31 Disember 2010

Ikan kembung bersos thai

      Salam kepada bloggers! hari ini saya terpaksa buat pos lain lah sebab kalau kebiaasaannya bila hari Jumaat jer saya pasti tepekkan artikel saya  Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia tuh.  Kepada mereka yang biasa mengikuti ruangan itu saya  minta maaf kerana hari ini Utusan perlu memflash back balik (betulker ayat aku nih hehe belasah jer lah) @mengimbas peristiwa2 yang berlaku sepanjang 2010. Maklumlah dah hujung tahun kenalah tutup akaunkan? hehe.Takper minggu depan InsyaAllah Dari Dapur Azli Razali akan beroperasi kembali aminn.
       Ha! ini ada satu lagi menu yang sempat saya belasah semasa mengunjungi Hadyai hari tuh selain menu ayam masak gajus. Menu ini agak biasa pada kita kat Malaysia nih kerana bila saya makan lauk ini dia tak banyak beza dengan masakan kita yang bersos cili. Saya boleh rasai sos tomato dan sos cilinya tetapi yang membezakannya adalah juadah ini menggunakan sos thai dan sos ikan atau sos sotong yang memamng menjadi bahan-bahan wajib dalam kebanyakan makanan orang Thai ini.  Pada mereka yang nak mencuba masak sos ala2 Thailand ini bolehlah mencuba ok. Memang sedap juadah nih. Kalau lagi pedas lagi sedap! so kalau suka pedas tumiskanlah dengan sedikit cili mesin/cili boh atau tambahkan dengan hirisan cili api, mesti berdesing punya!

Bahan-bahan
5 ekor ikan kembung
5 ulas bawang putih }hiris
1 biji bawang besar }hiris
1 inci halia }hiris
2 biji cili merah }tumbuk  kasar
2 biji cili hijau}hiris
1/2 cawan sos thai
2 sudu makan sos ikan
4 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit kunyit untuk melumur ikan
sedikit garam untuk melumur ikan dan kuah sos
3 sudu makan  tepung jagung larutkan dalam 1/4 cawan air.

Cara-cara penyediaan
  1. Lumur ikan dengan sedikit garam dann kunyit, kemudian goreng ikan sehingga garing.
  2. Tumis bawang dan bawang putih sehingga garing dan wangi. Masukkan cili merah dan goreng seketika.
  3. Kemudian masukkan sos Thai, sos ikan sos tomato dan cili hijau, masak sebentar.
  4. Perisakan dengan garam dan pekatkan dengan tepung jagung jika suka.
  5. Sedia untuk  hidangan.

2 comments:

ct amienah amyra as-sunnah berkata...

amin..amin..amin..

berselera...bila bole rasa masakan hencik chef ni...

Tanpa Nama berkata...

hi azli, sy x pernah guna sos thai, jadi sos thai yg mcamana yg patut saya beli? Rozaimi