MENU bakar ini menggunakan buah avocado. Ia disumbatkan dengan isi ayam kisaryang dimasak bersama keju. Anda boleh menikmatinya begitu sahaja atau dimakan bersama salad dan dengan sedikit sos pesto. Jika anda sukar mendapatkan daun basil. Anda boleh menggantikan dengan herba lain seperti daun pudina atau daun ketumbar. Pastikan anda memilih avokado yang telah masak kerana ia mudah dibelah dan apabila anda memasaknya ia lebih enak dinikmati.
Untuk sos pula anda boleh menggantikan dengan daun ketumbar atau daun pudina jika sukar mendapatkan daun basil. Pine nut pula gantikan dengan sebarang kekacang seperti kacang badam. Avokado boleh digantikan dengan terung jika tiada avokado dijual di pasaraya. Jadi tunggu apa lagi? Selamat mencuba!
Bahan-bahan
4 biji avokado
250gm ayam kisar
100 keju cheddar ( parut 50gm, dadu 50gm)
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu teh herba campuran/mixed herbs ( boleh dibeli dipasaraya)
1 kiub ayam
sedikit lada hitam
sedikit garam
Bahan salad
1/2 biji lobak merah
1/2 biji timun
2 sudu vinegrette ( sos salad, boleh dibeli di pasaraya)
Bahan Sos pesto
1 genggam daun basil
1 susu parmesan cheese
2 sudu kacang pine/badam
1/2 cawan minyak zaitun/jagung
garam secukup rasa
gula secukup rasa
lada putih/ lada hitam secukup rasa
Cara-Cara penyediaan
- Belah avokado kepada dua dan buang bijinya dan kulitnya.
- Untuk menyediakan inti, tumis bawang merah, bawang putih dan herba campuran sehingga layu. Masukkan daging kisar, kiub ayam, garam dan lada hitam. Kacau sehingga 3/4 masak.
- Tutup api dan biarkan sebentar. Masukkan keju dadu dan gaul.
- Sumbatkan atas avokado yang dibelah tadi.
- Taburkan dengan keju parut dan bakar dlam ketuhar dengan suhu 170darjah celsius selama 15-20 minit atau sehingga keperangan.
- Untuk menyediakan salad, hiris halus lobak merah dan timun. Campurkan dengan vinegrette.
- Untuk menyediakan sos pesto, kisar semua bahan-bahan sos pesto dan perisakan dengan garam, gula dan lada putih.
- Susun avokado yang telah masak atas salad dan curahkan sos pesto.
0 comments:
Catat Ulasan