Pages

21 Disember 2010

Ikan sembilang goreng cili api

Info menarik yang baru juga saya ketahui dr En Kamil dari FB yang  saya diberitahu ikan sembilang berbeza dari ikan keli dari segi habitat.  Itupun setelah tersalah info sebelum nih! ya ampunn! kepada pembaca hehe. Anyway thanks sbb share knowledge tuh yelah tak semua benda kita tahu kan betul tak? jadi dont stop learning sesungguhnya ilmu itu sungguh luas hehe.  Ikan sembilang tak hidup kat air tawar sebab akan mati manakala ikan keli hidup di air tawar. Itu adalah perbezaan paling ketara antara kedua ikan ini.  Ada yang tidak menggemarinya kerana ikan sembilang  dan ikan keli ini  berasa sedikit hanyir.  Ikan ini juga dikategorikan sebagai ikan yang berlemak. Anda perlu melumurkan ikan ini dengan jus limau nipis atau basuhnya dengan air asam jawa selepas menyiang ikan ini. Kemudian bilaslah dengan air biasa. Dengan cara ini ia dapat mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan ini. Selain itu kikis kulit ikan ini untuk membuang lendir yang ada pada kulitnya.
Ini juga dapat mengurangkan hanyir ikan sembilang ini. Gorenglah ikan ini sehingga garing barulah ia berasa enak dan hanyirnya juga akan berasa kurang. Anda perlu menumis cili dan bawang sehingga betul2 garing untuk mengurangkan rasa yang terlalu pedas.  Gula, garam dan masam pula berfungsi agar makanan ini tidak terlalu pedas. Jadi rasa manis, masam dan manis perlulah seimbang.

Bahan-bahan
1 kilo ikan sembilang/keli
sedikit kunyit
sedikit garam

Bahan A
1 1/2 genggam cili api
8 ulas bawang
5 ulas  bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

Bahan B
2 biji bawang besar-hiris
1 batang serai ketuk-pilihan
6 sudu minyak
2 keping asam keping
Secukup rasa gula
Secukup rasa garam
Sedikit serbuk perasa


Cara-cara penyediaan
  1. Perap bahan-bahan A dan goreng dengan minyak banyak sehingga ikan garing.
  2. Kisar bahan A dan tumis sehingga harum dan wangi.
  3. Kemudian masukkan serai, bawang besar, asam keping dan tumis sebentar sehingga bawang layu.
  4. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Masukkan sedikit air jika terlalu kering dan kacau.
  5. Masukkan ikan dan kacau sehingga rata.

3 comments:

Jejah_Johan berkata...

sy suka.. lg2 kalau buat goreng berlada.. wah....

misz sempoi berkata...

lapar sangat..

Hairi berkata...

Nak hilangkan lendir ikan ni senang je.. amik daun senduduk yg tumbuh merata tu, gosok kat ikan. Insyaallah sangat mudah cepat hilangg & sgt bersih