17 Disember 2010

Piza

APASALAHNYA sesekali membuat piza di rumah untuk dijamu bersama-sama keluarga bukan?. Jadi resipi kali ini adalah resipi yang juga saya kongsi dalam artikel di ruangan Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malysia minggu ini. Memang berbaloi buat piza sendiri di rumah. Dengan menggunakan tepung 500 gm anda boleh membuat sebanyak 3 keping roti piza yang besar PUNYA!. Memang berbaloi. Kalau buat piza yang simple cam gini, kos membeli barang tak sampai pun 40 hinggit. Jimat bukan? Kalau anda beli kat luar di restoran yang menjual piza, beli 3 keping besar for sure lebih dari RM100 pasti melayang punyalah!. Bagi mereka yang ingin mengetahui cara-cara untuk membuat piza dengan lebih mendalam bolehlah baca artikel yang saya tulis dengan klik di sini. Selamat mencuba. Buon appetito! (enjoy your meal!)

Bahan-bahan Roti
500gm ( 2 ½ cawan) tepung roti (tepung berprotin tinggi)
6 gm (1 sudu makan) yis kering
1 cawan air
2 sudu makan minyak zaitun/minyak jagung
1 ½ sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan Sos Pizza
250gm (1 paket kecil) daging kisar
1 tin puri tomato
2 biji bawang besar-hiris
3 ulas bawang putih-cincang halus
3 sudu makan minyak zaitun /minyak masak
½ sudu makan herba campuran (mixed herbs thyme, marjoram,oregano)-pilihan, boleh dibeli di pasaraya
¾ cawan air
Secukup rasa serbuk lada hitam
Secukup rasa garam

Bahan-bahan Topping
3 biji tomato
500 gm keju mozzarella parut
1 biji lada benggala-hiris
1 tin cendawan butang-hiris

Cara-cara penyediaan
  1. Sediakan roti piza dengan menggaul semua bahan-bahan roti . Uli sehingga ia sebati dan permukaan doh menjadi agak licin selama lebih kurang 15 minit.
  2. Rehatkan doh sehingga doh naik dua kali ganda.
  3. Sementara itu sediakan bahan bahan topping.
  4. Untuk menyediakan sos piza , tumis bawang besar, bawang putih dan herba campuran sehingga harum.
  5. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
  6. Masukkan puri tomato dan air dan biarkan ia mendidih.
  7. Perisakan dengan lada hitam dan garam.
  8. Bahagikan doh piza yang telah naik dan lenyekkan (leperkan) menjadi bulat setebal lebih kurang 8-10 cm.
  9. Tuangkan sos piza di atas doh yang telah dileper dan ratakan ke seluruh permukaan doh.
  10. Susun semua bahan-bahan topping di atas doh yang telah disapu sos piza kemudian taburkan dengan keju.
  11. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 darjah celsius (api atas bawah sebaik-baiknya) selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga keju dan roti piza bertukar menjadi perang.

8 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

salam azli,
saya mmg bercadang nak buat pizza sendiri. seronok ni dpt resepi buat doh yg simple mcm ni...

syur berkata...

salam chef...herba campuran tu senang ke nak cari kat supermarket? wajib diletakkan dlm sos piza ke, chef?

Azli Razali berkata...

syur senang jer di bahagian herbs banyak. boleh kalau tak nak letak tak wajib pun ia cuma nak bagi tambah wangi jer

FriDay dA FourtH berkata...

Jumpa artikel Incik Azli waktu minum kat kedai mamak sambil tunggu ujan berenti.. Macam best je. Malas nak salin so cari blog ni. Hmm.. Tapi "Tak sampai 40 hinggit tu harga kos topping biasa-biasa je kan?" :p.. Topping dia kalo nak sedap kena la tambah $$ secukup rasa.. betol tak?

Azli Razali berkata...

friday yer. kalau nak yang mahal2 bertambahlah harga. tapi yang biasa pun rasa nya dah sedap dah

Tanpa Nama berkata...

suka dgn pizza buatan sendiri sbb kita blh adjust sendiri topping nya ikut selera. mmg berbaloi2 klu buat pizza sendiri...kenyang perut dan suka hati.... klu ikutkn hari2 nk buat & mkn pizza, tp hmm... cheese nya, bhya2... chef punya crust agk simple yer resepinya. nnti blh sy cuba resepi versi chef azli plk...

Tanpa Nama berkata...

Salam Azli,tksih bnyk kerana brjaya mmbntu sy mnjimatkan wang(xpyah lg ke pizza hut hehehe)...alhamdulillah sy dh brjaya mmbuat pizza sndiri dgn oven FOTILE sy yg baru d beli khas semata-mata nk cuba resipi Sdr Azli. Anak2 cukup hpy time sy kt dpur.Bau oregano dh mmbuatkan mereka tak sabar nk tnggu pizza masak. Tksih Chef !

ila berkata...

Klu guna keju mozarella.keju lain tk pyah ke