14 Disember 2010

Kentang lenyek bakar berkeju

MENU ini saya masak ketika menikmati kambing bakar bersama keluarga saya. Kombinasi kentang keju ini amat sesuai digandingkan dengan daging bakar. Saya sukakan kentang ini kerana selain rasanya yang enak ia amat mudah dibuat. Anda semestinya memerlukan oven untuk membakar kentang lenyek ini. Kentang harus dijadikan kentang lenyek dahulu sebelum dibakar. Paling saya suka sebab kentang ini digaul dan dibakar dengan cheese jadi rasanya sedikit lemak. Bagi mereka yang jaga badan dan tidak mahu terlebih kolesterol katanya bolehlah mengurangkan keju atau bakar begitu sahaja. Boleh gantikan keju dengan serbuk roti atau oat yang ditabur diatasnya. Sihatlah sikit betul tak. Maklumlah sekarang ini banyak penyakit berpunca daripada makan.
Bahan-bahan
10 biji kentang
1/4 cawan krim
1/4 cawan susu
1 tangkai daun bawang
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3/4 cawan keju cheddar-parut
1/2 sudu minyak
secukup rasa garam

Cara-cara penyediaan
  1. Kupas kentang dan rebus sehingga lembut. Lenyekkan kentang sehingga hancur.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harum dan perang.
  3. Masukkan kentang lenyek, susu, 1/4 cawan keju  krim, garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati dan dan pastikan adunan tidak terlalu basah.
  4. Padamkan api dan masukkan daun bawang.
  5. Tuang dalam mangkuk tahan haba. Ratakan dan taburkan keju di atas kentang.
  6. Bakar dalam oven pada 170 darjah celsius selama 15-20 minit atau sehingga kentang menjadi keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan sedia untuk hidangan.

3 comments:

NurLensaPhoto berkata...

En.azli nur dh beli brg tuk buatnya..sok dh bleh mula...thanks

pijan berkata...

Bawang besar tu bila nak pakai???

blog-tips-kurus berkata...

saye suka ini.. ala mat saleh! :-)