04 Disember 2010

Ayam tandoori Klasik

RESIPI ayam tandoori klasik menggunakan pelbagai jenis rempah yang dicampurkan dengan yogurt. Kemudian diperap dengan ayam. Untuk mendapatkan rasa ayam tandoori yang sedap, ayam sebaik-baiknya diperap selama 8jam atau lebih Kebiasaannya ayam tandoori akan dibakar di dalam oven yang diperbuat daripada tanah liat yang dipanggil tandoor oven/clay oven, Clay oven berbentuk bulat seperti tong drum. Anda boleh menggunakan oven biasa atau griller jika tiada clay oven. Selamat mencuba.

Bahan-bahan
1 ekor ayam kerat pada 4 atau 8 bahagian-buang kulit dan lemak utk lebih sihat.
1/2 cawan yogurt
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan bawang putih-dicincang halus
1 sudu makan halia-dicincang halus
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1sudu kecil serbuk cili/cayenne
1/4 sudu teh serbuk pelaga (pilihan)
1/4 sudu kecil serbuk bunga cengkih
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil (secukup rasa) garam
Sedikit minyak jagung untuk sapuan

Bahan-bahan salad
1 tangkai daun ketumbar untuk hiasan
1 biji hirisan  timun
1/2 biji hirisan bawang besar
2 sudu jus lemon
secukup rasa garam

Cara Penyediaan ayam

  1. Cucuk-cucukkan ayam supaya mudah untuk bahan perapan meresap. Kemudian letakkan dalam dulang pembakar.
  2. Untuk menyediakan bahanperapan  campurkan yogurt, jus lemon, bawang putih. jintan manis. ketumbar. serbuk cili, pelaga, bunga cengkih, lada hitam dan garam di dalam mangkuk. Gaulkan sebati kemudian campurkan ayam dalam bahan-bahan perapan. Gaul dengan sebati.
  3. Perap sebaik-baiknya satu malam. Sapukan dulang pembakar denagn sedikit minyak jagung supaya ayam tidak melekat apabila dibakar.
  4. Kemudian letakkan ayam dan bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius atau grillkan di atas griller selama 25-30 minit. Selepas 10 minit sapukan ayam dengan minyak dan lebihan perapan supaya ayam tidak kering lembab. Bakar dan grill sehingga ayam masak. 
  5. Anda boleh memastikan ayam itu masak dengan mencucuk bahagian yang tebal dan sekiranya jus jernih keluar itu tandanya ayam sudah masak.
  6. Makanlah dengan salad dan roti nan.
Cara Penyediaan Salad
  1. Campurkan semua bahan-bahan dan sedia untuk dihidangkan

2 comments:

N@H_@H berkata...

suke makan tandoori tp tatau nak wat mcmana..but now dah tau leh la wat sdiri kt umah..
;)

Zamri A. berkata...

Ayam tandoori mmg sedap. Makan camtu without nan or nasik pun best... :)