SUDAH satu kemestian apabila tiba hari raya rumah saya akan membuat rendang minang. Maklumlah orang Negeri Sembilan, rendang minang pasti ada kalau tak ada, tidak sah! rendang minang agak berbeza dengan rendang biasa kerana banyak menggunakan cili api untuk merendangnya. Bahan lain adalah sama seperti membuat rendang biasa. Lagi satu keunikan rendang yang saya kongsikan ini adalah bahan-bahannya selain daging ia menggunakan organ2 dalaman seperti hati, limpa dan paru. Tapi jika anda ingin mengunakan daging sahaja pun boleh sebenarnya. Lagi satu teknik merendangnya pula tidak perlu menumis bahan-bahan kisar nya, tetapi semuanya dileburkan sekali kecuali santan dan kerisik. Ia dimasak dahulu sehingga daging menjadi kecut dan mesra dengan rempah-rempahnya. Kemudian barulah dimasukkan santan dan direndang sehingga kering. Kepedasan anda boleh kurang atau lebihkan mengikut selera anda. Selamat mencuba!
Labels:
Daging
12 Disember 2010
Hot Chocolate
CUBALAH membuat minuman yang menyegarkan dan mengasyikkan ini. Cara membuatnya sungguh mudah dan bahan-bahannya juga senang didapati di pasaraya. Gunakan chocolate yang gelap dan berkualiti mutunya supaya hot chocolate yang anda buat sedap rasanya. Anda perlu berhati-hati apabila memanaskan susu kerana susu mudah meruap.Panaskan susu dengan api yang sederhana sahaja. Jika di restoran lima bintang mereka akan memanaskan susu dengan menggunakan steamer sehingga susu berbuih namun jika anda tiada mesin ini, anda boleh menarik atau memukul susu dengan wire whisk yang tengah panas. Gunakan whipping cream yang dalam tin dengan spray sahaja di atas hot chocolate. Jenis cream ini sering digunakan untuk minuman seperti coffee blended. Jadi apa lagi selamat menikmati minuman ini ok! syokkk!
Labels:
Minuman
11 Disember 2010
Agar-agar coklat
DEFINISI agar-agar sebenarnya adalah keras tetapi masih lembut untuk digigit dan dikunyah. Ia berbeza dengan puding yang kebanyakannya lebih lembut dan ada sesetengah puding tidak mencampurkan agar-agar tetapi menggunakan telur, krim dan gelatin. Tip pertama untuk membuat agar-agar yang elok dan tidak terlalu keras adalah dengan memastikan agar-agar dimasak dahulu dengan air kosong supaya agar-agar mudah melarut dan hancur. Jangan mencampurkan semua bahan-bahan sekali kerana agar-agar menjadi susah dan lambat untuk dihancurkan.
Labels:
Puding dan agar-agar
10 Disember 2010
Salad Nicoise
SALAD NICOISE yang berasal dari Nice Perancis ini telah saya kongsikan bersama pembaca Utusan Malaysia di ruangan Dari Dapur Azli Razali pada 10 Disember 2010. Dalam artikel ini saya berikan sedikit info tentang latar belakang salad ini dan cara untuk menyediakan salad ini dengan lebih terperinci. Ikutilah cara-cara membuatnya dengan membaca artikelnya di sini ok!
Labels:
Salad dan Kerabu
Kontroversi salad Nicoise
DARI DAPUR AZLI RAZALI di Utusan Malaysia minggu ini membawa anda cerita kontroversi tentang makanan dari negara Perancis ini iaitu Salad Nicoise. Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang kontroversi sangat tuh, baca lah artikel saya ini. Jika anda inginkan resipi artikel pada minggu ini pula anda boleh klik di sini !
Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar: Utusan Malaysia
SALAD Nicoise (disebut niswaz) mendapat nama dari tempat asalnya iaitu Cote d'Azur di kota Nice di Perancis. Ia juga dikenali sebagai Salade Niçoise atau insalata nizzard.
Labels:
Artikel
09 Disember 2010
Crumble Epal
Salam kepada bloggers! resipi crumble epal ini telah saya kongsikan dengan pembaca ruangan Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia pada 3 Disember 2010 lepas dengan tajuknya Rahsia sebiji epal. Bagi mereka yang ingin mengetahui bagaimana untuk menyediakan juadah ini dengan lebih terperinci dan untuk mengetahui apakah rahsia yang terkandung di dalam buah epal silalah baca artikel ini dengan klik di sini ok.
Labels:
lain-lain pencuci mulut
08 Disember 2010
Onde-onde buah peach
PERNAH dengar kuih onde-onde? pernah makan? apa! tak pernah? hehee. Ada yang memanggilnya dengan nama kuih kelepong dan kuih buah melaka. Baiklah nak story pada mana2 pihak berkuasa yang tak mengenali dengan kuih onde2 buah melaka nih. Ia adalah sejenis kuih tradisi yang berasal dari negeri Hang Tuah Melaka. Bentuknya bulat2. Warnanya pula hijau kerana menggunakan daun pandan atau perwarna dan ada yang berwarna putih jika tidak diletakkan pandan dan pewarna hijau. Menggunakan gula melaka atau gula enau sebagai intinya. Kuih ini berasa kenyal apabila digigit disamping anda boleh merasai inti gula buah melaka yang cair di dalamnya apabila anda mengunyahnya. Sudah meleleh air liur?. Baiklah tapi saya telah memberi sentuhan baru pada kuih ondeh-ondeh ini dengan menggantikan gula melaka dengan buah peach.
Labels:
Kuih
04 Disember 2010
Ayam tandoori Klasik
RESIPI ayam tandoori klasik menggunakan pelbagai jenis rempah yang dicampurkan dengan yogurt. Kemudian diperap dengan ayam. Untuk mendapatkan rasa ayam tandoori yang sedap, ayam sebaik-baiknya diperap selama 8jam atau lebih Kebiasaannya ayam tandoori akan dibakar di dalam oven yang diperbuat daripada tanah liat yang dipanggil tandoor oven/clay oven, Clay oven berbentuk bulat seperti tong drum. Anda boleh menggunakan oven biasa atau griller jika tiada clay oven. Selamat mencuba.
Labels:
ayam
03 Disember 2010
Rahsia sebiji epal
Ruangan:Dari Dapur Azli Razali
Akhbar:Utusan Malaysia
Tarikh:3 Disember 2010
Untuk resipi sila klik di sini
SEBIJI epal sehari menjauhkan anda daripada doktor. Begitulah khasiat buah epal jika anda mengamalkannya dalam diet harian kerana ia kaya dengan sumber antioksida dan vitamin C. Manakala kandungan antioksida seperti flavonoid mampu memerangi penyakit kanser.
Akhbar:Utusan Malaysia
Tarikh:3 Disember 2010
Untuk resipi sila klik di sini
SEBIJI epal sehari menjauhkan anda daripada doktor. Begitulah khasiat buah epal jika anda mengamalkannya dalam diet harian kerana ia kaya dengan sumber antioksida dan vitamin C. Manakala kandungan antioksida seperti flavonoid mampu memerangi penyakit kanser.
Kandungan quercitin dalam buah epal mampu mengelakkan kita daripada mendapat penyakit alzheimer.
Labels:
Artikel
01 Disember 2010
Salad kentang kobis merah
SALAD yang saya kongsikan ini telah diterbitkan dalam majalah I sihat keluaran November 2010. Salad kentang memang enak dimakan terutamanya jika ia digaul dengan mayonis. Memberikan tenaga kepada kita kerana kentang mengandungi sumber karbohidrat utama. Kali ini saya memberikan citarasa baru dengan menambahkan sos BBQ dan kobis merah dalam bahan-bahannya. Untuk memberikan sedikit rasa lemak saya menambahkan sedikit mayonis rendah lemak. Salad ini sihat dan sesuai bagi mereka yang ingin mengambil makanan yang rendah lemak dalam masa yang sama ia dapat membekalkan tenaga harian anda.Saya mencadangkan juga anda menggantikan mayonis dan BBQ dengan vinegrette yang diperbuat dari minyak sayuran jika anda ingin salad ini lebih sihat. Ia boleh dibeli di pasaraya. Tip kali ini adalah teknik merebus kentang. Jangan merebusnya terlalu empuk kerana dikhuatiri ia akan mudah hancur apabila digaul. Jangan pula merebus terlalu singkat kerana nanti kurang enak dimakan.
Labels:
Salad dan Kerabu
30 November 2010
Kerabu pucuk ubi dan taugeh
Bahan-bahan
150gm pucuk ubi
2 cawan taugeh
¼ cawan kelapa parut- digoreng tanpa minyak sehingga perang
Labels:
Salad dan Kerabu
28 November 2010
Pancake
PANCAKE ini yang paling mudah untuk dibuat! ok tip membuat pancake/lempeng adalah anda harus mencampurkan semua bahan-bahan dengan menggunakan gegelung dawai/wire whisk. Ini akan memudahkan adunan menjadi sebati dan adunan tidak bergentel-gentel atau berketul-ketul yang disebabkan oleh tepung yang tidak larut. Jika menggunakan senduk kayu atau senduk biasa, campurkan susu perlahan-perlahan sambil dikacau. Masukkan sedikit demi sedikit susu sambil adunan dikacau. Anda boleh mencampurkan bahan-bahan lain seperti oat, nestum atau pisang bagi menambahkan khasiat pancake ini. Gunakan kuali leper untuk memasak pancake ini. Sekiranya ada kuali tidak lekat/nonstick pan pun lagi bagus makanlah dengan madu, buah-buahan segar atau aiskrim. Selamat mencuba!
Labels:
lain-lain pencuci mulut
Karipap Rangup
Seperti biasa ini adalah artikel saya di Utusan Malaysia Jumaat lepas. Pada mereka yang inginkan resipi karipap bolehlah klik di sini. Bagi mereka yang tidak berkesempatan membaca tip-tip membuat karipap di Utusan Malaysia Selamat membaca. Adios!
Artikel: Karipap rangup
Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Tarikh:26 Nov 2010
DI Malaysia begitu banyak kuih muih yang boleh kita nikmati antaranya, karipap. Keenakannya menjadikan ia kuih yang sesuai dihidangkan di meja makan ketika minum pagi atau petang.
Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Tarikh:26 Nov 2010
DI Malaysia begitu banyak kuih muih yang boleh kita nikmati antaranya, karipap. Keenakannya menjadikan ia kuih yang sesuai dihidangkan di meja makan ketika minum pagi atau petang.
Labels:
Artikel
Karipap
KUIH karipap. Sapa yang tak kenal dan tak pernah makan kuih ini betul! Semua orang pasti pernah merasai karipap. Saya paling suka dengan karipap yang rangup kulitnya dan intinya yang diperbuat daripada kentang. Saya kurang menggemari inti karipap yang diperbuat daripada keledek kerana rasanya yang manis. Sebenarnya macam2 cara orang membuat kulit karipap ini tapi saya akan kongsikan resepi yang saya jangka mudah untuk anda membuatnya dirumah. Resepi ini saya dapat daripada salah seorang anak murid saya. Bila saya rasa karipap dia buat di kelas praktikal. Fuhh memang sedap.
Labels:
Kuih
25 November 2010
Prawn Cocktail
PRAWN COCKTAIL sangat unik dan dinamakan sedemikian kerana udangnya dimakan bersama cocktail sauce. Ia sangat mudah disediakan di samping bahan-bahannya yang digunakan juga ringkas. Apa yang anda perlukan adalah udang, sos cocktail dan daun salad. Untuk menyediakan sos cocktail, anda hanya perlu mencampurkan mayonis dengan sos cili dan sos tomato. Warna sos cocktail akan menjadi merah disebabkan oleh sos ini. Udang perlu direbus tetapi jangan merebus udang terlalu lama kerana ini akan menghilangkan kemanisan dan meliatkan udang.
Bahan-bahan
250gm udang
1/2 bahagian daun salad -dimayang
1 paket alfalfa
Labels:
Salad dan Kerabu
24 November 2010
Apple Crumble Special
APPLE crumble yang saya kongsikan ini saya berikan sedikit ubahsuai dengan menambahkan buah prun dan peanut butter di dalamnya namun demikian anda boleh tidak meletakkannya dalam resipi ini. Selamat mencuba!
Crumble Topping:
3/4 cawan (100 gm) tepung
3/4 cawan (150 gm) gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3/4 cawan (70 grams) rolled oats (boleh dibeli dikedai kek)
1/3 cawan (40 grams) kacang walnut-dicincang
1/2 cawan (115 grams) mentega yang masih beku-potong kecil
Labels:
lain-lain pencuci mulut
Kek Cawan 2
KEK cawan yang saya kongsikan ini menggunakan resipi asas kek butter/pound cake. Memang senang membuat kek cawan ini. yang penting ada kreativiti masing. Selalu berlatih dan rajin2lah cari idea melalui buku, majalah atau internet ok so kalau uall taknak guna resepi 1 seperti yang saya kongsikan. Anda boleh gunakan resipi ini yang lebih mudah, terima kasih kepada saudara Azmi kerana berkongsi resipi. brother nih buat niaga kek cawan tau, so resipi ini memang teruji. Selamat mencuba!
450gm mentega
400-450gm gula kaster
520gm tepung naik sendiri
9 biji telur
3 sudu kecil esen vanilla
2 cawan blueberi-pilihan
Labels:
Kek
23 November 2010
Kek Cawan Cantik Memikat Selera
PASTI ramai yang gemarkan kek cawan! apa kata gunakan beberapa tip yang saya kongsikan dalam ruangan Dapur Azli Razali Utusan Malaysia Jumaat lepas. Diharap tip-tip ini dapat membantu anda untuk membuat sendiri kek cawan di rumah. Untuk resipi sila klik di sini
Tarikh: 19 November 2010
PADA kali ini kita akan belajar cara-cara membuat kek cawan. Minggu ini sudah bermula cuti sekolah dan pastinya banyak orang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan.
Labels:
Artikel
22 November 2010
Garam Masala
ATAS permintaan saya letakkan resipi garam masala kerana ada yang membaca post saya sebelum ini iaitu daging masala dan mereka ingin membuat garam masala sendiri di rumah. Untuk membuat rempah ini anda tidak memerlukan alat yang canggih kerana apa yang anda perlukan adalah mesin kering untuk mengisar bahan-bahan yang disangai (digoreng tanpa minyak). Apabila anda telah memesinkan garam masala ini pastikan anda menyimpan dalam bekas kering dan kedap udara agar tahan lebih lama juga untuk memelihara aromanya. Selamat mencuba!
Bahan-bahan
1 sudu makan biji pelaga
1 inci/1 batang kulit kayu manis
1 sudu makan jintan manis
Labels:
Bahan-bahan dan Rempah Ratus
15 November 2010
Tart buah pic
TART buah pic ini sangat sesuai dimakan begitu sahaja. Resipinya adalah olahan daripada resipi cream caramel tetapi menggunakan santan dan ditambahkan dengan buah pic di dalamnya. Anda boleh menggantikan dengan susu rendah lemak jika mahu mengurangkan lemak dari santan itu. Jika anda ingin menggantikan dengan buah-buahan lain di dalam isiannya juga pun boleh. Makanlah dengan aiskrim vanilla bagi menambahkan keenakan tart ini. Selamat mencuba!
Labels:
Pai dan tart
13 November 2010
Sayur Pak Choy dengan Sos Tiram
Menu sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita September 2010Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor
Labels:
Sayur dan kentang
12 November 2010
Aneka kentang
KENTANG boleh dimasak dengan pelbagai cara dan hidangan. Misalnya kentang lenyek, saya pelbagaikan hidangan menjadi dutchess dan kentang sumbat. Seperti didalam gambar juga saya hiris kentang yang direbus dan saya bakar. Anda boleh pelbagaikan juadah kentang mengikut kesukaan dan sebagai idea untuk hidangan kentang anda apakata anda cubalah resipi yang turut saya kongsikan dalam artikel saya di Utusan Malaysia Dari Dapur Azli Razali Jumaat 12 November 2010. Selamat mencuba. Anda juga boleh membaca info tentang kentang dengan klik disini
Bahan A
450 gm kentang –kupas kulit dan potong dadu
½ cawan susu UHT/ krim putar
2 sudu mentega
Secukup rasa garam
Secukup rasa serbuk lada hitam
Labels:
Sayur dan kentang
Hidangan kentang
MINGGU ini saya ingin berkongsi maklumat tentang ubi kentang setelah saya membaca tentang khasiat ubi kentang di Internet. Sebelum dibawa masuk ke Eropah dan Asia, ubi kentang (Solanum tuberosum Linn) yang merupakan tanaman berubi ini mula-mula sekali ditanam di Dataran Andes, Amerika Utara.Terdapat lebih 4,000 jenis spesies ubi kentang. Kumpulan kentang dibahagikan berdasarkan saiz dan kandungan kanjinya antaranya adalah kentang waxy, russet dan Idaho.
Labels:
Artikel
pie/tart shell
Pai shell atau lapisan bawah pie/tart perlulah rangup. Ini bagi pai atau tart yang dibakar dahulu tanpa sebarang isian atau kita panggil blind bake. Kemudian kulit pai atau tart ini akan digunakan sebagai bekas untuk isian @ filling Walaubagaimanapun jika anda ingin mneggunakan resipi ini untuk resipi pai yang dibakar bersama isinya boleh juga tiada masalah. Ada teknik untuk membuat pai shell yang rangup dan antara pantang larangnya adalah kurangkan penggunaan tangan kerana mentega mudah cair apabila terlalu kerap digaulkan dengan tangan. Selain itu uli jangan terlalu lama bagi mengelakkan protein tepung membentuk gluten yang akan meliatkan kulit pai nanti. Sebaik baiknya gaulkan menggunakan mesin pengadun. Doh yang telah siap perlulah direhatkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 15 minit agar mudah dibentuk dansupaya tekstur lebih rangup apabila dibakar nanti. terima kasih kepada chef Anida kerana berkongsi resepi ini dengan saya.
800 gm tepung superfine
Labels:
Pai dan tart
10 November 2010
Kek cawan 1
Ini adalah resipi kek cawan yang mudah anda boleh menghiasi kek cawan iini mengikut daya kreativiti anda selamat mencuba!
KEK
Bahan-bahan
1 ¼ cawan/250 gm mentega
1 cawan /230 gm gula kaster
5 biji telur
1 ¼ cawan/270 gm tepung halus (superfine)
1 camca teh serbuk penaik
4 sudu susu pekat
4 camca besar susu segar/cair
1 camca teh esen vanila
KEK
Bahan-bahan
1 ¼ cawan/250 gm mentega
1 cawan /230 gm gula kaster
5 biji telur
1 ¼ cawan/270 gm tepung halus (superfine)
1 camca teh serbuk penaik
4 sudu susu pekat
4 camca besar susu segar/cair
1 camca teh esen vanila
Labels:
Kek
Brownies
Bahan-bahan
100gm tepung halus
150gm marjerin
4 camca makan sebuk koko
100gm gula perang
2 biji telur walnut
100gm kacang ( panggang dan cincang )
1/4 sudu teh garam
Cara-cara penyediaan
100gm tepung halus
150gm marjerin
4 camca makan sebuk koko
100gm gula perang
2 biji telur walnut
100gm kacang ( panggang dan cincang )
1/4 sudu teh garam
Cara-cara penyediaan
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius.
- Ayak tepung dengan serbuk koko.
- Pukul marjerin dan gula sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan telur dan kacau sebati.
- Gaulkan tepung dengan kacang walnut dan masukkan dalam adunan. Kacau sebati.
- Masukkan dalam acuan kek yang telah disapu dengan mentega dan bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga pencucuk kek bersih apabila dicucukpada kek.
Labels:
Kek
Ayam masak merah dengan mangga
Asalnya resipi ini adalah ayam masak merah tetapi saya telah mengolahnya dengan mencampurkannya dengan mangga, anda akan rasa mangga dalam masak merah ini. Hidangkan juadah ini dengan nasi putih atau jika mahu lebih sedap makan juadah ini dengan nasi tomato pasti terangkat!
Bahan-bahan A
1 ekor ayam-potong 16
2 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam
Bahan-bahan A
1 ekor ayam-potong 16
2 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam
Labels:
ayam
Kerabu Mangga Muda
Menu Sihat Jelita
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor
Kerabu ini amat berkhasiat kerana menggunakan mangga dan tomato yang kaya dengan vitamin dan serat. Rasa masam air limau nipis dapat membuang lemak didalam badan. Rasanya yang sedikit pedas boleh melancarkan perjalanan darah. Anda boleh gantikan udang dengan ikan bilis atau sotong golek.
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor
Kerabu ini amat berkhasiat kerana menggunakan mangga dan tomato yang kaya dengan vitamin dan serat. Rasa masam air limau nipis dapat membuang lemak didalam badan. Rasanya yang sedikit pedas boleh melancarkan perjalanan darah. Anda boleh gantikan udang dengan ikan bilis atau sotong golek.
Selain kaya dengan sumber galian seperti kalsium, zat besi, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium and zink, madu juga mengandungi gula semula jadi fruktosa dan glukosa serta lebih sihat berbanding dengan menggunakan sukrosa daripada gula pasir. Madu juga bebas kolesterol dan mengandungi sumber antioksidan.
Bahan-bahan A:
1 biji mangga muda, dihiris halus
40 g udang segar, direbus dan dipotong kecil
1 tangkai daun ketumbar, dihiris
1 biji tomato, dipotong dadu
Labels:
Salad dan Kerabu
09 November 2010
Sup Sayur Fucuk Telur
Ruangan: Rencana
Majalah: Jelita September 2010
Susunan: Siti Shahila Ahmad dan Chef Azli Razali
Gambar: Nik Mohd Shahril Nik Mohd Nor
Makanan berebus ini juga berkhasiat kerana tidak menggunakan minyak, selain membekalkan karbohidrat dan protein tambahan kepada hidangan. Jadi, pengambilan karbohidrat daripada nasi dan protein daripada ayam boleh dikurangkan.
Labels:
Sup
Langgan:
Catatan (Atom)